Aksi wanita berpurdah yang tular di laman sosial baru-baru ini mengundang rasa kurang senang orang ramai. Malah, ia turu tmendapat perhatian penerbit terkenal tanah air, Datuk Ayu Puteh atau nama sebenarnya Normashayu Puteh.
Ayu berkongsi pandangannya terhadap wanita yang menyoal mengenai aurat wanita yang belum bertudung. Menurutnya, dia kesal melihat segelintir wanita muslimah berpurdah yang bersembang soal agama dan dalam masa sama berbual mengenai soal dalam kain dan bercerita hal orang lain tanpa segan silu. Melihat cara wanita berpurdah dalam video TikTok menyentuh isu aurat, warga maya memerli wanita tersebut dengan mengatakan dirinya sendiri tidak menjaga ikhtilat dan mengajak orang ramai jadi kenalannya di aplikasi Litmatch. Bukan itu saja, mereka juga mempersoalkan tindakan segelintir wanita berniqab yang sering memuat naik video TikTok dan menari. Sedangkan tujuan berniqab itu sendiri adalah untuk mengelak dari pandangan umum, tetapi dengan lambakkan video seperti ini, ia mengundang tanda tanda ramai pihak. Berikutan dihujani kritikan dan kecaman, wanita berpurdah itu memuat naik video permohonan maaf secara terbuka kerana bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. "Permohonan maaf saya secara terbuka kepada semua atas kesilapan saya membuat content yang menyinggung perasaan banyak pihak tempoh hari," tulisnya di TikTok. Apa tindakan anda jika kenalan yang berniqab berpelakuan tidak semenggah? Sumber: Murai |
Suchi replied at 30-9-2021 11:53 AM
iols tak paham gak pakai purdah tp masih menonjolkan diri kat live la, masih mahu diambil gambar. ...
asamfish replied at 30-9-2021 11:52 AM
Tak kira purdah ke tidak...once you look down (in every way) on others, you're so fishing low! Btw. ...
rospinki replied at 30-9-2021 10:27 AM
pernah aku gi berkelah tepi pantai dg anak2..duk dalam tents aman2..tapi dengar riuh org bercakap po ...
missyL replied at 30-9-2021 10:09 AM
Menyampah la geng niqab perasan lawa.lol
Nk tgl duniawi dlm mase yg same memuja2 dunia yg fana in ...
Buritan replied at 30-9-2021 01:24 PM
Kawan aku pakai niqab.. nak srmbang pun tragaj agak.. riso kot ape yg dia ckp takut berdosa kot.. ...
ADVERTISEMENT