CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Umur Baru Dua Tahun, Mawar Rashid Dah Hantar Anak Ke Tadika

30-9-2021 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6618| Komen: 26

Sama seperti ibu bapa yang lain, pelakon Mawar Rashid mengakui berasa bimbang untuk menghantar anak sulungnya ke tadika dikala pandemik Covid-19.

Namun perasaan itu hilang selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memastikan keselamatan di tadika tersebut terjaga.


Kredit foto: IG


"Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula... sejujurnya memang risau tapi saya memang akan pastikan keselamatan di tadika itu.

"Sebelum itu, saya ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid.

"Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu," katanya kepada mStar.



Kredit foto: via mstar


Sebelum ini, Mawar ada berkongsi video anak lelakinya iaitu Raden Muhammad Rafael yang berusia dua tahun teruja untuk kembali ke tadika.

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini memberitahu biarpun anak masih kecil namun baginya tidak salah untuk menghantar anaknya belajar pada usia baharu dua tahun.



"Bagi saya, usia dua tahun itu bukan lagi kecil sebab anak saya dah mula nak belajar macam-macam. Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting.

"Sebab itu saya mula hantar dia ke tadika. Sebagai ibu bapa, tak ada rasa membazir pun hantar anak ke tadika walaupun baru berusia dua tahun.

"Kalau belajar secara online itu berbeza... kalau pergi tadika, dia datang juga rasakan suasana di sekolah," ujarnya.



Mawar berkahwin dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 30-9-2021 03:28 PM
Soalan. RAF ni adik fazley kan, tapi kenapa nama fazley takde raden dekat pangkal?
Quote slyfynx 30-9-2021 04:30 PM
Ehhh, anak gi tadika pun kene bukak thread ke?
Oh lupe, tadika org kaya, 3 orang budak untuk satu cikgu.
Penting tau semua org tau
Quote irvene 30-9-2021 04:33 PM
ni ke bakalan menang pelakon filem wanita fofuler 2020?
Quote umbut 30-9-2021 05:28 PM
fofuler replied at 30-9-2021 03:28 PM
Soalan. RAF ni adik fazley kan, tapi kenapa nama fazley takde raden dekat pangkal?

Muka pun cam mamak
Quote JohnyEnglish 30-9-2021 05:30 PM
Rafael konon
Quote bankerpencen 30-9-2021 07:42 PM
Baguslah. Harapnya bijak sikit anaknya, bukan ikut maknya.
Quote Ayda89 30-9-2021 07:56 PM
Bestnya jadi orang kaya
Quote Suchi 30-9-2021 08:48 PM
Musim2 pandemik ni hantar lewat skit pun takpe sedangkan hat anak tahun depan darjah 1 pun ada yg tak nak hantar lagi anak sekolah.
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 09:55 PM
Memang jenis suka ikat2 rambut yachh apak anak
Quote fofuler 30-9-2021 10:16 PM
umbut replied at 30-9-2021 05:28 PM
Muka pun cam mamak

Ayah dia memang berdarah mamak kan, mak dia yang melayu nismilan.
Quote Zaien 30-9-2021 10:25 PM
Tadika org kaya kan...
Quote pxlbb 30-9-2021 10:28 PM
Confuse “tadika” dgn “taska” ke? Playschool dan preschool lain yerrr walaupun nama dekat2. Setau aku minimum age utk tadika even kat swasta brainy bunch etc pun 4 tahun ke atas. whatever lah bukan anak aku.
Quote naina 30-9-2021 10:40 PM
Taska laaaaa..untuk budak bermain sambil belajar..mestilah mahal. Tapi 2 tahun masih terlalu budak untuk ikut rules bangun pagi2 mandi pergi sekolah.
Quote pichee 30-9-2021 11:20 PM
Playschool la kn pttnye..bkn tadika (preschool)...
Quote faraway1 30-9-2021 11:36 PM
18 bulan lagi dah hantar...

Playschool, sangat tak sama cam tadika.
Quote kitmal9545 1-10-2021 06:43 AM
tak pa ada duit...ibu tak kerja dah antar nursery anak baru 2 tahu,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Quote adeqbun 1-10-2021 08:12 AM
biarlah..playschool agaknya..bkn tadika kemas
Quote beta_carotene 1-10-2021 02:23 PM
RADEN khononn.. haktuih
Quote KamikuP 1-10-2021 03:11 PM
Kapel 2 ketoi ni x bersalah chuollss.. yg bersalah wartawan cari yg asyik dok up citer depa berkuntum di ig artis sampaikan meolss pun turut mencerca sekali.
Meolss musykil adakah segelintir artis bayar pada wartawan cari secara bulanan agar cerita mereka akan malar segar di forum cari sehari hari?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.060337 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top