CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buat Baik Pun Orang Akan Kata, Buat Jahat Pun Kena,"- AishaHanim Tunai Umrah Semasa Pandemik

8-10-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9547| Komen: 53

Description: Peluang mengerjakan umrah ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 merupakan momen terindah yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi duo AishaHanim.
Peluang mengerjakan umrah ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 merupakan momen terindah yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi duo AishaHanim.

AishaHanim yang dianggotai oleh saudara kembar, Syazara Aisha dan Hanim Fariza diberi kesempatan menunaikan ibadah itu semasa berada di Arab Saudi bagi urusan perniagaan pada 19 September lalu.


Kredit foto: IG

"Mulanya kami berdua pergi ke sana kerana ada urusan perniagaan, jemputan business partner di Arab Saudi berbincang mengenai projek akan datang. Memang niat asal nak selesaikan kerja yang tertangguh sebelum ini.

"Bila dah sampai sana kami tak lepaskan peluang buat umrah sekali... rasa nak menangis bila dapat rezeki ke tanah suci, Alhamdulillah kami dapat buat 10 kali umrah, sekali untuk diri sendiri dan selebihnya badal umrah.


"Kita ikut prosedur yang betul, ambil visa atas urusan perniagaan, jadi tak ada isu untuk sampai ke sana... mungkin orang tak faham jadi kita kena terangkan supaya mereka jelas tentang perjalanan kami ke sana, cumanya dah alang-alang sampai kita ambil la masa buat umrah sekali,” kata Aisha kepada mStar.



Menyedari mungkin akan ada pihak mempertikaikan mengenai tindakan mereka merentas negara ketika pandemik Covid-19, Aisha memohon netizen memandang hal ini dari sudut positif.

Tambahnya, peluang dan rezeki yang diterima itu atas keizinan Allah dan bukannya untuk tujuan berseronok.

"Kita buat baik pun orang akan kata, buat jahat pun kena... jadi tak perlulah kami terlalu fikir apa kata orang, yang penting kita tahu apa kita buat ni benda baik. Usah pandang sudut negatif sahaja.

"Semua syarat-syarat yang mereka minta kita penuhi, jadi tak ada isu sebab memang asalnya atas urusan perniagaan. Apa-apa pun ini semua izin Allah, kalau Allah tak izin kami tak sampai juga.

"Bukan kami sahaja yang ada urusan dan kenalan di Arab Saudi, orang lain pun ada. Lagipun niat kita baik nak buat ibadah, Alhamdulillah kami diberi rezeki itu dan semua dipermudahkan. Syukur Ya Allah," ujarnya yang kini sedang menjalani kuarantin sejurus tiba di Malaysia pada 3 Oktober lalu.



Berkongsi mengenai situasi di sana, penyanyi lagu Leka ini memberitahu suasana sekitar kota Makkah tenang dengan kawalan keselamatan yang ketat.

"Jemaah di sana sangat menjaga prosedur operasi standard (SOP), kawalan cukup ketat... jadi kita pun yakin tindakan kerajaan mereka mengawal penularan wabak Covid-19. Rasa selamat saja, kalau langgar SOP kena kompaun 1,000 riyal.

"Peluang buat tawaf dengan jumlah jemaah yang tak ramai merupakan satu momen cukup menarik yang tak pernah saya lalui sepanjang beberapa kali tunaikan umrah sebelum ini.

"Kali ini saya betul-betul gunakan peluang itu sebab kita rasa lebih menghargai peluang dan rezeki ini... semestinya kami tak sia-siakan," ujarnya.



Bercakap mengenai karier seni, AishaHanim bakal muncul dengan lagu berkonsepkan dakwah hujung tahun ini.

"InsyaAllah, kami bakal keluarkan lagu mengenai dakwah dan perjuangan Islam tidak lama lagi... ada dua komposer terkenal hasilkan lagu untuk kami.

"Mungkin dua lagu akan dilancarkan sekali, proses rakaman bakal bermula. Tak sabar nak hiburkan peminat yang dah lama menanti buah tangan dari kami," kata Hanim.



k

AishaHanim sebelum ini dikenali sebagai penyanyi runut bunyi drama.

Lagu nyanyian mereka berjudul Angkara menjadi siulan peminat apabila diangkat menjadi lagu tema drama Bukan Gadis Biasa yang bersiaran di TV3 tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 8-10-2021 10:44 AM
"Kita ikut prosedur yang betul, ambil visa atas urusan perniagaan, jadi tak ada isu untuk sampai ke sana... mungkin orang tak faham jadi kita kena terangkan supaya mereka jelas tentang perjalanan kami ke sana, cumanya dah alang-alang sampai kita ambil la masa buat umrah sekali,” kata Aisha kepada mStar.


Xnk komen pape.
Siyes malas nk amik tau.
And ko ialah sape pun?
Quote watachiwa 8-10-2021 10:46 AM
2nd wife Noh Omar rite?
tgk ex eizlan aka 2nd wife Rahman Dahlan pon g umrah.

dia sng cite gini la. ikut hang la nak pi mana pon. nak g ke bulan matahari pon kami x kesah.
Quote dudaberhias 8-10-2021 10:46 AM
who are yussssss x 1000000...

sape tag retis ni dapat rm200...
ataupun dapat treatment percuma at yun nam hair care...
tnc applies
Quote roserouen 8-10-2021 10:58 AM
Oo dorang ni pegi dulu baru VSK pegi eh. 2nd wife dato2, tak dapat jalan2 europe, saudi pun jadi la. Guna alasan bisnes. First wife dato2 ni hebat2 belaka, mai tang no 2 nan hado. Show off sana sini.
Quote prettyuglybabe 8-10-2021 11:18 AM
whooo rrrrr yusssss...


Quote kakigojes 8-10-2021 11:23 AM
Yea exactly… siapa ni? Likes pun 20-80 je… bukan nak kata, tapi masuk bod artis tempatan, but tak pernah dengar lagu… maybe I silap.. i org marhaen pun ig like kurang2 300 ok, walaupun follower ciput.. ah gitu
Quote imanjannah 8-10-2021 11:26 AM
langsung x thu kwujudan mereka ni
Quote Nnasda53 8-10-2021 11:49 AM
Tak tahu pun kewujudan dia ni siapa?????
Quote Kurex 8-10-2021 12:25 PM
Whoonare yousssssss
Quote jfq 8-10-2021 12:29 PM
Geli la ambik gmbr lekap pipi
Quote enot_sibudak 8-10-2021 12:31 PM
punya guna filter xnak kalahhhh... jd tua dr usia plk
Quote Gomea 8-10-2021 12:33 PM
Tak tanya pon......
Quote eely_shana 8-10-2021 01:07 PM
walaupun x kenal sape ni, tapi untungnya dpt buat umrAH. alhmadulillah..
Quote bankerpencen 8-10-2021 01:24 PM
Ewww siapa ni?
Quote tombolpintu 8-10-2021 01:31 PM
Omggg sapadia ni
Quote azimodin 8-10-2021 01:31 PM
Who are yusssss?

Seriously, siapa ni weiiiii? Budak toktok ke instafemes?
Quote Suchi 8-10-2021 01:40 PM
watachiwa replied at 8-10-2021 10:46 AM
2nd wife Noh Omar rite?
tgk ex eizlan aka 2nd wife Rahman Dahlan pon g umrah.


La dh kawen ke? Iols igtkan dorang bbnu tp tgk muka mcm dh berumur.
Yg mana satu isterinya tu takkan dedua plak kan.
Quote aderaderker 8-10-2021 01:41 PM
Sapa ni weii..

Adoilah,  sendunya bodgos sekarang.
Tah sapa2 boleh jadikan benang.

Pastu yg retis ada nama sikit pun tak habis2 benangnya based on status/pic socmed.

Train to Bosan.
Quote laksmanabentan 8-10-2021 01:47 PM
Alhamdulillah kami dapat buat 10 kali umrah, sekali untuk diri sendiri dan selebihnya badal umrah.


Alhamdulillah sangat....

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.053714 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top