CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Mazlein Dah Mula Cuti, Teruja Tunggu Kelahiran ‘Baby Boy’

30-9-2021 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4070| Komen: 8

Penyanyi Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sudah mula bercuti dan menghitung hari menunggu detik kelahiran cahaya mata keduanya.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanaf yang kini sarat hamil sembilan bulan menerusi hantaran dalam Instagramnya turut mengumumkan  bakal melahirkan seorang bayi lelaki.


Kredit foto: IG

“Dengan ini Kak Pom dah cuti rehat tunggu ‘baby boy’ mama lahir di dunia.

“Insya-Allah. Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama. Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” tulisnya.

Pada perkongsian tersebut, Elly, 41, turut memuat naik beberapa keping foto dirinya yang baharu sahaja selesai mengacarakan sebuah program hiburan buat kali terakhir sebelum menghentikan seketika aktiviti seni bagi memberi laluan terhadap ‘orang baharu’ yang bakal dilahirkan.




Julai lalu Elly pernah menarik perhatian umum dengan satu hantaran Instagram apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan dua buah katil yang dibeli untuk anak-anaknya.

Dalam foto tersebut, Elly membeli dua buah katil iaitu berwarna merah jambu dan biru sekali gus pengikutnya mula membuat andaian bahawa jantina bayi yang bakal dilahirkan ialah lelaki.



Terdahulu, pengacara program Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu.



Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 30-9-2021 01:37 PM
Ok..... Good luck
Quote aikee04 30-9-2021 01:54 PM
All the best
Quote ayu_v6 30-9-2021 04:24 PM
All the best.. apasal ek elly suka cover muka anak dia.. ada sesiapa bole explain tak.. maybe aku baru keluar gua x tahu kisah mereka anak beranak  
Quote kembarsiti 1-10-2021 07:29 AM
ayu_v6 replied at 30-9-2021 04:24 PM
All the best.. apasal ek elly suka cover muka anak dia.. ada sesiapa bole explain tak.. maybe aku ba ...

Taknak bagi ex laki die tengok. Pernah baca yg ex dia x penah dtg @ jarang dtg tgok si sefia tu sejak2 dah brpisah.. So die ttup muka anak die. Nk tgok anak, dtg tgok sendiri la kot...
Quote eely_shana 3-10-2021 06:30 PM
Tahniah.smga slmat semuanya
Quote Vellfire 3-10-2021 07:31 PM
Tahniah semoga dipermudah urusan bersalin nanti
Quote imanjannah 3-10-2021 08:25 PM
moga dpermudahkan urusan bersalin kak lina pompom ye
Quote bedahmenjuyah 3-10-2021 08:51 PM
Good luck didoakan urusan bersalin dipermudahkan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.043818 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top