CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Kaya Punya Pasal, Ibu Tergamak Bagi Bomoh 'Ratah' Anak

27-9-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3271| Komen: 12

Seorang wanita di Muna, Sulawesi Tenggara tergamak menyerahkan anaknya kepada dukun kerana mempercayai syarat kononnya untuk menjadi kaya.

Lapor Kompas.com, wanita berusia 45 tahun dikenali sebagai ZY itu berjumpa dengan bomoh dikenali AU di salah sebuah penginapan di Raha.


Dia kemudian merelakan tubuhnya diperkosa dukun berkenaan sebagai syarat ritual untuk menjadi kaya.


Gambar hiasan

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Muna, Hamka, lelaki itu memberikan kain putih kepada ZY selepas melakukan persetubuhan.

Katanya, ZY diminta menyiram air di atas kain putih itu pada setiap malam.

“Selain itu, dukun itu meminta perempuan lain untuk diperkosa. Demi memenuhi keinginan lelaki itu, ZY berusaha mencari temannya yang boleh diajak menjalani ritual tersebut.

“Namun, kerana gagal mendapatkan temannya yang sanggup melakukan ritual itu, dia nekad membawa anak perempuannya,” katanya.


Akhirnya, budak yang masih berada di bawah umur itu menjadi mangsa pemerkosaan akibat ritual mengarut itu.

Ritual tesebut terbongkar selepas bapa mangsa pulang dari perantauan.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ayahnya dan melaporkan kepada pihak polis.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 27-9-2021 12:25 PM
tu bomoh ujan daaa
Quote KamikuP 27-9-2021 12:55 PM
Seharusnya ku bilang wow gituh?
Quote MsPercy 27-9-2021 02:06 PM
Sanggup yer buat gitew semata2 nk kaya...{:stress
Quote DayangKirana 27-9-2021 03:11 PM
so, dah bertambah kaya ke belum?
Quote pxlbb 27-9-2021 06:37 PM
Kalau bomoh boleh buat jadi kaya, kenapa bomoh tak kaya jawabbbbbb
Quote highcastle 27-9-2021 06:59 PM
Negara bermula dengan IND.. Kalau cerita jenayah mencelup.. Mmg dia org juara.........
Quote ReginaGeorge 27-9-2021 08:30 PM
Macam mana la boleh tertipu? Ni betul2 bodoh lah ni kan {:love
Quote edayildiz 27-9-2021 08:34 PM
bapa mangsa pulang dari perantauan.

laki kerja kat malaysia ke tu
Quote Fortiori02 27-9-2021 08:38 PM
Maknya patut kena tangkap & dakwa sekali.
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 02:02 AM
Mak, nak kaya cepat? Ko jual ke fooki ko.
Tak yah nak drag anak
Suruh ummah yendon setel sendiri
Quote fefeeling 28-9-2021 07:32 AM
edayildiz replied at 27-9-2021 08:34 PM
bapa mangsa pulang dari perantauan.

laki kerja kat malaysia ke tu

Kenot rentas negara sis hahaha
Quote Cik_jantung 28-9-2021 07:42 AM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 02:29 PM

..........

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037962 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top