CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Sekadar Ucap Syahadah Lepas Tu Hilang" - Aisar Khaled Ditegur PU Amin

29-9-2021 07:47 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6083| Komen: 16|Original author: Oleh: LilRose

Selepas membuat ramai panas hati dengan tindakannya mengislamkan seorang lelaki, giliran Pencetus Ummah (PU) Amin pula tampil menegur personaliti media sosial Aisar Khaled.


Kredit foto: IG


PU Amin bagaimanapun tidak menafikan kebaikan yang dilakukan Aisar dan kerja dakwah sedemikian memang perlu disokong.

"Dalam dakwah tidak ada timbul isu persaingan atau sebagainya. Cuma cara yang sebegitu tidak boleh dijadikan sebagai perkara yang normal.

"Untuk kita mengislamkan seseorang sama ada di jalanan, satu kampung, satu daerah atau kawan sendiri, kita perlu bawa ke tempat yang sepatutnya. Inilah yang kami pendakwah-pendakwah bincangkan," katanya ketika dihubungi mStar.



Kredit foto: IG

Namun, tegasnya bukan semudah itu mengislamkan seseorang. Pandangan dan nasihat daripada pihak berwajib sangat penting dalam memastikan saudara baru itu tidak terabai dan dapat dibimbing sebaiknya.

"Saya ada lihat posting Aisar, dia kata akan bawa lelaki itu untuk dibimbing... mungkin dia akan salur atau perkenalkan kepada pihak penguasa agama.

"Jadi tak kisahlah kalau ada influencer atau YouTuber lain nak buat pun tak ada masalah, cuma mereka perlu dapatkan pandangan dan bimbingan terlebih dahulu.


Kredit foto: IG

"Kita tidak mahu seseorang memeluk Islam sekadar mengucap syahadah dan selepas itu hilang begitu sahaja...mereka ini perlu dibimbing sebab kalau sudah memeluk Islam dan dia buat perkara yang tak sepatutnya, dia berdosa.

"Apabila masuk Islam ini tertakluk kepada pahala dan dosa, ini satu tanggungjawab yang sangat besar," jelasnya.

Semoga Aisar mengotakan kata-katanya bahawa dia akan membawa lelaki itu untuk dibimbing. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal9545 29-9-2021 08:52 PM
ni untuk content saja...tapi memang kena follow up ( termasuk yang dewa bit di sabah) apa dah jadi
Quote Mulotkoyak 29-9-2021 10:31 PM
kitmal9545: ni untuk content saja...tapi memang kena follow up ( termasuk yang dewa bit di sabah) apa dah jadi

Diorg ni xtakut ke buat main2 psl agama ni... Ak risau la anak muda zaman skg. Mcm buat sesuatu atas content. Wallahualam. Korg kne pk byk benda. Niat dh bgus. Tp cara salah xguna. Ko viral kan benda ni ko xrase le nyawa org tuh and keselamatan keluarga die.
Quote Knowlee 29-9-2021 11:03 PM
Tgk cara budak tu bercakap pun mmg untuk content saja.
Quote slyfynx 29-9-2021 11:03 PM
Anything for clout.
Golongan mcm ni mmg dahagakan publisiti.
Bad publicity is still a publicity.
Quote RaraLavenda 29-9-2021 11:47 PM
Sekadar konten semata-mata. Mamat ni kan attention seeker. Nak ramal ni dia nak buat ape pulak lepas ni.
Quote lyshafull 29-9-2021 11:53 PM
Banyk masalah utuber ni tapi still ade penonton iols x faham betul la mengaliti org zaman skang agama pun bolh bawak main … engko sebg org islam pun tak hormat agama sndiri apetah lagi org luar …
Quote LadyCarefree 30-9-2021 12:53 AM
Style Islamkan orang mcm ni bukankah style yibbit? Jumpa entah sesiapa kt jalanan memalam pastu suruh org tu ikut dia lafaz syahadah.
Quote edayildiz 30-9-2021 12:56 AM
hebatnya kamu dik..adakah i kene refer heols..meols ada beberapa soalan nak tnya
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 06:14 AM
Dammitttt
Really...
Iol salahkan bbbnu sebab buat heol femes
Quote gideoncross 30-9-2021 07:35 AM
Dh mcm style UEL, on the street gitu.
Quote TomyamPuteh 30-9-2021 08:17 AM
Nnti abg dia masuk backup la tu.
Quote missyL 30-9-2021 10:26 AM
Islam bkn setakat nk org tu bersyahadah je.
Kene ajar solat. Bacaan solat..
Rukun iman Rukun Islam..
Puasa semua tu. Bkn sng nk wat tu klo bkn Islam dr kecik..
Kene ajar mcm2..mcm kite ni lahir Islam dah belajar dr darjah 1..

Bkn setakat nk masok utube je.

Kesian bdk2 now bertuhan socmed sunggoh..
Quote sukabacaje 30-9-2021 10:33 AM
jantan acah mcm ni nak cari gf kaya dan cantik je sbnrnya.
Quote naina 30-9-2021 11:32 AM
Nyampah tol dengan jantan ni
Tak habis2 kalut cari kontroversi
Bangun tidur memang fikir nak buat content apa ya bagi viral cmtu ek
Tanpa perlu Fikir effect
Ritu kes babi sabun ke apa yang yg mmbazir sungguh
Lepastu kes tonggang kematian arwah Sarah
Sekarang kes tonggang agama plak
Hmmmm
Quote Gumball 30-9-2021 01:59 PM
Demi viewers, sanggup buat content apa saja..
Dia ingat sesenang tuh jer ker Islam kan orang..
Dahla terjumpa plak tuh katanya..
Adoii...
Quote QueenIsolde 3-10-2021 12:23 PM
Geli tgok muka budak ni, dengan sengih selebar-lebarnya. Lagi satu, dah jdi mcm competition pulak sapa boleh islamkan org seramai mgkin. Niat tu bagus cuma tang show off kt media sosial tu iols jdi myampah.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.084025 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top