CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atu Sertai Bocey, Dah Tak Bersama Kumpulan Zero

8-10-2021 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5415| Komen: 16

Description: Selepas lebih setahun berehat kerana memberi laluan kepada program The Masked Singer Malaysia, akhirnya program realiti hiburan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) kembali bersiaran buat tahun kesembil ...
Selepas lebih setahun berehat kerana memberi laluan kepada program The Masked Singer Malaysia, akhirnya program realiti hiburan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) kembali bersiaran buat tahun kesembilan.


Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, MLM2021 kali ini memberikan banyak kejutan untuk penonton antaranya menampilkan gabungan pelawak dalam kumpulan baharu.


Foto: IG

"Gabungan yang amat tidak disangkakan sama sekali... sebagai contoh gandingan trio adik-beradik iaitu Zero tidak lagi berada bersama dalam sebuah kumpulan.

"Untuk mencetuskan kelainan dan mewujudkan elemen chemistry dengan kumpulan lain, buat julung kalinya Atu telah menyahut cabaran untuk bersama dengan bekas Juara MLM 2016, kumpulan Bocey. Begitu juga dengan kumpulan Puteh, juara MLM edisi 2019, di mana kini mereka bersama Vicha.


"Sejujurnya kami begitu teruja dan merasakan kolaborasi cross-group di antara para peserta MLM ini adalah pendekatan yang cukup berani dan mampu mencetuskan semangat keharmonian, yang mana secara tidak langsung turut membantu mengukuhkan ikatan setia kawan sesama mereka serta memberi contoh persaingan sihat yang baik," katanya kepada mStar.

MLM2021 tampil kelainan kerana beberapa kumpulan baharu muncul dengan ahli berlainan.

Atu tidak lagi bersama Sharif dan Syaiful dalam kumpulan Zero.

Norzeha berkata demikian ketika sidang media MLM2021 yang diadakan secara maya pada Khamis.


Foto: Mstar

Untuk edisi kali ini, 11 kumpulan akan bersaing bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM500,000.

MLM2021 disertai oleh kumpulan Boro dianggotai oleh Achey, Atu dan Fad, Tiro (Danial, Sharif dan Syaiful), kumpulan Puteh (Mamak, Vicha dan Ali), 3OTAK (Phoon Chi Ho, Farid Azmier dan Parakash Daniel), R&R (Man dan Rahim), Tobat (Shuk Sahar, Bell Ngasri dan Ropie) dan Otai (Azlee, Ieda Moin dan Acong).

Selain itu, kumpulan Orix (Yassin, Abu Mamu dan Achok), Cawan (Aliff, Wan Gegau dan Che Mat), Bahye (Zahid, Nizam dan Shashic) dan Taici (Chiwan, Tapai dan Ilham).

Datuk AC Mizal diberi tanggungjawab mengendalikan program ini buat kali kesembilan berturut-turut.

Penjurian kali ini, MLM2021 memperkenalkan karakter juri misteri atau Naga Juri yang juga merupakan salah seorang dari empat orang lagi juri tetap.

Simboliknya, naga diangkat sebagai karakter pilihan oleh kerana ia merupakan elemen atau watak yang melatari program Maharaja Lawak Mega sejak hari pertama diperkenalkan.

Sama seperti musim terdahulu, empat juri tetap hanya akan diumumkan pada siaran langsung minggu pertama MLM2021.

MLM2021 bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 15 Oktober ini setiap Jumaat pukul 9 malam.

Program ini turut bersiaran secara eksklusif di Astro Warna saluran 107 dan semua platform Astro GO dan On Demand.

Untuk rekod, kumpulan Bocey pernah memenangi MLM untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2016 dan 2017.

Kumpulan Shiro pula diangkat menjadi juara MLM2018 dan piala MLM2019 menjadi milik Puteh.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 8-10-2021 09:41 AM
Iye2 je ali puteh sebelum ni nak undur diri dari jadi artis.
Quote musangbodoh 8-10-2021 09:42 AM
shiro xdaq
Quote Tokeybundle 8-10-2021 09:59 AM
Ali susun ni x reti2 nak tarik diri ke
Potong btl la tgk dia ni
Quote QueenCaramel 8-10-2021 10:02 AM
Nnti balik2 membahan fizikal partner..bosannn
Quote akuMNdia 8-10-2021 10:03 AM
husna_amal replied at 8-10-2021 09:41 AM
Iye2 je ali puteh sebelum ni nak undur diri dari jadi artis.

cakap org spesis siali tu dengar boleh, percaya jgn..

Quote dudaberhias 8-10-2021 10:08 AM
teringat iols tengok ulangan maharaja lawak mega si ali baba... ... kemain ko rambut karat dikkk masa tu...

alih2 nak tuntut faraid tiba2 berkopiah alim2 kucing dasar hipokrit... no wonder sampai ke harini kena kecam walaupun tak kacau orang...
Quote KelisaOren 8-10-2021 10:20 AM
Si Ali tu memang spesis tak sedar diri....dah tau ramai org meluat tgk muka ko tak reti2 lagi nak berambus ke
Quote slyfynx 8-10-2021 10:46 AM
Ok, why kene ade sejenis Ali, dan sejenis Syuk
Quote jiwakacau06 8-10-2021 12:10 PM
dudaberhias replied at 8-10-2021 10:08 AM
teringat iols tengok ulangan maharaja lawak mega si ali baba... ... kemain ko rambut karat dikkk mas ...

mak dia dh ninggal...msti rmh hjau tu trun ke dia...
Quote sukacactus 8-10-2021 02:17 PM
Haaa grup tobat tu yg sorang tu mana reti tobat
Tau buat ada la
Quote TeropongThaico 8-10-2021 02:32 PM
Susun dgn kongkek ada??? Geli arrr. Tak lawak dobel mining sure lawak bapok busuk
Quote akuMNdia 8-10-2021 02:35 PM
tajuk pasal atu..tapi komen pasal org len..
Quote miemiecha 8-10-2021 03:35 PM
hur,mmmm
shuk ngan ali.. adehhhh
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 01:26 AM
Ewwwwwww
Kepam kepam kepam
Haukkkkkk
Quote awenda507 9-10-2021 02:12 AM
Buat ilang mood je ble ade ali ngn syuk dlm mlm
Quote siasia 9-10-2021 02:08 PM
Grup Bahye tu ada nama Zahid. Zahid AF ke

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054516 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top