CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Hari Minum Berbelas Tin Minuman Tenaga Sampai Tumbang

29-9-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3455| Komen: 17

Kerap minum minuman tenaga setiap hari menyebabkan seorang gadis di Switzerland dimasukkan ke hospital selepas pengsan di sekolah kerana menderita sakit jantung.

Gadis berusia 17 tahun itu, Mascha K dilaporkan minum 12 tin minuman tenaga setiap hari ketika dia mula bekerja, lapor Daily Star.



Kredit foto: Newsflash

"Ia bermula dengan sebatang rokok dan minuman tenaga setiap pagi, kemudian sewaktu rehat, selepas bekerja dan pada waktu petang ketika bersama rakan-rakan sekerja," kata Mascha.

Mascha mendakwa dia telah mengurangkan jumlah pengambilan minuman itu kepada satu atau dua tin sehari tetapi mengakui dia akan berasa kurang bersemangat jika tidak minum minuman tersebut.



"Anda hanya menyedari anda minum terlalu banyak ketika ia sudah terlambat," ujarnya.

Pada 15 September lalu, Mascha yang bekerja sebagai perantis sektor kesihatan pengsan lalu rakannya terpaksa menghubungi teksi dan membawa gadis itu ke hospital.

Doktor menasihati Mascha agar mengurangkan pengambilan minuman tersebut dan kesihatannya mungkin terjejas semula sekiranya masih 'berdegil'.



Sewaktu dirawat di hospital, Mascha memuat naik klip video di Tiktok bersama-sama gambar minuman tenaga dengan kapsyen berbunyi, "Jangan minum terlalu banyak."


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 29-9-2021 09:54 AM
Red bull tu byk gula oooiii. Rosak badan. Nak tenaga minum kopi segelas cukup
Quote gigahertz 29-9-2021 11:12 AM
umbut replied at 29-9-2021 01:54 AM
Red bull tu byk gula oooiii. Rosak badan. Nak tenaga minum kopi segelas cukup

I pernah buat gini. minum tongkat ali power root.Bos i Cina. nampak i minum bende tu. dia masakkan air masak
satu cerek besar. suruh i minum.
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2021 11:17 AM
umbut replied at 29-9-2021 09:54 AM
Red bull tu byk gula oooiii. Rosak badan. Nak tenaga minum kopi segelas cukup

Kuat lah pulopppppp

[youtube]pX-viez9CpM[/youtube]
Quote fly_in_d_sky 29-9-2021 11:41 AM
dah lama tak minum energy drinks ...
pernah minum Livita .. Livita Go ...
tu pun sekali dua
then takde dah ...

kalau penat sangat mimum malt
tu pun 5 - 6 tahun lepas kot

kalau penat .. dapatkan rehat secukupnya
tidur on time .. 6-8 hours

Quote bulalof 29-9-2021 11:43 AM
tenaga yg disalah ertikan. gula = tenaga.

jdlah consumer yg bijak.
Quote naina 29-9-2021 11:47 AM
gigahertz replied at 29-9-2021 11:12 AM
I pernah buat gini. minum tongkat ali power root.Bos i Cina. nampak i minum bende tu. dia masakkan ...

Kenapa dia suruh minum air masak?
Dia.cakap tak elok ek
Quote noor2 29-9-2021 12:04 PM
X reti minum air masak gamaknya budak ni...
Rosak organ dalaman...
Quote rikiruj 29-9-2021 12:30 PM
sekali sekala ambik ok kot.. tapi kekadang tu bila jadi routine tu yang sedar tak sedar ambik lebih dari portion selamat.  Kalau drive long distance mcm pergi bercuti ada gak ambik livita or red bull setin.  Tapi gi bercuti drive jarak jauh jarang banget.. maybe sekali atau 2 kali seatun so ok lah. Tapi kalau kerja kita mmg drive jarak jauh almost daily dan almost daily jugak pekena livita or red bull sampai bertin2 tu yang datang problem tu.
Quote JohnyEnglish 29-9-2021 12:54 PM
Cmana ko boleh telan air semanis ittew berbelas tin sehari.jgn2 ko dh kena diabetes
Quote imanjannah 29-9-2021 01:04 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-9-2021 11:17 AM
Kuat lah pulopppppp

mengimbau kenangan sgt
Quote edayildiz 29-9-2021 01:13 PM
camna la dia telan bertin tin sehari..i kalau terliuq tgk air2 kt peti kt kedai tu i beli jgk la..tp bkn red bull la..tu pun 3-4 bulan sekali jah..
Quote shamsadis 29-9-2021 01:35 PM
ketagih gula je ni
Quote merrissa 29-9-2021 02:58 PM
giler laaaaaa
Quote fazzrules 29-9-2021 03:15 PM
Dulu masa duk tanah jawi den rajin gak minum air redbull ni especially time driving..tapi yg buat den terkenang sampai skrg citer sal minuman ni bini den a.k.a awek den masa tu bengang sal kalau beli redbull mesti kat stesen minyak shell..pasal petronas jual mahal 20sen..shell jual rm1.80..nak save duit syiling nak kumpul wat beli gitar kapok kat kedai alat muzik nilai selangor hajjah lops..sampai skrg gitar tu msh elok den bawak balik ke tanah jawu ni..panjang pulak ot den..tapi kat jawu borneo ni den dah jarang dah minum..skrg lagi sedap layan kopi o kosong takdak gula cap kapal terbang yitfoh tenom..lagi kuat power dia dari segala redbull n 3in1 tu..
Quote trexxxxxi 29-9-2021 03:38 PM
Muda lagi dek oii
Apahal bedal bertin-tin
Tak pernah diajaq minum ayaq hangat mati kot
Quote cucutokwan89 29-9-2021 07:48 PM
Jiran daku minum setin sehari spjng bulan pose. Last kali diabetes
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 05:37 AM
Uishhhhhh ko nak kena potong kaki minum benda tu??

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.125435 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top