CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bos Kaya Kantoi Sembunyi Kamera, Rakam Pengasuh Anak

29-9-2021 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4288| Komen: 18

Seorang lelaki kaya juga pemilik restoran di Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas didapati memasang kamera dan merakam pengasuh anaknya secara rahsia.

Lapor Daily Mail, mangsa dikenali sebagai Kelly Andrade, 25, merupakan ‘au pair’ atau pengasuh anak yang berasal dari Colombia.



Kredit foto: News24

Andrade menemui kamera tersembunyi di bilik tidurnya di kediaman Michael Esposito di Staten Island.

Menurut Andrade ketika kejadian majikannya bergegas pulang ke rumah dan cuba memecah pintu bilik tidurnya selepas mendapat tahu dia sudah menemui kamera berkenaan.

Bagaimanapun kata Andrade, dia sempat melompat keluar dari tingkap bilik tidurnya dan melarikan diri bersama sebuah kad memori sebagai bukti.

Andrade kemudian menghubungi polis dan menyerahkan kad memori tersebut.


Kelly (kanan) dan majikannya Michael Esposito


Pemilik tiga cawangan restoran LaRosa Grill didakwa atas tuduhan jenayah mengawasi individu yang melanggar undang-undang.

Andrade menerusi tuntutan mahkamah memaklumkan dia menghabiskan masa selama ratusan jam latihan selepas diupah Cultural Care Au Pair yang menghantarnya untuk bekerja di kediaman Esposito di AS.

Dia ditempatkan di kediaman Esposito bersama isterinya, Danielle untuk menjaga empat anak mereka.

Jelas wanita itu, pada mulanya dia berasa gembira dapat mempelajari bahasa Inggeris, bekerja di AS dan diberi sebuah bilik tidur berasingan oleh keluarga berkenaan.

Namun, dia menjadi curiga selepas melihat Esposito sering menyelaras alat pengesan asap di bilik tidurnya sehingga membawa kepada penemuan kamera tersembunyi itu.

Andrade mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan rakaman dirinya termasuk tanpa pakaian.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 29-9-2021 10:38 AM
bini laki tu tak insecure ke pengasuh lawa tinggal dlm rumah yg sama
Quote JohnyEnglish 29-9-2021 10:57 AM
Aku husnuzon baca tajuk jah.ingtkan letak kamera utk intai klu2 bibik Indon pukul anak ka
Quote gigahertz 29-9-2021 11:24 AM
bakingsoda replied at 29-9-2021 02:38 AM
bini laki tu tak insecure ke pengasuh lawa tinggal dlm rumah yg sama

i baca kat website english yang satu tu
dia kata "nanny"
i ingatkan Nanny yang nenek.

btw biasanya kalau suami jenis berjaya @ kaya isteri jarang pikir bende2 buruk
tapi kalau suami miskin @ tak berjaya kejap kejap gadoh silap sikit gadoh

Quote Punat_button 29-9-2021 11:31 AM
huntong abam polis dapat full length memory card

kalau kat malaysia kayo

Quote Friska 29-9-2021 11:43 AM
Ini ‘au pair’ keren banget istilahnya. Saya google pronunciation nya bunyi 'oh per'
Quote hareeeesah 29-9-2021 12:28 PM
Dah kalau Begini cantiknya memang apaknya pun nak dinannykan bukan anak je kot
Quote kelip2_07 29-9-2021 12:33 PM
pengasuh mcm calon ratu cantik..mmg bini tergugat lah

atau pn bini xtau lg psg camera menikmati tubuh operr
Quote Suchi 29-9-2021 01:03 PM
kelip2_07 replied at 29-9-2021 12:33 PM
pengasuh mcm calon ratu cantik..mmg bini tergugat lah

atau pn bini xtau lg psg camera menikmati t ...

Ha ni macam pilem The Housemaid hat 2021 versi tagalog remake pilem korea.
Pelakon jd maid ratu cantik pinoy Kylie Verzosa.
Bukan takat muka lawa, body semua cantik meletop.
Iols nampak trailer pilem tu kat youtube amboii tu dia watak maid.
Macam tak logik amik maid lawa drpd bini sendiri.
Sekali rupanya dlm dunia sebenar ada maid muda lawa. Tp tula jadi mangsa hendapan majikan gatal plak.
Quote kelip2_07 29-9-2021 01:20 PM
Suchi replied at 29-9-2021 01:03 PM
Ha ni macam pilem The Housemaid hat 2021 versi tagalog remake pilem korea.
Pelakon jd maid ratu c ...

kan??slalu bini yg tkg pilih maid..amik rupe gitu2 jer
Quote edayildiz 29-9-2021 01:20 PM
maid pun lawa

Quote missus_meow 29-9-2021 01:31 PM
suka mengintai nanny lawa ...
Quote kaedahnya 29-9-2021 01:52 PM
lawa nanny muka macam awek pablo escobar time muda
Quote Suchi 29-9-2021 02:38 PM
kelip2_07 replied at 29-9-2021 01:20 PM
kan??slalu bini yg tkg pilih maid..amik rupe gitu2 jer

Kalau iols amik macik2 jah hhaha tp jujurin tak suka ade org asing kat umah.
Tapi maid ni kira takdelah amik kesempatan nk ugut2 tuan umah ke apa
Or g menggatal plak ngn majikan tu ke.
Elok dia melawan dan report polis.
Kira bukan maid murahan yg sanggup menggadai maruah demi hidup senang.
Caras laki majikan pun apa dehal.
Watak2 dlm novel selalu gitu kan? Dlm dunia real pun ada je, bersepah2.
Quote kelip2_07 29-9-2021 04:07 PM
Suchi replied at 29-9-2021 02:38 PM
Kalau iols amik macik2 jah hhaha tp jujurin tak suka ade org asing kat umah.
Tapi maid ni kira ta ...

yee btl
Quote sukacactus 29-9-2021 04:38 PM
Au pair ni dia mcm dok free kat rumah org, kat negara lain sambil2 tu dia akn tlg2 keje kat umah tu
Tu yg aku paham masa tgk citer2 omputih la
Quote BoongaKertas 29-9-2021 04:41 PM
lawa betul pengasuh
Quote any42 29-9-2021 07:21 PM
kesian wife mesti tkejut beruk dpt tau
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 05:39 AM
Teringat cite desperate housewife
Laki skandalicious dengan nanny
Sebab ketet nanny lagi beso dari minik

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.122700 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top