CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Squid Game Pun Tak Ada Jutaan "Follower" Tapi Mampu Tarik Ramai Orang Tengok - Nam Ron

8-10-2021 07:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9356| Komen: 73





Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai isu panas iaitu keputusan stesen TV berasaskan penstriman yang menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlulah mempunyai jumlah pengikut atau 'followers' lebih sejuta di Instagram.

Disebabkan itu, ramai di kalangan artis, pengarah dan penerbit tampil mengulas dan mempersoalkan tentang ketetapan syarat yang diibaratkan seperti tidak masuk akal.

Memetik Malaysiapost, pengarah dan pelakon versatil, Nam Ron berkata karya yang baik mampu menjulang barisan pelakon yang membintangi drama atau sesebuah filem tersebut.

“Karya yang baik, yang mempunyai roh akan sendirinya menarik orang ramai menontonnya. Gaya penceritaan baik mampu menjulang sesuatu karya itu menjadi terbaik.


“Ini telah terbukti menerusi drama Squid Game, tanpa pelakon bintang yang mempunyai ‘follower’ berjuta di media sosial, tapi mampu menarik orang ramai menontonnya kerana apa… Kerana jalan penceritaan yang baik, naskah karya lain daripada yang lain,” katanya kepada Malaysiapost.

Mengulas mengenainya, pengarah filem One Two Jaga itu berkata, drama berasal dari Korea Selatan itu membuktikan karya yang baik bukan sahaja menarik penonton di negaranya sendiri, malah di seluruh dunia.

“Jadi nampak tak, terbukti penceritaan karya adalah faktor utama kejayaan sesebuah drama dan filem. Boleh berjaya di peringkat antabangsa.

“Apa yang melucukan, pelakon Squid Game sebelum ini tak ada media sosial pun, tak ada Instagram. Baru-baru ni mereka baru ada, itu pun mesti produksi suruh buka akaun sebab drama tu dah viral seluruh dunia.

“Jadi karya yang hebat akan mengundang populariti pelakon itu kemudian, dan pastinya karya hebat diterjemahkan oleh pelakon berbakat,” katanya.


Bagaimanapun Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan berkata, pelakon berbakat yang memiliki ramai pengikut di media sosial adalah satu bonus kepada pelakon tersebut.

“Biarlah pelakon itu punya follower satu juta, 5 juta atau 10 juta tapi tanpa bakat karya itu pasti tidak ke mana, akan hancur.

“Apa yang lebih menakutkan ia bukan sahaja menghancurkan karya itu, tetapi industri ini sendiri, orang akan kata sesiapa pun boleh berlakon dan tengok hasilnya sama sahaja yang mengakibatkan orang tak nak menonton lagi karya tempatan. Itu yang kita bimbang.

“Jadi pentingnya bakat, ada bakat, ada pengikut yang ramai di media sosial itu adalah bonus buat seseorang pelakon,” katanya.

Terdahulu, Nam Ron menerusi haantaran di Instagram dan Twitter memuat naik dua gambarnya tidak berbaju, sebagai sindiran terhadap isu saluran televisyen (TV) penstriman meletakkan syarat bagi watak utama mempunyai sejuta pengikut di Instagram.

Dalam hantaran sama, Nam Ron menulis keterangan secara sinikal mengenai ‘strategi’ yang dilakukannya untuk menyahut cabaran stesen TV yang mahukan pelakon dengan sekurang-kurangnya sejuta pengikut di media sosial. 


Ada kebenarannya juga apa yang dikatakan oleh Nam Ron, apa sudah jadi dengan industri kreatif hiburan kita. Bila difikirkan, apa relevannya jumlah pengikut dengan kebolehan atau bakat lakonan yang dimiliki seseorang pelakon? Apakah jumlah pengikut yang ramai benar-benar boleh menjanjikan jumlah tontonan yang tinggi? 

Apa pula pendapat anda? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mama_neko 8-10-2021 07:17 AM
even squid game ni pun amek cameo pelakon2 popular okeh .yg ptg ada gong yoo..heheheheh..
Quote kitmal9545 8-10-2021 07:18 AM
sebab kebanyakkan produk adalah SAMPAH....
Quote KamikuP 8-10-2021 07:19 AM
Stesen TV mana yg kemaruk followers 1 just tu? Bodo punya TV dan pekerja stesen TV tu
Quote reenz013 8-10-2021 07:27 AM
tv tiga suku kan...ada followers juta pun klu berlakon kayu kayan...x guna jugak
Quote merrissa 8-10-2021 07:38 AM
mama_neko replied at 8-10-2021 07:17 AM
even squid game ni pun amek cameo pelakon2 popular okeh .yg ptg ada gong yoo..heheheheh..

khennn front man pon fofular juga tahap international...

yg hero pon...bukan x femes pon

tp squid games drama first dia yg aku tgk

yg lain2 tu betul la x fofular...wi ha joon pun...barulah org nampak dia...
Quote bvsf06 8-10-2021 07:42 AM
Biar benar namron ni kata Lee Jung Jae tak popular?
Quote Normabaru 8-10-2021 08:40 AM
dia ckp xde followers juta2 kt ig nun…bkn xpopular…bm spm lulus x?
Quote cm_vungtau 8-10-2021 08:44 AM
Produk Malaysia tahapa2. Tu yang kena tarik guna followers. Korea bergantung kepada qualiti cerita. Malaysia pelakon kayu pun tak apa.
Quote KIM.K 8-10-2021 08:55 AM
Mu taktau ke lee jung jae tu gf dia ex bini owner samsung. Kaya raya mamat tu.

Belajar la flash simbol segitiga iluminati macam ali abdul tripathi tu. Mudah2an diorg buat skrip khusus untuk naikkan nama ko
Quote KIM.K 8-10-2021 08:55 AM
cm_vungtau replied at 8-10-2021 08:44 AM
Produk Malaysia tahapa2. Tu yang kena tarik guna followers. Korea bergantung kepada qualiti cerita.  ...

Nak bunuh karier anak seni melayu. Tu sajork
Quote exclusive_vvip 8-10-2021 09:12 AM
I penah komen kat Cari ni dulu..industri seni Malaysia ni tak susah pun nak cari bakat2 yg ada rupa@pakej sebenarnya..byk je yg hensem n lawa boleh berlakon @ diasah..yg buat spoil industri ialah penulis skrip..penulis skrip kat malaysia tulis skrip tak sedap..pastu pelakon2 gred A kepam dok acah2 didiskriminasi..k baii..
Quote AshkieLa 8-10-2021 09:12 AM
seram gambar tak berbaju tu...
Quote dudaberhias 8-10-2021 10:04 AM
kena tunggu industri kita besar sikit atau netflix invest dekat malaysia boleh lerr tu pelakon2 sendu berbakat cari makan nanti...

yang nak 1 juta followers tu stesyen tv sengkek drama hazabedah... elok la tak dapat tawaran pun kalau drama persis nak lontar tv kot tingkap.... baik jadi founder je dikkk entah2 lagi kaya raya dari yang 1m followers.
Quote Piramida 8-10-2021 10:06 AM
Tak apple to apple ni..
Industri seni kat malaysia ni lain.... huhu hadap je la ya.
Quote dudaberhias 8-10-2021 10:20 AM
exclusive_vvip replied at 8-10-2021 09:12 AM
I penah komen kat Cari ni dulu..industri seni Malaysia ni tak susah pun nak cari bakat2 yg ada rupa@ ...

khennn... bukannya takde yang muda muda herlokkk wajah persis kpop pun dekat malaysia ni...

malaysia sebenarnya memang kena start small balik... buat macam siti nurbaya ni ke..
skrip yang simple... set yang simple... tapi best penceritaan dia...
but who caressss gittew kata pengarah... janji kena ada datu datin... ceo megah holding... pompuan berebut jantan... orang gaji indon tapi melayu... dan jantan dayusss

[youtube]WzFZket20EI[/youtube]
Quote beta_carotene 8-10-2021 10:36 AM
masalahnya so called pelakon gred A, gred AA AAA ni kebanyakannya kepam

kami xmau tgk org kepam
Quote MatDeghem 8-10-2021 10:37 AM
Kena faham...squid game jadi meletop kerana jalan cerita nya, script yg mantul dan director yg creatip. Bukan kerana actor atau actress nya.

Drama melayu Malaya...script tadika, jalan cerita berangan novel syiok leleh,  producer perlu actor actress yg billion2 followers...yg punya bala tentera benak...
Bala tentera benak2 ini akan tonton. Kemudian mereka viralkan kerana mahu idola mereka meletops.
Kalau tidak meletop TV stations Tak akan panggil idola mereka dan production company ini lagi.

Ini pun Tak faham ke?????
Quote AshkieLa 8-10-2021 11:02 AM
exclusive_vvip replied at 8-10-2021 09:12 AM
I penah komen kat Cari ni dulu..industri seni Malaysia ni tak susah pun nak cari bakat2 yg ada rupa@ ...

yes... selagi penulis skript hampeh..
dok buat ayat cringe & shallow...
tak heavy dengan tersurat tersirat kbat semua.. selagi tu la cerita hampeh...

citer2 lama smpai skang kita ingat dialog...
walaupun sekadar "walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"... cut.
Quote cm_vungtau 8-10-2021 11:04 AM
Tapi cerita Korea rileks aje umur 40 ke atas jadi hero atau heroin. Cerita melayu umur 40 terus jadi mak. Haha. Ada cerita apa entah, Yasmin Hani tu pun dah jadi mak. Adoi. Crash Landing on You rileks aje yang main character dua2 dah 39. Lagi tua lagi banyak pengalaman and lagi pro kot pada mereka.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.043876 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top