CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Biarlah Hukum Di Dunia" - Timbalan Menteri Agama Mohon Maaf Alphard Potong Garisan

29-9-2021 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8082| Komen: 59

Description: Kecoh di Twitter dengan amarah warganet terhadap tindakan kereta mewah Toyota Alphard milik VVIP yang memotong kenderaan garisan berkembar (double line) secara berbahaya, baru-baru ini.
Kecoh di Twitter dengan amarah warganet terhadap tindakan kereta mewah Toyota Alphard milik VVIP yang memotong kenderaan garisan berkembar (double line) secara berbahaya, baru-baru ini. 

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berkenaan video tular itu.


Kredit foto: Twitter

Terdahulu, pemilik akaun Twitter @LagaCawan memuat naik sebuah gambar menunjukan pemilik kenderaan itu ialah Timbalan Menteri Agama, Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary. 





Dalam pada itu, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

Seperti yang dilaporkan Malaysia Kini, Ahmad Marzuk Shaary sendiri tampil memohon maaf atas insiden itu.

“Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri. 

"Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan sebab itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat. 

"Saya memohon ribuan kemaafan atas isu yang timbul. Semoga peristiwa ini memberi peluang untuk kami terus menjalankan tugas dengan penuh jujur dan berintegriti demi rakyat Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkan, pada hari kejadian pemandu berkejar untuk ke lapangan terbang dan memotong di garisan berkembar kerana ingin sampai cepat di rumah majikannya kerana penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 17.50 petang



Ahmad Marzuk menambah kes tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan kakitangan yang terlibat juga dipanggil memberi keterangan.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damsel_fiji 29-9-2021 09:44 AM
almadulilah..sebut asbab jah terus cair hati para nurtizen
Quote slyfynx 29-9-2021 09:50 AM
Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri.


Sile tumpu pada perkataan sekiranya ye. So kalau xde hukuman tu, redha aje. Sbb itu semua ketentuan.
Quote Acikgomen 29-9-2021 09:51 AM
Korang bayangkan lah peel deyols bila masuk ofis kat putrajaya caner
Quote Prickford 29-9-2021 09:54 AM
Then, pecat driver kau tu. Kalau ada dateline, kena alert. Ingat airport tu belakang rumah kau ke?
Keluar awal kalau tak nak lewat atau terlepas flight!
Quote bottombikini 29-9-2021 09:54 AM
bagus lah kalau sedar diri

kau ingat jadi menteri boleh buat apa yg kau suke?
Quote prettyuglybabe 29-9-2021 10:04 AM
tonggang jangan tak tonggang..
Quote abangbikerz 29-9-2021 10:08 AM
asbab lancau hang asbab
Quote CiliPadiSedap 29-9-2021 10:10 AM
patutnya lagi tinggi orang agama lagi ahlak terpuji patuh undang2 jalan raya.
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 10:11 AM
Hehehehhe
Kat IG iol dicerca dek ummah sebab you knoww, "melawan arus" dari kebiasaan ummah yang senang memaafkan macam hari2 hari raya maap zahir batin gitu  
Hahaha
AAK??
Peraturan jalan bukan baru buat semalam
Dan jam di tangan dan fon itu ada function nya
Dan kau mendatangkan bahaya pada pengguna2 lain

Tapi yelaa sebab heol bukan marhaen kannn..
Quote umbut 29-9-2021 10:12 AM
Taktik penyucian diri. Up ayat2 menunggang agama
Quote n3ar 29-9-2021 10:14 AM
lobai dan menunggang agama berpisah tiada....

takyah la buat2 kenyataan acah2 ilmuan islamik...

kau mengaku jer buat salah dan sedia menerima hukuman..bukannya sekiranya menerima hukuman


geng lobai mmg hamPAS
Quote bakingsoda 29-9-2021 10:28 AM
ciss acah berlapang dada mcm kena aniaya pulak padahal mmg ko buat salah ponnn! lobai dan menonggeng agama mcm kembar siam
Quote JohnyEnglish 29-9-2021 10:52 AM
Ade janda bgetah tak dlm tu?
Quote naina 29-9-2021 10:52 AM
Baguslah sedar diri dan minta maaf
Ramai je pak menteri vvvip tak pernah minta maaf ego atas jawatan dia.
Quote Redskin 29-9-2021 10:55 AM
Terbaik lobai PAS, akhlak terpuji meminta
maaf padahal bukan salah dia.

Pemandu dia yg potong double line kerana
kesuntukan mssa nak kejar flight.
Quote sumijelly 29-9-2021 11:01 AM
tp yg memandu bukan dia.. pemandu dia la.. mungkin kejar waktu kot...
Quote 3chanceno 29-9-2021 11:47 AM
Mintak Maaf , maaf jugak..lepas siasat jangan senyop je pasal ada bukti pelanggaran peraturan
Quote missyL 29-9-2021 11:57 AM
Fake nye..
Mcm berlagak je menteri nie.
Sbb kantoi je nie
Quote tripleid 29-9-2021 12:04 PM
ketatnya seluar beliyau..tak kira aurat ke tu

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.057733 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top