CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kena Ada Lebih Sejuta 'Followers' Instagram Kalau Nak Masuk TV - Fadzil Teh

23-9-2021 10:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4200| Komen: 14

Description: Penerbit Fadzil Teh mempertahankan keputusan stesen TV berasaskan penstriman yang menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlu mempunyai jumlah pengikut atau 'followers' lebih s ...
Penerbit Fadzil Teh mempertahankan keputusan stesen TV berasaskan penstriman yang menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlu mempunyai jumlah pengikut atau 'followers' lebih sejuta di Instagram.


Fadzil berkata, syarikat penerbitannya menyambut baik perkara itu, sekali gus menggalakkan peminat artis berkenaan memuat turun dan menonton kandungan disediakan dalam saluran terbabit.


Kredit foto: Metro Kini

"Biarpun syarat ditetapkan agak ketat dari segi skrip dan jumlah 'followers' artis, bagi saya ia bukan masalah utama. Sebaliknya, ia adalah cabaran untuk setiap syarikat produksi dalam menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Dalam masa sama, drama yang dihasilkan itu juga menampilkan pelakon yang popular," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, perkongsian Fadzil mengenai perkara itu dalam hantaran di Facebook mendapat pelbagai maklum balas termasuk beberapa penggiat seni.


Ada beranggapan tindakan saluran TV itu tidak wajar selain menyifatkan ramai pelakon yang mempunyai jumlah 'followers' lebih sejuta tidak berbakat, 'kayu' dan sekadar menjual populariti.


Kredit foto: IG Fadzil

"Bagi saya tidak perlu timbulkan isu populariti dan bakat. Sebenarnya, ramai juga dalam kalangan pelakon yang berjuta 'followers' ini berbakat. Popular dan ramai pengikut itu adalah bonus buat mereka sehingga memberi kelebihan dari segi tawaran kerja.

"Jadi, bagi artis yang dikatakan berbakat dan kurang 'followers' itu sepatutnya mereka perlu tingkatkan inisiatif dengan aktif di media sosial. Sebab 'trend' hari ini pun berbeza. Mahu atau tidak mereka perlu akur dengan permintaan sebegitu. Tidak wajar jika mahu menyalahkan satu pihak saja," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hunters 23-9-2021 10:27 PM
ni bkn owner zeel ke..cmna rr nk cri mkn ni geng prlis pn reject anti vaksin
Quote Nozot 23-9-2021 10:32 PM
ya..owner zeel. patutla drama melayu malap, pekon dipilih ikut follower
Quote kechikchomel 23-9-2021 10:55 PM
Iolss kalau tgk muka dia ni mesti teringat cikebung laki zizie
Quote nakkomenjugak 24-9-2021 03:46 AM
Garbage, sampah, trash, dusty, dustbin
Patut laa donya seni Malaya sedeh
Quote cucutokwan89 24-9-2021 06:04 AM
Edited by cucutokwan89 at 24-9-2021 06:07 AM

Nasib le nak jadi retis.. Jgn lps ni upload content yg bukan2 sudah, nak glemer pny pasal

Quote tintin22 24-9-2021 09:17 AM
Quote CikYaYaYa 24-9-2021 08:38 PM
patut ler industri seni Malaysia dpenuhi pelakon kayu kayan blh bt perabot.. Pasni boleyy laa ajak Mendosa, Anjuling, Patiyaa blakon. Mne tau kot gempakk kann hasilnya
Quote jalfa 24-9-2021 08:48 PM
Beli jah la tololwer...tak pon tiap tiap hari buat contest kat ig.bg hadiah ke duit ke...berderu poloww
Quote achatfollowers 3-11-2021 07:38 PM
En août 2019, l’Institute of Contemporary Music Performance acheter des abonnés instagram a réalisé un audit sur les comptes Instagram de plusieurs célébrités, et il s’avère que tous possèdent un aux crucial de fake abonnés, comme Ellen DeGeneres, Taylor Swift ou même Kylian Mbappé (forty nine %, forty six % et 45 % respectivement pour les comptes mentionnés).
Quote hayrin86 4-11-2021 08:44 AM
Mansuhkan aje syarat yang merepek ini..
Quote Jiddin 5-11-2021 08:46 AM
Benda ni cuma akan menggalakkan lagi kemunculan tibaiunta dalam industry. Sigh...
Quote eely_shana 5-11-2021 03:06 PM
dia ni lah kan yg asyik cakap kena ada rupa, pollowers kena ramai
Quote liamjohn 14-3-2023 09:01 PM
Edited by liamjohn at 14-3-2023 09:03 PM

Thank You for this great piece of information.
Quote Nurkaseh01 23-3-2023 11:13 PM
Sebb tu sharifah rose yang berlakon tah pape tu boleh mask TV sebb dia femes kt ig

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055232 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top