CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM95,000 Lebur Untuk Cantik Tapi Merana Padah Percaya Saudara

30-9-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3093| Komen: 17

Description: Teruja untuk kelihatan cantik, seorang wanita berdepan masalah kulit dan berisiko menghidap penyakit buah pinggang selepas menjalani rawatan kecantikan menerusi individu yang tiada kelayakan.
Teruja untuk kelihatan cantik, seorang wanita berdepan masalah kulit dan berisiko menghidap penyakit buah pinggang selepas menjalani rawatan kecantikan menerusi individu yang tiada kelayakan.

Mangsa yang juga ahli perniagaan dan berusia 20-an pada mulanya ditawarkan rawatan suntikan pemutihan kulit oleh suspek yang juga saudara wanita itu sendiri pada Ogos tahun lalu.


Gambar hiasan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek mengaku mempunyai kelayakan serta pengalaman untuk menjalankan rawatan itu dan mendakwa kakitangan salah sebuah pusat rawatan kecantikan terkenal di ibu negara.

"Dalam tempoh dua bulan pada awal tahun ini, mangsa sudah menjalani 17 rawatan di rumah suspek selepas dimaklumkan saudaranya itu mendapat bekalan ubat daripada pusat kecantikan berkenaan.

"Mangsa juga membuat beberapa bayaran kepada suspek berjumlah RM95,000 bagi mendapatkan dua jenis rawatan iaitu 'Face Jab' dan 'Dripping'," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.


Shafien berkata, mangsa mula mengalami masalah kulit yang teruk sejak Mac lalu

"Apabila mangsa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan, dia dimaklumkan bahawa 'rawatan' kulit yang dilakukannya adalah salah dan kini menghadapi risiko penyakit buah pinggang.

"Mangsa yang tidak berpuas hati segera menghubungi pusat rawatan kecantikan terbabit dan dimaklumkan suspek bukan kakitangan pusat berkenaan serta tiada kebenaran untuk melakukan rawatan kecantikan di luar premis," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya terus membuat laporan polis di Balai Polis Tumpat kerana mengesyaki ditipu suspek.

"Kes kini dalam siasatan polis kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (KK) yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Kami ingin mengingatkan kepada masyarakat supaya berhati-hati dan sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum mendapatkan sebarang jenis perkhidmatan yang ditawarkan dan jangan mudah mempercayai walaupun dakwaan itu datangnya daripada individu dikenali," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-9-2021 09:40 AM
95k tu baik le reno rumah ke tambah bilik ke tukar atap ke apoo la nak cantik2 ni
Quote _blackbird 30-9-2021 10:17 AM
kalau dia ada budget sebanyak 95k kenapa lah tak terus gi pakar utk repair muka
Quote kyozsamurai 30-9-2021 10:59 AM
taksub sgt nk cantik
Quote ninjago 30-9-2021 11:12 AM
ada bajet banyak tu apsal la tak pegi kt betul2 specialist tuk repair muka. silap2 lagi murah.
Quote damsel_fiji 30-9-2021 11:13 AM
95 K ??baiklah ko jumpa pakar bedah plastik yg betul dekkk...
Quote azie5zoe 30-9-2021 11:24 AM
Dah macam kos buat plastic surgery je RM95k tu.
Quote glump 30-9-2021 11:46 AM
Kos gitu dah 95k..berapa gamak Datuk Rina spend untuk jadi kurus yer?
Quote noor2 30-9-2021 11:50 AM
Baik ko pi klinik ko skin specialist tu...
Quote lattehazelnut 30-9-2021 12:55 PM
Janji kulit putih idaman lelaki.. buah pinggang rosak apalah sangat..
Quote Supersirap 30-9-2021 01:03 PM
Buah pinggang yang rosak boleh diganti, kecantikan boleh digantikan ke?
Quote susukambingbest 30-9-2021 07:39 PM
Ahli prniagaan usia 20an? Ada duit 95k utk rwtan kcntikan jer? Jgn ahli prniagaan jual produk timbng kilo, pastu jab pemutih n mngaku putih sbb pkai produk sndiri sbg testimoni. Brduyun la org beli produk sheol. Skli sheol plk kena tipu n kulit pun teruk. Done speku
Quote bottombikini 30-9-2021 08:45 PM
gila betui betapa cikki2 obses nak jadi putih
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 10:59 PM
Buruk sangat keee kulit ko nokkkk?
Kulit exotic Asia ni kalau peloles
Fuhhhh idaman minah2 salleh tauuuu!
Quote ikanmasin 1-10-2021 04:07 AM
sedara sendiri yg tipu pl tu...duit byk kan bgs jumpa pakar ni sia2 dpt penyakit..
Quote Guccibamboo 1-10-2021 07:18 AM
Muda lg...baru 20 an.
Terima jelah hakikat kulit tu warna mcmmane. Asal bersih & sekata....lawa je. Kesiannye la hai kulit rosak, duit habis..... harapnye kidney tu still dpt diselamatkan lg.
Quote fizamn 1-10-2021 07:51 AM
timbang kilo punya product la ni.. degil yg amat!!!!!! org dah kata tahi itu busuk ko nak cium jugak sebab percaya saudara ko kata tahi itu wangi mcm gucci floral!!!
Quote jazaa100 1-10-2021 07:52 AM
Umor 20an dah nk repair sana sini, buruk sgt ke rupa kau?.....

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.529858 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top