CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teruja Nak Kahwin Di Usia Muda, Ayie Floor88 Nikah Bulan Ini

8-10-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5940| Komen: 16

Description: Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham, 24, mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, di Masjid Ukay Perdana, di sini, pertengahan bulan ini.
Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham, 24, mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, di Masjid Ukay Perdana, di sini, pertengahan bulan ini.


Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah berkata, majlis itu bagaimanapun hanya diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri anggota keluarga kedua belah pihak saja.


Foto: IG
"Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan buat kami. Persiapan pun berjalan lancar dan kami turut mendapat tajaan daripada Hansmin Couture untuk baju nikah nanti.

"Kami memang rancang untuk sekadar langsungkan akad nikah dengan disaksikan keluarga saja. Tiada majlis atau keraian apa-apa kerana kami mahu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).


"Kami turut memaklumkan kepada saudara atau rakan terdekat bahawa kami tidak dapat menjemput mereka disebabkan SOP itu," katanya.



Ayie mengakui dia teruja apabila dapat menamatkan zaman bujangnya walaupun pada usia masih muda.

"Saya dan tunang memang sudah lebih tiga tahun bercinta. Sudah sampai masa yang tepat untuk beralih ke fasa lebih serius memandangkan kami pun sudah sedia," katanya.

Ayie memaklumkan mereka tidak merancang untuk berehat daripada bekerja selepas bernikah nanti, apatah lagi rancangan berbulan madu.



"Beberapa hari selepas majlis nikah itu nanti, saya dan Floor 88 terus sibuk membuat penggambaran muzik video tiga lagu baharu kami. Saya pun bakal terbabit dalam telemovie serta program travelog.

"Memang jadual sibuk sehingga hujung tahun selepas dibenarkan kembali bekerja. Apapun, saya tetap akan cari masa senggang bersama isteri meluangkan masa bersama sebagai pengantin baharu nanti," katanya.





Ayie dan Nur Natasha atau Tasha bertunang pada 2 Januari lalu. Mereka juga bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk perniagaan restoran Ayie Elham Cafe di Setapak, di sini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supermum 8-10-2021 10:20 AM
Muda rupanya dia ni. Dah lama nyanyi, ingat dia late 20s
Quote beta_carotene 8-10-2021 10:34 AM
oo tahniah ye kome. blum kawin pun dh bertemu kopek macam  laki bini.
Quote miszclassique 8-10-2021 11:34 AM
Sorry tapi muka laki tu terlalu rempit
Quote kakigojes 8-10-2021 11:36 AM
Semoga kekal la
Quote Kurex 8-10-2021 12:28 PM
Laaaa ingatkan dah kawen
Quote kembarsiti 8-10-2021 03:15 PM
beta_carotene replied at 8-10-2021 10:34 AM
oo tahniah ye kome. blum kawin pun dh bertemu kopek macam  laki bini.

Geli tengok.. Mmg x follow dorg. Tengok kat sini je.. Ayie desep beter
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 01:13 AM
Congratssss wp whoisyuhhhhhhh jahh pada iol
Quote Manjalalu 9-10-2021 02:26 AM
Sori la, nmpak muka yg prempuan lg tua. Matured nampakk
Quote anony-mous 9-10-2021 02:54 AM
Klau i jd girl ni , xminat la dgn laki bdn mcm ayie ni. Lain la klau body n rupa persis intan najuwa
Quote umbut 9-10-2021 04:12 PM
Ayie hencem tapi kurus sangat..
Quote Ayda89 9-10-2021 05:57 PM
Elok lah tu. Yg si perempuan pun macam dah tak sabar sgt nak kahwin dah. Harap ayie dah puas enjoy la zaman muda jgn nanti buat hal sudeh
Quote nsmy 9-10-2021 06:26 PM
Tahniah leeeee
Quote 4cupcakes 9-10-2021 10:19 PM
Bini dia ade tempias2 JN sikit.. tempias jek la
Quote Mulotkoyak 10-10-2021 12:22 PM
umbut: Ayie hencem tapi kurus sangat..

Kurus tp barang nala karupann...
Quote zafira 10-10-2021 02:24 PM
Motip asyik melekap aje...
Quote tuntasha 10-10-2021 05:27 PM
Lepas ni boss Qimilo pulak.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053241 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top