CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bung Mokhtar Sebut Bodoh Dalam Dewan Rakyat

28-9-2021 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3334| Komen: 15

Penggunaan perkataan 'bodoh' yang disebut Datuk Seri Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat pada minggu lalu ternyata menjadi bualan ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu tampil memohon maaf berhubung isu berkenaan.


Beliau bertindak demikian setelah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan beliau menarik balik perkataan ‘bodoh’ dan membuat permohonan maaf.

Ia berikutan usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual untuk merujuk Bung kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataan kurang sopan, tidak benar, berbaur fitnah, bersangka jahat dan mengelirukan Dewan terhadap kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pada Selasa minggu lalu.


Kredit foto: The Star


“Saya pun tidak tahu, saya sedang berhujah, tiba-tiba satu orang yang tangkap naik tanpa berdiri (mencelah), siapa yang makan lada dia rasa pedas.

“Walaubagaimanapun untuk menghormati dewan yang mulia ini saya tarik balik, saya akur dan mohon maaf kepada Dewan yang mulia ini,” katanya.

Susulan ucapan Bung berkenaan, Dewan Rakyat menerima permohonan maaf tersebut.

Dalam pada itu, Azhar berkata, beliau akan memberi jawapan kepada Noorita mengenai usul tuduhan Bung terhadap kerajaan PH yang memotong peruntukan bagi projek Pan Borneo.

“Saya telah melihat jawapan Menteri Kerja Raya mengenai isu sama, saya akan jawab kepada Tenom,”katanya.

Rabu lalu, Noorita menerusi surat usul kepada Azhar menyatakan,

“Ahli Parlimen Kinabatangan telah pada hari Selasa, 22 September 2021 dalam Dewan membuat kenyataan berikut:

"...sebab jalan rayanya tidak teratur, tidak tersusun, sebab itu, waktu Barisan Nasional memberi projek Pan Borneo, dan peruntukan ada, Pakatan Harapan naik, potong, ini masalah. Di Sarawak, dia tak potong pulak. Orang bodoh saja minta bukti, kalau Yang Berhormat bodoh, Yang Berhormat bodohlah. Tanya bukti, itu orang bodoh, Yang Dipertua. Kalau nak jadi Yang Berhormat di sini, jangan jadi bodoh. Be a wise man...projek Pan Borneo di Sabah sudah tidak ada peruntukan.

“Kenyataan Bung jelas bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat 36(4), 36(6) dan 36(12),”katanya pada sidang media di bilik media Parlimen pada Rabu.

Usul berkenaan turut disokong oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-9-2021 01:45 PM
Kenabatangan

[youtube]lOj0JIMYl5k[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2021 01:48 PM
bung bung cikecikecike bung bung bung
Quote trexxxxxi 28-9-2021 02:11 PM
Ai terpaksa mengira berapa kali heols sebut vodo
Urmm
Quote anakmak 28-9-2021 02:51 PM
denda 100k
bad word each 100k
biar cakap guna akal dulu
Quote jahcomel 28-9-2021 02:57 PM
trexxxxxi replied at 28-9-2021 02:11 PM
Ai terpaksa mengira berapa kali heols sebut vodo
Urmm

boleh geng ngn norhijam tembak babi tuh
Quote edayildiz 28-9-2021 02:58 PM
dia gaduh ngn bamkj ke tu
what u want..fxxx u..tak blh tangkap apanyg jeols bebel..camna rentis tu dulu blh bertahan laki muka gini
Quote trexxxxxi 28-9-2021 03:44 PM
edayildiz replied at 28-9-2021 03:58 PM
dia gaduh ngn bamkj ke tu
what u want..fxxx u..tak blh tangkap apanyg jeols bebel..camna rentis t ...

Hado duit semua shayanggg
Takdo duit shayang melayang

Eh chuol takmo jadi bernomor?
Quote edayildiz 28-9-2021 04:26 PM
trexxxxxi replied at 28-9-2021 03:44 PM
Hado duit semua shayanggg
Takdo duit shayang melayang


blh dipertimbang la kalau vvvvvvip..tp cikebung a big no
Quote nolya 28-9-2021 04:41 PM
edayildiz replied at 28-9-2021 02:58 PM
dia gaduh ngn bamkj ke tu
what u want..fxxx u..tak blh tangkap apanyg jeols bebel..camna rentis t ...

Dia ni memang tak jaga lidahnya kan? Cakap sesuka  hati je dn orang kurang akhlak mcm tu juge diangkat jadi pemimpin negeri. Kat bini dia ada tak dibodoh2kan. Kalau ade pun sabar aje le demi dompetnya yg tebal. Dia ni mcm alah bisa tegal biasa.  
Quote kitmal9545 28-9-2021 07:57 PM
apa yang pelik..........dah banyak kali..dan bukan dia saja cakap tidak sopan
Quote CikYaYaYa 28-9-2021 10:30 PM
apa nak di heran kan kat parlimen tu. Mcm zoo dah suasana nyaa. Takat perkataan bdoh tu perkara biasa je kot bagi diorang
Quote azimodin 29-9-2021 12:26 AM
Dia punya sorry tu standard cukup syarat sangat  - sorry bu I'm not sorry / sorry that u feel offended. Kejadah. Xboleh ke kalau keluar je perkataan kurang sopan, sellotape je mulut MP tu.
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 01:41 AM
Choooyyyyyyy
Kan heol jenis mulut montot ayam
Camneeee jijie ejette yang gebu2 tu boleh jatuh ke pelukan heol?
Quote Jorja 29-9-2021 02:19 AM
Paling menyampah bila kena lalu area dia ni! Nasib baik ada driver. Jln raya brlubang sana sini entah lah sampai bila nak bagus ny! Dasar gangster
Quote TomyamPuteh 29-9-2021 07:22 AM
Antara babi dengan bodoh... Yg mana lagi banyak disebut?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040828 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top