CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Doktor Barbie' Didakwa Cacatkan 11 Lelaki, Wanita Buat Pembedahan Plastik

7-10-2021 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4586| Komen: 16

Seorang wanita digelar 'Doktor Barbie' dan mengaku sebagai pakar pembedahan plastik, Olgica Markanovic didakwa kerana melakukan pembedahan tanpa lesen bersama rakannya yang dikenali sebagai Jasmina T.


Daily Star melaporkan, seorang daripada mangsa wanita memberitahu mahu mengubah hidung dan membesarkan matanya, tetapi sebaliknya wajahnya terbakar serta tidak dapat membuka mata selama tujuh hari.


Olgica Markanovic

Markanovic ditangkap di sempadan antara Serbia dan Croatia pada 1 Jun lalu selepas sejumlah mangsa melaporkan kepada pihak berkuasa apabila mengalami kecederaan akibat 'pembedahan' dilakukan wanita itu.

Ini adalah percubaan kedua pihak pendakwa untuk perbicaraan selepas yang pertama ditangguhkan kerana ketiadaan Jasmina T yang melahirkan anak.

Pendakwa meminta hukuman penjara tiga tahun untuk Markanovic dan hukuman penjara setahun untuk rakannya, Jasmina T.




Markanovic didakwa melakukan prosedur kosmetik tidak berlesen kepada sekurang-kurangnya 11 individu antara Mei 2020 hingga Mac tahun ini.

Dia didakwa menggunakan 'pen plasma' kepada pelanggannya menyebabkan kerosakan kekal pada wajah mereka dalam bentuk luka bakar tahap kedua dan ketiga, menurut media tempatan, Telegraf.

Wanita itu mendakwa penggunaan 'pen plasma' bukan alatan perubatan, tetapi khusus untuk kosmetik dan dia mempunyai sijil untuk menggunakan alat itu.

Dia dilaporkan berkata, sebarang kecederaan yang dialami pelanggan disebabkan kegagalan mereka untuk mematuhi arahan ketat untuk pemulihan seperti mengelakkan penggunaan tanning bed atau mendedahkan kulit kepada cahaya matahari.

Sekurang-kurangnya 11 lelaki dan wanita mengemukakan aduan pada Mac lalu terhadap suspek yang mendakwa mereka sudah cacat selepas menjalani prosedur haram itu di salunnya di ibu kota Serbia, Belgrade.



Seorang mangsa lelaki yang namanya tidak didedahkan mengatakan kepada media Croatia, Blic mendakwa Markanovic memperkenalkan dirinya sebagai 'Presiden Estetika'."

"Dia memperkenalkan dirinya kepada teman wanita saya sebagai doktor yang berkelayakan," katanya.

Seorang mangsa lain yang juga tidak disebutkan namanya memberitahu laman berita Croatia, Jutarnji, dia pergi ke salun suspek untuk mengubah hidung menjadi mancung dan membesarkan mata, tetapi sebaliknya melecur di seluruh mukanya.


Kredit foto: The Sun

Dia menambah, selama tujuh hari, dia hampir tidak dapat membuka matanya dan selama beberapa bulan, makan dan minum menjadi sangat menyakitkan kerana bekas luka di wajahnya.

Walaupun 11 tuntutan mahkamah diajukan terhadap suspek, dia dikhabarkan merawat lebih 20 orang yang semuanya mengalami kecederaan perubatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 7-10-2021 10:38 PM
Bersyukur laaaa lain kali
Sekarang habissss muka haa
Nak undo balik??
Hmmm memang tak dapek lerrr nolong
Quote any42 7-10-2021 10:47 PM
tgk gmbr spntas lalu td ingatkn kylie jennr.
rmai lak tu mngsa tlibat. mmg xnk bg org lain cantik kot {:thief
Quote hareeeesah 7-10-2021 10:51 PM
Insof lah sapa yang nak cuba-cuba tu.. kesiannya mangsa, benda macam ni patut cari yang certified la. Muka mata jangan buat main..
Quote cmf_premierleag 7-10-2021 11:16 PM
burukjah rupa doktor barbie nih
celah mana la cantiknya
Quote dani-rox 7-10-2021 11:21 PM
tu ke rupa doktor nya? what in the RuPaul Drag Race hell??

Quote AnnaSendin 7-10-2021 11:41 PM
Wehhhh dna serbia, croatia dan negara2 balkan nieyh dah herloks, iols rasa antara yang paling herloks dan mantops dalam dunia manusia. Nak renovet apa lagi? hidung mancung bak seludang, muka dah bujur sireh, mata besar, kening tebal, tinggi, kulit cerah tade jerawat, cheekbones tinggi.. Memanglah kalau dah spesis manusia tuew tatau bersyukur.
Quote trexxxxxi 8-10-2021 12:10 AM
Dah pasaipaaa depa pi alter muka dekat 'doktor' ni?
Lihatlah lips sheol yang overdose lip filler ittew

Euw bazir duit, rosak muka yang dapat
Done kecam
Quote mejaputih 8-10-2021 07:44 AM
Baik korang gi alter kat korea
Quote primarikey 8-10-2021 07:46 AM
Ntah2 pompuan ni sengaja rosakkn muka org yg dibedah tu
Sejenis busuk ati...nk cantik sorg...org lain biar nmpk buruk
Sbb luka tu nmpk mcm xde kena mengena dgn pembedahan yg diminta
Quote noor2 8-10-2021 07:52 AM
Nak lawa tara mana lagi....menakutkan la orang yg obses nk lawa muka ni...

Akak pulak obses body...takut lemaks
Quote Syd 8-10-2021 07:54 AM
cmf_premierleag replied at 7-10-2021 11:16 PM
burukjah rupa doktor barbie nih
celah mana la cantiknya

kan

hazab je rupa dia bila dah buat itu ini
Quote Buritan 8-10-2021 08:02 AM
Koh koh koh... berjaya laaa pembedahan ittew... chantique ape
Quote Normabaru 8-10-2021 10:48 AM
dah alang2 topik ni..cmne kita nk laporkan klu tahu ada klinik yg xde kebenaran cucuk2 filler ni beroperasi ek..dia bergiat aktif kt ig segala…alamat xde..suspected haram la kot..dlu ig nama lain..now nama lain plak…klu ada yg tahu cara nk bt laporan pls share ya..

selain bab hukum haram..kita pon xnk fake doktor gini naya hidup org lain..huhuu

Quote ReginaGeorge 8-10-2021 11:52 AM
Keturunan berdarah cantik pun nak adjust muka. Macam mana pula kami yang muka jawa putih ni
Quote Fortiori02 8-10-2021 01:03 PM
Teruk kesan terbakar kat muka tu, camna mangsa nak cover bila nak keluar agaknya.
Quote twins 8-10-2021 01:50 PM
Apa yang Allah dah cipta tu dah cukup sempurna.... walaupun ciptaan Allah tu ada yg gojes ada yg kuarng gojes tp setiap satu tu mesti ada kelebihan tersendiri.... tu laaa... pandai2 sangat nak ubah-ubah... hahhh hambekkkk kooo..... kekal pulak tuuu...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.630542 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top