CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"I Jupo Doh" Gelagat Comel Uqasha Senrose & Aprena Cakap Kelantan Cuit Hati Netizen

8-10-2021 03:18 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9806| Komen: 37

Description: Sejak akhir-akhir ini, pelakon jelita Uqasha Senrose dan tunangnya Kamal Adli kerap menjadi bualan ramai apabila dikatakan pasangan kekasih ini bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi.


Sejak akhir-akhir ini, pelakon jelita Uqasha Senrose dan tunangnya Kamal Adli kerap menjadi bualan ramai apabila dikatakan pasangan kekasih ini bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. 

Ini kerana Kamal ada berkongsi gambar Uqasha di Instagramnya ketika pelakon jelita itu berada di satu majlis parti bujang "brider shower" malam tadi sekaligus memberi petanda jelas bahawa hari bahagia mereka sudah semakin hampir.

Tapi apa yang menariknya di majlis ringkas bersama ahli keluarganya itu, gelagat Uqasha menyarungkan rantai kepada sepupunya Aprena Manrose sambil bercakap dalam loghat Kelantan telah mencuit hati netizen dengan kecomelan kedua-dua pelakon ini.

"Dok diam boleh dok?" kata Uqasha

"Oloh dok jupo.. gelap-gelap napok dok tu, napok ko?" tanya Aprena. 


"Dio dok jupo nyakut.... i jupo doh" kata Uqasha sambil disambut gelak tawa.


Sejak dikongsikan di aplikasi Tiktok semalam, video itu telah mendapat 27 ribu tanda suka dengan pelbagai reaksi daripada netizen.


Walaupun dilahirkan di Kelantan, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen jarang menunjukkan kebolehannya bercakap loghat tempat kelahirannya itu dan loghat yang dituturkan juga dikatakan seolah loghat orang Siam. 


Oleh sebab itu lah peminat sangat teruja apabila sekali sekala Uqasha "belanja" cakap loghat Kelate, memang nampak comel sangat! - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-10-2021 03:44 PM
Alahai... Ni pun nak dijadikan benang... Lain la uqasha ni cat dinding aprena who are youssss ni. Iols kena uqasha ni pun sebab kontroversi jah. Bukan sebab bakat dia sebab bakat haus
Quote chekacheku 8-10-2021 03:48 PM
Haha..abestu dah dorg asal klantan..ape yg pelikkk natt
Quote mohabbatein 8-10-2021 03:48 PM
dorang ni ada keturunan siam selatan thai kot...
Quote slyfynx 8-10-2021 03:55 PM
Oh, pasni bukak thread kagum sbb Angelina Jolie leh bercakap dalam Bahasa Inggeris ye.
Quote addamnor 8-10-2021 04:13 PM
So kenapa dek kalau beliau bertutur accent kelantan? Sah sah lah beliau itu orang Kelantan, che Ta kamu tak mahu buat benang pula genap waktu genap ruangan duk tibai cakap kedah.
Quote MontanaHannah 8-10-2021 09:37 PM
tp Uqasha mmg lawa kannnnnnnnn

walaupun minah hisab dadah


kaki ice

Quote bankerpencen 8-10-2021 09:53 PM
OT... ungka ni memang betul natural putih ke cucuk2 je? Dulu nely dalam spaQ taklah cerah mana pada mata I. Curious
Quote Zeatyisaac 8-10-2021 11:12 PM
bankerpencen replied at 8-10-2021 09:53 PM
OT... ungka ni memang betul natural putih ke cucuk2 je? Dulu nely dalam spaQ taklah cerah mana pada  ...

I tak rasa diaorang bleach. Lebih kepada vitamin C kot.
I pun, orang pernah tegur semakin putih dan glowing sejak I amalkan Innershine.
Quote bankerpencen 8-10-2021 11:58 PM
Zeatyisaac replied at 8-10-2021 11:12 PM
I tak rasa diaorang bleach. Lebih kepada vitamin C kot.
I pun, orang pernah tegur semakin putih d ...

Mungkin jugalah kan vit c. Bagus juga innershine ya. Thank you share petua
Quote Manjalalu 9-10-2021 12:12 AM
Dah mmg org klantan kan
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 12:30 AM
Edited by nakkomenjugak at 9-10-2021 12:32 AM

Olohhhhh kat dah deme orang sana
Quote toxicated 9-10-2021 01:10 AM
Dia ckp bahasa standard ada bunyi2 nada kelantan je aku rasa. Celah mana x penah ckp nye.
Quote sikatkutu 9-10-2021 04:08 AM
Zeatyisaac replied at 8-10-2021 11:12 PM
I tak rasa diaorang bleach. Lebih kepada vitamin C kot.
I pun, orang pernah tegur semakin putih d ...


maaf tanya. innershine yg mana sis..memang boleh jadi putih peloles ke


Quote dudaberhias 9-10-2021 04:33 AM
ya ampunnn cakap loghat kelantan pun jakun ye masing2 sek2 skjp...
bahasa kelantan tu la paling close to bahasa melayu original... ikutkan kita ni yang "berloghat"

tak sangka kecek kelate ala2 rare gittew... bukan ke sskjp penuh dekat kl tu... kalau hari raya haji boleh kosong lengang kl tu tinggal sek2 bangla macam laki Jah... Jah dengan pati2 lain pulak semua berhimpit satu kereta balik golden sand...
Quote dudaberhias 9-10-2021 04:35 AM
Zeatyisaac replied at 8-10-2021 11:12 PM
I tak rasa diaorang bleach. Lebih kepada vitamin C kot.
I pun, orang pernah tegur semakin putih d ...

tak pernah lagi jumpa orang kita bleach unless memang berkerak ala2 naza clan tu...
semua selalunya deorang cucuk vit c...
tapi tak perlu cucuk pun boleh... tapi lambat la hasilnya...
duduk je rumah 6 bulan tanpa kena cahaya matahari.. pun boleh putih ataupun pakai sunblock 24 jam..(bukan elak sinaran matahari sahaja tapi sinaran lampu uv rumah sekali)...
Quote dudaberhias 9-10-2021 04:38 AM
mohabbatein replied at 8-10-2021 03:48 PM
dorang ni ada keturunan siam selatan thai kot...

tapi kaka... di selatan thai tu mostly melayu... yang siam ujung2 utara malaysia tu pun moyang dia sama dengan orang melayu jugak agittew sebabtu letak sebelah2 ya ampunnn gittew rhopernyaa yachhh nusantara betul sebab kulit theyols gelap...
yang putih2 tu dah campur dengan orang thai (berasal dari yunnan china katanyerr)...
Quote Catpaw 9-10-2021 06:33 AM
Selatan thai sampai ke pesisir Buma/Myanmar memang ori melayu cuma negara je lain... tengok peta sejarah populasi melayu
Quote Suchi 9-10-2021 07:04 AM
Catpaw replied at 9-10-2021 06:33 AM
Selatan thai sampai ke pesisir Buma/Myanmar memang ori melayu cuma negara je lain... tengok peta sej ...

Kalau ikut kajian org kelate merupakan orang melayu paling asal(anak jati) menetap di semenanjung berbanding melayu belah pantai barat(anak dagang) ni yg kita sedia maklum rata2 berasal dari negara seberang.Anehnya org kelate kat malaysia ni selalu dihina seolah2 dorang pendatang plak huhu.

Kat seberang orang Melayu
banyak belah Sumatera dan Kalimantan tu.
Sana Jawa ngn Melayu pun kurang ngam gitu, ada sejarah lampau.

Quote Catpaw 9-10-2021 07:11 AM
Suchi replied at 8-10-2021 11:04 PM
Kalau ikut kajian org kelate merupakan orang melayu paling asal(anak jati) menetap di semenanjung  ...

datang kat sel cari keje kot

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073101 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top