Seorang wanita dilahirkan ketika pandemik melanda seluruh dunia, dan lebih seabad kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan yang sama. Primetta Giacopini terselamat dari pandemik selesema 1918 dan Perang Dunia Kedua, dia juga merupakan wanita yang bersemangat dan tidak mudah berputus asa.
Namun dia maut akibat Covid-19 pada usianya 105 tahun. "Saya fikir ibu saya akan hidup lebih lama jika dia tidak dijangkiti Covid," kata anak perempuannya, Dorene, 61. Sewaktu Primetta baru berusia dua tahun, ibunya sendiri, Pasquina Fei, meninggal dunia akibat wabak selesema pada usia 25 tahun.
Pandemik selesema itu mengorbankan kira-kira 675,000 rakyat Amerika, di mana pandemik Covid-19 melepasi jumlah itu. "Kami selalu bercakap tentang... nenek dan ibu saya, satu-satunya perkara yang mengorbankan mereka adalah pandemik yang melanda di seluruh dunia," kata Dorene. - CARI Sumber: mStar online/Metro UK
|
ADVERTISEMENT