Seorang pemaju hartanah terkenal di Pulau Pinang ditemukan maut dipercayai akibat terjatuh di sebuah kondominium di Jalan Kelawai, George Town hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai berusia 53 tahun mati di tempat kejadian.
“Buat masa ini, saya hanya boleh sahkan memang ada kes individu mati jatuh bangunan di Jalan Kelawai dan mangsa mati ditempat kejadian. Kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi. Difahamkan, mangsa juga dipercayai merupakan salah seorang saksi kes rasuah berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang. Sumber: Utusan
|
mama_neko: jalan kelawai tu address dia... kaya gilosss... last2 jatuh kondo jua... last2 kes terowong terkambus...
matbad: huhh paduu
manzilla replied at 5-10-2021 01:52 PM
Macam kena tolak saja.
ADVERTISEMENT