View: 3620|Reply: 8
|
Elly Mazlein Dah Mula Cuti, Teruja Tunggu Kelahiran ‘Baby Boy’
[Copy link]
|
|
Penyanyi Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sudah mula bercuti dan menghitung hari menunggu detik kelahiran cahaya mata keduanya.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanaf yang kini sarat hamil sembilan bulan menerusi hantaran dalam Instagramnya turut mengumumkan bakal melahirkan seorang bayi lelaki.
Kredit foto: IG
“Dengan ini Kak Pom dah cuti rehat tunggu ‘baby boy’ mama lahir di dunia.
“Insya-Allah. Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama. Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” tulisnya.
Pada perkongsian tersebut, Elly, 41, turut memuat naik beberapa keping foto dirinya yang baharu sahaja selesai mengacarakan sebuah program hiburan buat kali terakhir sebelum menghentikan seketika aktiviti seni bagi memberi laluan terhadap ‘orang baharu’ yang bakal dilahirkan.
Julai lalu Elly pernah menarik perhatian umum dengan satu hantaran Instagram apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan dua buah katil yang dibeli untuk anak-anaknya.
Dalam foto tersebut, Elly membeli dua buah katil iaitu berwarna merah jambu dan biru sekali gus pengikutnya mula membuat andaian bahawa jantina bayi yang bakal dilahirkan ialah lelaki.
Terdahulu, pengacara program Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.
Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
All the best |
|
|
|
|
|
|
|
All the best.. apasal ek elly suka cover muka anak dia.. ada sesiapa bole explain tak.. maybe aku baru keluar gua x tahu kisah mereka anak beranak |
|
|
|
|
|
|
|
ayu_v6 replied at 30-9-2021 04:24 PM
All the best.. apasal ek elly suka cover muka anak dia.. ada sesiapa bole explain tak.. maybe aku ba ...
Taknak bagi ex laki die tengok. Pernah baca yg ex dia x penah dtg @ jarang dtg tgok si sefia tu sejak2 dah brpisah.. So die ttup muka anak die. Nk tgok anak, dtg tgok sendiri la kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.smga slmat semuanya |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah semoga dipermudah urusan bersalin nanti |
|
|
|
|
|
|
|
moga dpermudahkan urusan bersalin kak lina pompom ye |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck didoakan urusan bersalin dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|