CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bayar Zakat, Aliff Syukri Doa Dijauhkan Dari Orang Yang Ingin Menjatuhkannya

23-9-2021 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3468| Komen: 17

Description: Umum tahu usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering kali berkongsi dirinya membuat pembayaran zakat.
Umum tahu usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering kali berkongsi dirinya membuat pembayaran zakat.

Baru-baru ini, dia juga berkongsi di Instagram membayar zakat bernilai lebih RM50,000.



Kredit foto: IG Aliff

Meskipun pernah memaklumkan bahawa perniagaannya turut terjejas ekoran pandemik Covid-19, Aliff tidak culas melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk membayar zakat.

Tambahnya lagi, ramai yang terkesan dari segi mental dan emosi akibat wabak tersebut.

Dalam pada itu, dia turut memohon doa agar perniagaan yang diusahakannya selama ini terus maju dan dijauhkan daripada orang-orang yang berniat jahat dan ingin menjatuhkan empayar perniagaan miliknya itu.



Menjengah ke ruangan komen, pengikut media sosial usahawan itu rata-rata memuji sikap murni Datuk Aliff yang tetap melunaskan tanggungjawab dan kekal membuat amal kebajikan.


Sumber: BeautifulNara
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 23-9-2021 10:45 PM
Boleh ke kalo kita bayo zakat bgtau satu dunia.. aku bayo zakat 2k je sbb tuu aku tak kabo satu dunia sbb sikit ya amat.. mmg betulla dunia dsh akhir zmn sggh.. semua kebaikan harus tunjuk.. lagi riak hati tuu lg baguss
Quote kuzaime 23-9-2021 11:11 PM
Buritan replied at 23-9-2021 10:45 PM
Boleh ke kalo kita bayo zakat bgtau satu dunia.. aku bayo zakat 2k je sbb tuu aku tak kabo satu duni ...

Alangkan bini tgh meneran anak pun dia record n publish utk umum ni kan pulak bayar zakat, harusss tayang gituu
Quote Buritan 23-9-2021 11:17 PM
kuzaime replied at 23-9-2021 11:11 PM
Alangkan bini tgh meneran anak pun dia record n publish utk umum ni kan pulak bayar zakat, harusss ...

Tu laa.. terkejut aku dia siap rakam masa tgh beranak.. aku kalo laki rakam pas tu publish kat srmua org..mau aku hempuk. Aku tgh bertarung nak hidup ko boleh buat mcm tu
Quote kuzaime 23-9-2021 11:23 PM
Buritan replied at 23-9-2021 11:17 PM
Tu laa.. terkejut aku dia siap rakam masa tgh beranak.. aku kalo laki rakam pas tu publish kat srm ...

Life dia laki bini, anak beranak langsung macam x ada privacy dah. Semua nak record tunjuk kat umum. Kalau aktiviti berjimak 'halal' utk tayang, yg tu pun dia record n tayang dah
Quote nakkomenjugak 24-9-2021 03:45 AM
Hidup berpaksi berkiblat socmed gini laa.
Quote Buritan 24-9-2021 08:31 AM
kuzaime: Life dia laki bini, anak beranak langsung macam x ada privacy dah. Semua nak record tunjuk kat umum. Kalau aktiviti berjimak 'halal' utk tayang, yg tu ...


Tu laaa.. aku kek fesbok gambo sebiji pun yilek.. laki aku tak bg letak.. yg ade gambo beg.. gambo kain baju yg aku jahikk.. gambo pemandangsn cantik cantik kat obersea wpun aku berangan sgt nak pi situ.. tp apekan daya tak mampu.. tak mampu buat cara tak mampu.. simple hidup mcm tuu
Quote slyfynx 24-9-2021 08:47 AM
Bape la agaknye die bayar wartawan2 ni untuk buat cerita pasal die eh
Quote helicornia 24-9-2021 09:34 AM
Buritan: Tu laaa.. aku kek fesbok gambo sebiji pun yilek.. laki aku tak bg letak.. yg ade gambo beg.. gambo kain baju yg aku jahikk.. gambo pemandangsn cantik  ...

Aku lg sedih fesbuk pun tkde huhu
Quote kakigojes 24-9-2021 10:15 AM
Berapa kerap dia bayar zakat? And dia tau tak bayar zakat ni wajib bila cukup haul, so meaning dia ada la pendapatan time covid ni.. and satu lagi, satu cek tu rm52k, so 3 cek rm156k, zakat ni usually 2.5% (anggaran) so pendapatan rm6.2 juta baru equal to rm156k, sangka baik je la ni bukan zakat tahunan
Quote Fortiori02 25-9-2021 10:53 AM
Semua bnd dia nak up kat socmed mamat ni kan...
Quote makadek 25-9-2021 11:26 AM
Perangai ko yg jatuhkn ko
Buat molek2 telus ok
Quote Rayna90 25-9-2021 11:49 AM
Masa tengok documentary channel cna pasal produk timbang kilo tu, berapa riak nya dia tunjuk rumah bagai hasil jualan produk timbang kilo
Quote honeybee1802 25-9-2021 12:07 PM
Buritan replied at 23-9-2021 10:45 PM
Boleh ke kalo kita bayo zakat bgtau satu dunia.. aku bayo zakat 2k je sbb tuu aku tak kabo satu duni ...

Tu la pasal ek..lagi plak zakat ni kewajipan...
Quote elecom 25-9-2021 01:48 PM
kakigojes replied at 24-9-2021 10:15 AM
Berapa kerap dia bayar zakat? And dia tau tak bayar zakat ni wajib bila cukup haul, so meaning dia a ...

Dia buat bayaran bulanan kot...mcm ada antara kita yg buat potongan gaji bayaran bulanan utk zakat. Rasanya dia ni mesti well aware pasal cukup haul tu.
Quote ctkaty 27-9-2021 04:26 AM
Beware of the Evil Eye.
Quote amansihat 27-9-2021 04:53 AM
sendiri suka up kekayaan.ramailah orang tak puas hati yg berniat jahat yg neak merompak dan nak kidnap.ramai orang jahat memerhati.bagi saya kehidupan dia perlu up kat social media nak jual barang.tapi akibatnya keselamatan diri sendiri dan anak-anak dalam pertaruhan..kita tau ke hati manusia  yg berniat jahat?
Quote amansihat 27-9-2021 04:56 AM
Edited by amansihat at 27-9-2021 05:09 AM

kalau saya kaya saya nak tutup media social dan tak nak kehidupan saya orang tau.tapi nak kekalkan kekayaan dia dia kena tayang semua kekayaan dia untuk tarik orang beli barang dia..modus operandi peniaga timbang kilo dan anak murid azizan osman begitulah sop mereka.tayang rumah,pakaian,harta benda dan juga kereta.lepas tu tarik tolowerrs.lepas tu jadi agen.seorang agen kena ambik barang contoh min  rm 5000.kalau agen ada 1000 orang berapa dah ambik barang dia.sebab tu sales tinggi sebab lagi ramai agen lagi banyak barang terjual.


macamana agen nak jual barangan stok yg diambil tu ,itu agen fikir lah sendiri..tokey timbang kilos ni purata profit margin diorang dalam 40-50%.Agen dalam 20-30 %.Lagi banayk ambik lagi tinggi percent.sub-agent atau reselers dalam 15-10 %.Untung paling besar orang macam atok vida dan alif syukri.mungkin modal tak sampai 1 juta tapi untung kadang-kadang ada sampai 150-200 percent.lagi banyak dia order timbang kilos dari kilang ,lagi tinggi profitnya.sebab tu founder timbang kilos suka buat virals nak cari ramai agent untuk beli barangan mereka.

mereka tak fikir macamana agen nak habiskan stok jualan mereka.agen fikir sendirilah.kadang stok jadi tukun sebab terlalu ramai sangat orang jual barang yg sama tapi brand lain-lain.ada yg perang harga.dari segi rasa dan kandungan tokey produk timbang kilos tambah perisa strawberyy,artis timbang kilo tambah kandungan produk ada kesan merawat sihir,tokey produk timbang kilos ustad tambah kandungan ada air zam-zam dan kismis.tokey timbang kilos ada nama PU bagai tambah produk mereka telah dijampi rukyah dan surah yassin.tokey produk timbang kilos artis dan pelawak ,produk kami boleh buat anak anda  jadi pandai bercakap dan boleh jadi tinggi 2 meter.


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056692 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top