CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilih Gaya Rambut Paling Buruk Kumpul Dana Kebajikan RM5,678

7-10-2021 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3567| Komen: 3

Seorang lelaki di Britain sanggup mendapatkan gaya rambut yang dianggap paling buruk di dunia untuk tujuan kebajikan, lapor The Sun.

Stu Turner, 36, seorang kakitangan awam menggunting rambutnya dengan potongan ‘ringhead’ iaitu satu bulatan rambut nipis yang mengelilingi dagu, wajah dan kepalanya.




Turner memilih fesyen rambut itu selepas membiarkan rambut dan janggutnya memanjang ketika pandemik.

Namun, gaya rambut uniknya itu dipilih oleh individu yang mendermakan wang dengan jumlah paling besar kepadanya iaitu sebanyak £316.25 (RM1,795), yang juga merupakan abangnya sendiri.




“Apabila orang lain melihat idea rambut ini, mereka terkejut kerana ia merupakan gaya rambut paling teruk yang boleh dibayangkan,” katanya.

Menurut Turner, dia keluar dan tidak menyangka gaya rambutnya itu mendapat perhatian yang positif.



“Perkara paling pelik adalah beberapa individu tidak menyangka gaya rambut ini adalah atas tujuan kebajikan.

“Mereka malah menyangka ia merupakan gaya potongan terbaharu,” katanya.


Kredit foto: The Sun/ITV

Tindakan memotong rambutnya membuatkan Turner berjaya mengumpulkan dana sebanyak lebih £1,000 (RM5,678) untuk tabung Penyelidikan Kanser The Little Princess Britain.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 7-10-2021 11:01 PM
Kalau ummah kita ni bab nak kutip dana payah nak dipercayai. Kalau tau mana orang memerlukan direct tolong lagi better.
Quote jortegaa3289 7-10-2021 11:37 PM
I am definitely enjoying your website. You definitely have some great insight and great stories.
Quote namemysoul 8-10-2021 08:17 AM
Dr depan cam ade rambut...hehehehe

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.045335 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top