CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Hadi Terkejut Zizi Kirana Tiba-Tiba Kahwin, Reda Tak Ada Jodoh

24-9-2021 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29356| Komen: 150

Pernah menjalinkan hubungan rapat dengan Zizi Kirana, pelakon dan pengacara Alif Hadi mengakui agak terkejut dengan berita pernikahan penyanyi rap itu pada Ahad lalu.

Biarpun tujuh tahun berkawan rapat, Alif berkata, dia tidak dapat menghidu hubungan cinta yang terjalin antara Zizi dan pelakon Yusof Bahrin.


Foto: IG

"Apabila dapat tahu berita perkahwinan dia memang rasa terkejut juga. Kali terakhir berhubung dengan dia lebih kurang dua bulan lepas.

"Tapi saya tidak tahu tentang dia akan berkahwin ketika itu. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan mesti dia juga sudah fikir masak-masak," katanya kepada mStar.

Alif berkata, dia tidak mengetahui perancangan Zizi untuk mendirikan rumah tangga.



Pada Februari tahun lalu, Alif, 33 mengakui menjalinkan hubungan sangat rapat dengan Zizi sejak tujuh tahun lalu.

Dia turut mendedahkan berasa cemburu apabila ada lelaki terutama golongan artis dan ternama meminta nombor telefon penyanyi lagu EH itu.

Sementara itu, Alif berkata, dia tidak berasa kecewa dengan berita itu dan menyedari tiada jodoh antara mereka.



Tambahnya, dia juga kini mempunyai perancangan hidup sendiri daripada segi kerjaya dan peribadi.

"Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat dan daripada dulu lagi dan sebelum ini pun saya hanya kata tak akan menolak kalau ada jodoh antara kami. Tapi sekarang sudah tahu jodoh memang tidak ada sebab masing-masing pun sibuk.

"Lagi pun sekarang saya sibuk dengan penggambaran dan 'outstation', jadi saya tidak fikir sangat.

"Jangan risau... sekarang saya pun lebih bahagia dari dulu. InsyaAllah bila tepat pada waktunya semua akan tahu juga," katanya.




Dalam pada itu, pelakon drama Adam Chempaka ini berkata, dia mendoakan dan menyokong perubahan Zizi ke arah yang lebih baik.

"Semoga perkahwinan dia kekal hingga ke anak cucu dan berjalan lancar serta dimurahkan rezeki.

"Saya hanya harapkan yang terbaik untuk dia sahaja," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supermum 24-9-2021 08:32 AM
Memang Zizi cakap dia start kawan Yusuf 2 bulan lepas kan? Lama sangat dia tunggu kot, takde next step. Yusuf terus ajak nikah, hensem pulak tu.
Quote dewimalam78 24-9-2021 08:40 AM
Zizi pun tau alif ni tak boleh pakai.
Rela dia jadi andartu drp kawen dgn lelaki tak semegah.

Lps berhijrah, dapat jodoh dgn org yg elok sket dr aliff ni.
Quote slyfynx 24-9-2021 08:41 AM
Jap chop.
Nape aku x kenal alif hadi ni eh?
SIan aku byk retis dah x kenal.
Faktor usia
Quote annadonna 24-9-2021 08:49 AM
Cakap ajelah no komen. Panjang sgt kata katanya nampak nau frust
Quote Jennyrol 24-9-2021 08:51 AM
Sape die ni.. 7y kwn tp no action.. Bye2 la..
Quote limau_lemon 24-9-2021 08:52 AM
Frust ke bang.. Salah sendiri..
7tahun kawan tp xde nk ajak kawen.. Kalau iols lepas 2tahun kawan xde next step pon iols cabut
Quote AshkieLa 24-9-2021 09:02 AM
Edited by AshkieLa at 24-9-2021 09:07 AM

simpan sendiri dah la..
tak malu ke nak citer kat orang sendiri takde action smpai 7 thn pastu melepas?
skang org tu pun dah selamat jd bini orang...
dahla aku suka je yusuf bahrin tu semenjak dia berlakon dalam perempuan tanpa dosa...
btw mamat ni yg jadi pasangan Gambit tu kan dalam Fear Factor Celebrity Msia?
kalau betul dia.. selayaknya kena tinggal. Mulut boleh tahan juga..
Quote Fly_over 24-9-2021 09:05 AM
ala saja je ni.. dpt masuk berita.
Quote tipah89 24-9-2021 09:13 AM
7 taun declare bercinta pun tak, so xyah buat2 terkejut sgtla bila pompuan pilih laki lain yg lebih serius nakkan dia even baru kenal bape bulan + muka herlokkk..sauk jelahhh.. btw knp meols xkenal mamat inih.
Quote Mini.Me 24-9-2021 09:15 AM
Kalo meols pon lagi pilih ucop bahrain...hensem sedao gitteww
Quote kuzaime 24-9-2021 09:23 AM
Dia ni yg cakap dulu suka zizi sexy2 kan..kawan bertahun2, tp x ada tanda nak serious ke next step pun. Ppuan mana aje sanggup nak tunggu lama2..bye2 ajelah
Quote violetungu 24-9-2021 09:27 AM
padankan muka ja la yg mampu..
Quote SweetRehan 24-9-2021 09:30 AM
Baik pilih Yusuf Bahrin....hensem, tggi, badan sedaap ....kn Zizi...hehe
Quote hashashes 24-9-2021 09:32 AM
Jauh bertiang Yusuf Bahrain tu lebih herloks and tasty
Quote yondu 24-9-2021 09:33 AM
aku yg bukan artis ni pun tak koser nak tunggu lama2..tgk 2 tahun lebih takde pun nak ajak kahwin ke jumpa family ke, bye2 jela. laki skrg 5 bulan kawan terus ajak kawen. Alhamdulillah..
Quote tweetytweety 24-9-2021 09:33 AM
nasib lah kau Alif.
dulu kahwin pun senyap2.
Quote KamikuP 24-9-2021 09:39 AM
First of all ko sape dan ko dah knp nok?
Quote hasniey 24-9-2021 09:40 AM
Ptutla kene tinggal.7 tahun kawan rapat tp xnk declare couple
Ko nak dia tgu bpe tahun pulak lps couple?org tu dh 30an
Kira btul la..2 bulan xcontact,sbb zizi dh jumpa org lain
Bukan 2 timing la tu...ko kene dump tp xsdr
Quote cm_vungtau 24-9-2021 09:48 AM
Kenapa penulis cari tak boleh bezakan reda dengan redha? Dah banyak kali ni

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058799 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top