CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasa Tak Selesa Di Dubur, Gejala Baru Covid-19

4-10-2021 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7055| Komen: 43

Kita semua sedia maklum bahawa Covid-19 menyebabkan pesakit mengalami gejala-gejala tertentu seperti demam, hilang deria rasa, pening kepala, cirit birit dan banyak lagi.

Kedengaran pelik, tetapi sekumpulan doktor di Jepun menjumpai satu lagi gejala Covid-19 yang menyebabkan pesakit merasakan mereka perlu sentiasa bergerak untuk melegakan ketidakselesaan di bahagian dubur.

Mereka melaporkan gejala itu pertama kali berlaku kepada lelaki berusia 77 tahun, yang direkodkan dalam jurnal perubatan BMC Infectious Diseases.

Menurut doktor, lelaki yang tidak dinamakan itu dirawat di Tokyo Medical University Hospital kerana jangkitan koronavirus 'ringan'.

Gambar Hiasan

Dalam tempoh rawatan, lelaki itu turut menderita dengan masalah insomnia dan kegelisahan.

"Beberapa minggu selepas discaj, dia secara beransur-ansur mulai mengalami ketidakselesaan di bahagian dubur.

"Sebelum dijangkiti Covid-19, dia tidak pernah mengalami ketidakselesaan di bahagian dubur,” kata doktor terbabit.

Gejala itu kebanyakannya berlaku kira-kira 10 sentimeter di dalam kawasan perineum iaitu kawasan di antara alat kelamin dan lubang dubur.

Kesakitan ini semakin teruk ketika dia berehat tidak melakukan apa-apa dan pada waktu malam ketika mahu tidur, membuatkannya sentiasa rasa ingin bergerak.

“Melakukan senaman seperti berjalan atau berlari dan bermain permainan televisyen dengan bersemangat membuatkan sakit itu lega seketika, sementara berehat menjadikannya bertambah buruk," kata laporan itu.

Lelaki itu juga harus mengambil pil tidur untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak tanpa berasa sakit.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan lelaki itu mempunyai buasir, dan doktor mendiagnosis lelaki itu dengan restless anal syndrome yang dianggap sebagai satu varian restless legs syndrome, satu kondisi yang menyebabkan seseorang merasakan keperluan untuk menggerakkan kaki kerana berlaku kerosakan pada sistem saraf.

Restless legs syndrome juga merupakan salah satu gejala Covid-19 dengan banyak bekas pesakit yang melaporkan mengalami gejala tersebut beberapa minggu selepas pulih daripada virus berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 4-10-2021 12:37 PM
Tanda-tanda awal swab dubur bakalan menjadi 'normal bharu', majikan akan membuat arahan secara lisan bahawa pekerja yang tidak divaksin mesti swab dubur lima kali seminggu depan bos.
Quote Nenasketum 4-10-2021 01:19 PM
Abislaaah kaum Nabi Lut, adan uka! Tetiba
Quote noor2 4-10-2021 01:24 PM
Buasir ke apa....bahaya betul covid ni...
Quote bottombikini 4-10-2021 01:29 PM
so mmg perlu la amik ivermectin pasni kan
Quote tumpanglalu74 4-10-2021 01:36 PM
Nak sume orang terangsang di jubo pule supaye yang stret pon jadi songsang..
Quote kakikuDibibirmu 4-10-2021 01:40 PM
Calitan dubur tersenyum sinis
Quote shernazz 4-10-2021 04:53 PM
Gayah suka.la
Asal.terkemut2 je cari.couple

Tp.mmg ye..
Masa.positif covid mmg jadi tak.boleh tido malam2..rasa cm dah terba gun tu tak.bolrh tido balik.dah sampai.lepas subuh
Quote green~tea 4-10-2021 05:40 PM
shernazz replied at 4-10-2021 04:53 PM
Gayah suka.la
Asal.terkemut2 je cari.couple


U dah fully recovered from covid sis? How was it? Cat 1 or cat 2?

I pun categorized as cat 1... but stil boleh rasa la kena covid tu
Quote Suchi 4-10-2021 06:08 PM
noor2 replied at 4-10-2021 01:24 PM
Buasir ke apa....bahaya betul covid ni...

Long covid ni yg tak larat nak hadap, moga semua dijauhi daripada virus ni.
Ntah apa kerosakkan dia buat, iols baru lepas memasak je pun tapi dia punya tercungap tu mcm baru lepas berlari kena kejo anjing.
Quote shernazz 4-10-2021 06:13 PM
green~tea replied at 4-10-2021 05:40 PM
U dah fully recovered from covid sis? How was it? Cat 1 or cat 2?

I pun categorized as cat 1.. ...

Haah cat 1 kaka..
Rasa cm.insomnia tu mmg ada
Walaupung kita dah buat kerja itu ini siang tu..
Malam.tetap terjaga..tp a few days saja..
Husband iols sampai skang terjaga tu
Quote noor2 4-10-2021 06:23 PM
Suchi replied at 4-10-2021 06:08 PM
Long covid ni yg tak larat nak hadap, moga semua dijauhi daripada virus ni.
Ntah apa kerosakkan d ...

Nk tanya suchi...brp lama suchi demam covid ni....sebab my sister dah 6 hari kena covid..demam on off...masalahnya dia satu family x nak vaksin...hmmmm
Quote green~tea 4-10-2021 06:25 PM
shernazz replied at 4-10-2021 06:13 PM
Haah cat 1 kaka..
Rasa cm.insomnia tu mmg ada
Walaupung kita dah buat kerja itu ini siang tu..

Ooo atas org kot eh... iols takde plak insomnia tu... makin nyenyak tido ade la.. sampai terbabas subuh kengkadang huhuhuhu
Quote edayildiz 4-10-2021 06:28 PM
green~tea replied at 4-10-2021 05:40 PM
U dah fully recovered from covid sis? How was it? Cat 1 or cat 2?

I pun categorized as cat 1.. ...

gws sis..jangkit kt mana?
Quote edayildiz 4-10-2021 06:30 PM
makin scary hihi
Quote green~tea 4-10-2021 06:30 PM
edayildiz replied at 4-10-2021 06:28 PM
gws sis..jangkit kt mana?


Jangkit masa balik kampong, from my aunty wakakakaka... iols mmg balik kg every 2 weeks since last year...  weols bukan jenis gathering or merayap walau kerap balik kg... ada urusan la khuens
Quote edayildiz 4-10-2021 06:32 PM
green~tea replied at 4-10-2021 06:30 PM
Jangkit masa balik kampong, from my aunty wakakakaka... iols mmg balik kg every 2 weeks since la ...

dh berapa hari? satu family ke kena?..semoga sis cpt sihat balik
Quote green~tea 4-10-2021 06:36 PM
Edited by green~tea at 4-10-2021 06:38 PM
edayildiz replied at 4-10-2021 06:32 PM
dh berapa hari? satu family ke kena?..semoga sis cpt sihat balik


Last month... early september....

1 hari demam sakit kepala
2 hari hilang deria bau
Total 3 days weols kena covid..  deria bau tu hilang kejap je, lepas tu ok je balik..  selera makan back to normal..

Swab test weols semua negative... even PCR pun negative.... yes family i semua demam semalaman, anak I pun.... tp jadi kitorg kena bergelang walau swab negative, home quarantine sbb ada close contact weols yang positive and ada yang masuk ICU (ex MIL i masih di ICU)
Quote edayildiz 4-10-2021 06:43 PM
green~tea replied at 4-10-2021 06:36 PM
Last month... early september....

1 hari demam sakit kepala

patut la mcm xnmpk sgt kt porem...semoga ex mil sis ok jgk..
Quote green~tea 4-10-2021 07:04 PM
Edited by green~tea at 4-10-2021 07:07 PM
edayildiz replied at 4-10-2021 06:43 PM
patut la mcm xnmpk sgt kt porem...semoga ex mil sis ok jgk..


Ha.. walau cat 1.. mmg weols nak tido je... layan netflix.. gitu lah...  mmg food order grabfood je dinner and lunch.... bekfes je toast bread sendiri... tetiba ada alasan nak jadi malas...

Oh yeah... masa tu mmg balik kampung lama sbb byk gilaaaaaa resort nak kena renovate..  baiki..  now  dah fully operate balik.... alhamdulillah

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050313 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top