CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelopak Melekat, Mata Rasa Terbakar- Teman Lelaki Tersilap Titis Gam Di Mata Wanita

29-9-2021 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2056| Komen: 8

Description: Rio de Janeiro: Seorang wanita berdepan detik cemas dalam hidupnya selepas kelopak matanya dilekatkan dengan gam yang kuat.
Rio de Janeiro: Seorang wanita berdepan detik cemas dalam hidupnya selepas kelopak matanya dilekatkan dengan gam yang kuat.

Kejadian berlaku di Cachoeiro de Itapemirim, Brazil, selepas teman lelaki kepada Regina Amorim, 55, meletakkan gam berkenaan ketika hendak menitiskan ubat di mata wanita itu, lapor Mirror.co.uk.


Ia menyebabkan Regina dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera bagi menyelamatkan mata kanannya yang melekat.

Teman lelakinya yang belum dikenal pasti identiti itu tersilap mengambil gam berkenaan yang diletakkan bersama ubat titis itu di dalam peti sejuk.


Foto: Agensi

Kebetulan, gam dan ubat berkenaan seperti tiada beza kerana mempunyai nama sama dalam Bahasa Portugis iaitu 'Cola' dan 'Colirio'.


Bekas pastik kedua-duanya juga kelihatan sama dan mereka tidak memakai cermin mata ketika kejadian.

Regina mengiringkan kepalanya ketika teman lelaki meletakkan 'ubat' itu ke matanya.

"Ketika itu saya rasa mata terbakar dan akan meletup," kata Regina.

Dia dikejarkan ke hospital dan doktor menggunakan serum untuk mengurangkan kesakitan dialaminya.

Pakar Oftalmologi Liana Tito berkata, apabila produk kimia seperti gam atau gel alkohol masuk ke bahagian mata, ia akan menyebabkan kelopak mata mengalami lecur.

Regina dibenarkan keluar dari hospital pada hari sama, namun mendakwa kesakitan itu menyebabkan dia tidak dapat tidur. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 29-9-2021 09:45 AM
Aku tidak heran benda ni berlaku sebab teringat sekali masa aku tengah beratur nak bayar, depan aku ada mamat ni tanya kat casher tu sebelum bayar, ubat mata ni satu hari berapa kali nak pakai.. Casher tu cakap itu bukan ubat mata tapi gam..... Kau bayangkan kalau dia tak tanya, dia titis gam gajah kat mata dia...... Memang boleh buat buta lah...........
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 10:25 AM
Haiyooooo
Kadang benda gini lerr kena tengok banyak kali
Packaging lebih kurang haduh
Quote gigahertz 29-9-2021 11:39 AM
highcastle replied at 29-9-2021 01:45 AM
Aku tidak heran benda ni berlaku sebab teringat sekali masa aku tengah beratur nak bayar, depan aku  ...


Quote highcastle 29-9-2021 12:13 PM

Adoyay.. Kesian member...........
Quote nononcrux 29-9-2021 12:21 PM
alamk kesiannye.. makin teruk mata jadinya..
Quote binipopeye 29-9-2021 12:59 PM
lain mcm tua2 bercinta.. pakai ubat mata pun suruh bf
Quote binipopeye 29-9-2021 01:02 PM

punye byk farmasi jual ubat mata... ubat tulisan cina jgk dibeli.. padan muka
Quote innocent_me 29-9-2021 01:33 PM
adoiii ngilu mata aku (tibeh)

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051272 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top