CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takkan Nak Biar Anak Pergi Sendiri? Ini Respons Kak KM Ditegur Hiking Ketika Sarat

30-9-2021 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15059| Komen: 96

Tindakan usahawan kontroversi, Liana Rosli menyertai aktiviti mendaki bukit atau hiking ketika sarat hamil tujuh bulan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menyedari bahaya kepada diri dan kandungannya itu, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM memberitahu dia mengikuti aktiviti lasak itu kerana ingin memenuhi permintaan anak-anak.


Kredit foto: FB

"Cerita sebenarnya, rancangan awal nak mendaki bukit dalam enam kilometer saja, jalan santai-santai... tapi tak sangka la pula tukar laluan 20 kilometer dan kena melalui laluan lebih mencabar.

"Jadi nak tak nak kena ikut sajalah sebab dah masuk laluan itu, kena habiskan la. Sebenarnya memang berbahaya untuk saya sampaikan coach (jurulatih) pun terkejut tak sangka saya mampu hiking sebab keadaan perut pun dah besar, tunggu masa nak beranak sahaja.


"Tapi sejujurnya bukan saya nak pergi sangat pun! Anak-anak yang nak pergi, takkan nak biarkan mereka pergi sendiri, jadi saya pun kena ada sekali.

"Lagi pun ada dalam 15 orang ahli keluarga lain yang menyertai hiking itu, mereka pun banyak membantu sepanjang meredah laluan mencabar itu," katanya kepada mStar.



Sebelum itu, menerusi Facebook, Kak KM berkongsi video dia menyertai aktiviti hiking di sebuah bukit yang terletak di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai komen daripada netizen dan rata-ratanya menegur tindakan Kak KM melakukan aktiviti lasak yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya dan bayi dalam kandungan.

Ada juga pengikut memberitahu kawasan hutan tidak selamat untuk ibu mengandung kerana turut didiami oleh makhluk halus.

"Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, tak ada apa-apa yang jadi. Hantu tu tak ada tapi manusia boleh jadi hantu... kita pun pergi dah siap doa dan ilmu di dada.

"Sejak remaja lagi saya memang selalu join hiking dan kerap masuk hutan, jadi kita tahu apa nak buat... bukan nak cakap besar, cuma dah biasa dalam hutan.



"Kalau kenal saya sebelum ini pun saya memang aktif menari, tak reti duduk diam... makan pula jamu itu agaknya kandungan kuat dan lasak sekali," ujarnya.

Dalam pada itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini menasihati ibu hamil lain supaya tidak mengikuti tindakannya itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan.



"Tapi saya nak nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti lasak sebab sangat bahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa.

"Orang sedang mengandung ni emosi pun tak stabil, badan berat dengan perut ke depan... memang senang penat!

"Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan beri nasihat kepada saya," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 30-9-2021 05:10 PM
Laaaa lantak dia lah. Badan dia. Baby dia. Gasak.
Quote tapirbiru 30-9-2021 05:18 PM
hantu pun pikir 20 kali nak kacau dia ni...
Quote belilies 30-9-2021 05:20 PM
Biarkan ajelah, buat hiburan. Badan sheols, nanti pape sheols yg tanggung, weols mam popcorn jur. Baideway, iols terhibur tengok keletah anak sheols yg pompuan kecik tu.. lucuuu hahahaaa yg aritu sebut hal kelamin, sheols tetek pun baru tumbuh sejemput
Quote umbut 30-9-2021 05:30 PM
Suka hati dialah.
Quote Piramida 30-9-2021 05:45 PM
Utk hal dia ni...jgn busy body... biar je dia... if apa2 jadi, masa tu baru dia tahu langit tu tinggi or rendah.
Quote Suchi 30-9-2021 05:50 PM
La dah sarat ke? Selalu nampak video lalu lalang kat fb mcm tak ngandung je gamaknya video lama kot.
Quote akuMNdia 30-9-2021 05:56 PM
dia peduli apa org lain kata so..lantakkan jer la dia nak buat apa sekalipun.
Quote bintangct 30-9-2021 06:03 PM
Jd terbukti la dia ni perempuan tulen... dulu ada forumer ckp dia perempuan jadian
Quote chandrahusin 30-9-2021 06:04 PM
ada sesapa tau ke
semua pempuan yg selalu dlm video dia tu
mmg adik beradik dia eh
daring sehh semua
dh lalu lalang kat socmed aku tengok je la
Quote sukacactus 30-9-2021 06:16 PM
Kalau dah biasa, teruskan la
Being pregnant bkn bermakna kena terbaring je tunggu masa nak beranak
Pregnant je pun bkn sakit
Quote babycc 30-9-2021 06:22 PM
Selalu tgk ig org putehnrilex je diirang bersenam lah.. hiking lah waktu preggy.. org melayu je mcm jarang2.. kalau ada pon kena kecam.. aku masa early pregnancy 4 thn lepas pon masih join fun run.. sampai da nak masuk 3 bln.. tetiba jd malas.. lg pon.. bdn die.. suka hati die lah nak mcm mana pon..
Quote nurul_akmar 30-9-2021 06:26 PM
Bdn dia boleh hadap benda2 lasak.. ok je sbnrnya.. aku tgk ada sorg minah saleh ni, mmg selalu berlari hmpir setiap hari.. dia sarat mengandung pon dia masih berlari. Bukan jogging tau.. dia dh deliver pon dia beli stroller yg ikat tali kat perut tu utk dia lari ngan baby dia.. maksudnya sesetengah badan pompuan pregnant ni mmg kuat dan tahan lasak.. mebi sbb dh biasa.. kalau aku pregnant, keje nk baring je.. punya la malas
Quote nolya 30-9-2021 06:29 PM
Ibu mengandung pegi ke tempat2 begitu, sekali balik perut kosong mcmane?
Quote yururi 30-9-2021 06:40 PM
Org melayu ni serba tak kena, biar je la badan dia
Quote slyfynx 30-9-2021 08:04 PM
Lantakkan aje die ni
Tujuan die post supaya kengkorang up kt porem cenggini la.
Ade publisiti
Quote stania83 30-9-2021 08:07 PM
wahhh mmg sihat kkm kalau waktu preggy umur camtu hiking 20 km//
Quote faraway1 30-9-2021 08:27 PM
Senang beranak nanti.

Sebab sehari sebelum beranak, pérgi ladang  pokok maple, turun naik bukit, naik tangga, owner takut aje terberanak kat ladang dia hahahhaa.  Tak pasal pasal unlimited maple sirop for life..
39 minggu sehari masa tu.

Besok tengah malam, water broke, hasil banyak berjalan, no jahit..
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 09:19 PM
Lantakkkk
Body sheol
Yang sakit sheol
Dah tua bangka
Quote missyL 30-9-2021 09:42 PM
faraway1 replied at 30-9-2021 08:27 PM
Senang beranak nanti.

Sebab sehari sebelum beranak, pérgi ladang  pokok maple, turun naik bukit, ...

Bestnye iols jahit sbb bby ssh nk kuar.
Terpaksa vacuum..

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067420 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top