CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Katak Zombi! Dah Tak Ada Kepala Pun Boleh Lompat-lompat Lagi

30-9-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3699| Komen: 5

Lelaki di Ottawa, Kanada, terkejut melihat seekor katak 'zombie' yang tiba-tiba melompat untuk menyelamatkan diri.

Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, dia pada awalnya menyangka katak yang ditemui tanpa kepala di tempat kerjanya itu sudah mati, lapor Daily Star.



Kredit foto: Pen News

"Saya lihat kepalanya sudah tiada dan lukanya masih berdarah.

"Saya sangka ia telah mati tetapi apabila cuba dekat ia tiba-tiba melompat dan membuatkan saya terkejut," katanya.

Terkejut dengan kejadian aneh itu, lelaki tersebut kemudiannya merakam video amfibia berkenaan melompat.

Dia juga memfokus ke bahagian otot-otot leher katak itu yang dilihat masih bergerak seperti bernafas.

Tidak sampai hati dengan keadaan katak itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya.



Dalam pada itu, menurut seorang profesor sains biologi dari California State University, Prof Emily Taylor, ada kemungkinan seekor katak boleh hidup tanpa otaknya.

"Stem otak mengawal aktiviti dan reaksi untuk organ di bahagian tengah badan seperti degupan jantung, pencernaan dan fungsi lain.

"Jadi, secara teorinya, tubuh dapat bertahan dengan hanya bahagian otak itu, walaupun bahagian otak yang terkait dengan kesedaran, ingatan dan pengambilan keputusan telah hilang," katanya.

Tambahnya lagi, kemungkinan untuk katak bertahan dan hidup dalam jangka panjang tanpa kepalanya, dianggap kecil kerana ia mungkin tidak dapat makan atau melepaskan diri dari pemangsa.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-9-2021 09:39 AM
Org tgh mesin rumput ke sampai tercantas kepala katak tu?
Quote kucingitam 30-9-2021 10:38 AM
ok geli...yyiiih
Quote lipans 30-9-2021 10:44 AM
beginilah permulaan zombi manusia, bila beliau dikokak oleh katak zombi tersebut.
Quote zarulnazmi 30-9-2021 02:52 PM
"Stem otak mengawal aktiviti dan reaksi untuk organ di bahagian tengah badan seperti degupan jantung, pencernaan dan fungsi lain.

"Jadi, secara teorinya, tubuh dapat bertahan dengan hanya bahagian otak itu, walaupun bahagian otak yang terkait dengan kesedaran, ingatan dan pengambilan keputusan telah hilang," katanya.


Adakah teori ini boleh digunakan untuk manusia?
Quote edayildiz 30-9-2021 02:56 PM
terpakai utk amfibia dan reptilia sajork kot..manusia sblm tercabut kepala dah kiok dulu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.063177 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top