Seronok betul bila sudah boleh beriadah bersama keluarga dan rakan. Apatah lagi dapat berkelah atau mandi-manda dengan mereka yang sekepala. Masa inilah nak 'buat hal'! Terbaru, sekumpulan pemuda mandi-manda di kawasan air terjun Lata Wah, Lanchang di Pahang mencuri perhatian warganet. Lain macam cara mereka menikmati juadah apabila meletakkan makanan di atas batu sungai.
Walaupun batu itu sudah disental dan dikeringkan terlebih dahulu, segelintir warga maya dilihat kurang senang dengan tindakan mereka menjadikan batu berkenaan sebagai lapik makanan. Mereka tidak takut keracunan makanan atau penyakit kencing tikus ke? - CARI |
nakkomenjugak: All for cloutttttttt~Iol setuju dengan dek non yang kata bawak sabun boleh, kenapa pinggan tak bawak sekaliAll for cloutttttt and bunch of likeessss
LadyCarefree replied at 30-9-2021 09:20 PM
Macam nak up dari yg bawa rice cooker makan dlm KFC. Kita tunggu lepas ni kalau ada yg makan dlm ...
esbok replied at 30-9-2021 10:18 PM
Selain kebersihan, makan ada adab. Adab dengan makanan pun kita jaga la
ADVERTISEMENT