CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasa Rendah Diri- 9 Bulan Ambil Ubat Jerawat, Gadis Bunuh Diri

24-9-2021 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4095| Komen: 26

Description: London: Seorang gadis periang di United Kingdom (UK) meninggal dunia disyaki membunuh diri selepas sembilan bulan mengambil ubat atasi masalah jerawat.
London: Seorang gadis periang di United Kingdom (UK) meninggal dunia disyaki membunuh diri selepas sembilan bulan mengambil ubat atasi masalah jerawat.

The Sun melaporkan Annabel Wright, 15 , ditemukan mati di bilik tidurnya di Yorkshire pada 2019.

Bapanya, Simon memberitahu inkues yang diadakan di Northallerton, Yorkshire Utara bahawa anak perempuannya tenang ketika berselisih dengannya pada petang hari kejadian.


Annabel, Foto: Agensi

Kira-kira 20 minit kemudian, nenek Annabel mendapati cucunya itu sudah meninggal dunia.

Inkues turut diberitahu adik lelaki Annabel, Will yang baru berusia 12 tahun, berusaha membantu bapanya memberi bantuan kepada kakaknya sehingga ambulans dan polis tiba.


Annabel tidak meninggalkan nota bunuh diri manakala ujian toksikologi mendapati gadis itu negatif dadah dan alkohol.

Annabel bersekolah di Harrogate dan menunjukkan prestasi yang baik.

Ibu Annabel, Helen memberitahu inkues dia tidak menyedari ada yang tidak kena dengan anak perempuannya. Dia ada melihat kesan calar di pergelangan tangannya pada akhir Januari 2019 iaitu selepas mengambil sejenis ubat.

Pada mulanya, Annabel mendakwa bahawa dia mencederakan dirinya sendiri pada musim luruh.

Kemudian, anak perempuannya itu mengaku mencederakan diri dengan pisau cukur di bilik mandi beberapa saat selepas berbual dengan rakannya di telefon.

"Dia beritahu berasa rendah diri," katanya.

Julai 2018, Wright dan anak perempuannya pergi ke sebuah premis di Boroughbridge untuk melihat ubat yang sesuai. Annabel mengalami masalah jerawat sejak berusia 12 tahun dan menggunakan sejenis antibiotik selama setahun.

Ketika ditanya koroner Jonathan Leach bagaimana Annabel berdepan masalah kulit berjerawat sejak sekian lama, Wright memberitahu, anaknya tidak terganggu atau tertekan dengannya.

"Cuma dia terkesan seandainya jerawat itu meninggalkan parut dan ada bertanya mengenainya.

"Saya jawab tidak dan minta dia biarkan saja, malah Annabel nampak tidak tertekan dengannya," katanya.

Inkues bagi menyiasat punca kematian remaja itu masih berlangsung di sebuah mahkamah koroner di sini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 24-9-2021 09:10 AM
Siannya..nilah manusia apabila obses dengan cantik..boleh stress
Quote mbhcsf 24-9-2021 09:23 AM
nampak muka elok je...atas tu. I simpati jugaklah dengan mendiang, may be ada depression ni kot.

tapi memanglah the firstline regime is antibioctic.

Kalau dah teruk sangat seperti  -  acne vulgaris  or acne rosacea yg sampai infection tu ,   tu yang kena rujuk pakar, tapi faham lah style NHS GP ni depa memang kalau boleh nak jaga funding depa  on ubatan ni , kalau tak teruk selagi tulah pi makan first line , kalau kat Malaysia , kekadang bagus jugak open system , orang boleh jumpa pakar dermatologist terus tanpa banyak time menunggu.



Quote Jorja 24-9-2021 09:35 AM
So apa keputusan inkues kematian dia? Bahaya juga ubat jerawat tu ada suicidal thoughts effects.. pernah tengok see no evil Xpatient bunuh dr yg perna prescribed ubat Acutane bagi byk side effects kt dia
Quote ctaz 24-9-2021 09:35 AM



tang mana jerawatnyer....
Quote ais_kosong 24-9-2021 09:46 AM
ctaz replied at 24-9-2021 09:35 AM
tang mana jerawatnyer....

elok ja muka dia.. buruk lagi muka iols
Quote syamzana 24-9-2021 09:57 AM
Jorja replied at 24-9-2021 09:35 AM
So apa keputusan inkues kematian dia? Bahaya juga ubat jerawat tu ada suicidal thoughts effects.. pe ...

accutane ni ade setgh country pun di banned. ada minah kat uk lupa dah ig dia pernah consume accutane sbb acne dia mmg teruk giler. dia ckp nak ambil ni kene doc yg prescribed.mula2 doc bagi low dos pastu bila nmpk ada kesan ok doc naikkan dos. masa naikkan dos ni emosi dia jd tak stabil.upside down tak tentu hala. kejap happy kejap menangis tatau sebab. doc terus tak bagi dia ambil. sempat ambil 3bulan je kot.
kat komen ramai la yg share experience psl accutane ni. yg menjadi lepas guna terus tak naik jerawat tp ramai brenti sekerat jalan sbb effect mental health.
Quote awanysss 24-9-2021 10:01 AM
darkness replied at 24-9-2021 09:10 AM
Siannya..nilah manusia apabila obses dengan cantik..boleh stress

setahu aku, ubat jerawat yg kuat2, ada effect mood swing..
boleh jd depression.. accutane nama dia kalau tak silap..
aku pernah baca experience sorang yg makan tu..
aku doktor pernah nak bagi, tp dia sendiri advise kalau boleh takyah makan..
ubat tu mcm kuat effect dia.. rambut gugur, mata kering.. tp kesan kat kulit cantik la..
Quote darkness 24-9-2021 10:05 AM
awanysss replied at 24-9-2021 10:01 AM
setahu aku, ubat jerawat yg kuat2, ada effect mood swing..
boleh jd depression.. accutane nama di ...

Ooooh..ada side effect jugak ye. Hemm
Quote edayildiz 24-9-2021 10:11 AM
bdk ni amik accutane ke?accutane tu kan side effect dia mood jd swings, sucidal tedencies mcm2 la...rip
Quote awanysss 24-9-2021 10:14 AM
darkness replied at 24-9-2021 10:05 AM
Ooooh..ada side effect jugak ye. Hemm

byk sgt side-effects dia..
tp outcome dia worth it la..

kalau kat gov, setiap bulan kena amik darah bagai..

sebelum nak prescribe, yg dah kawen husband pun kena sign consent form rasanya..
doktor aku tu tak galakkan amik.. tp dia kata kalau nak okay je..
makan tu takleh pregnant risiko anak cacat tak silap..
cer google kalau rajin.. banyak betul effects scary dia..
Quote mbhcsf 24-9-2021 10:21 AM
Edited by mbhcsf at 24-9-2021 10:23 AM
edayildiz replied at 24-9-2021 10:11 AM
bdk ni amik accutane ke?accutane tu kan side effect dia mood jd swings, sucidal tedencies mcm2 la... ...

katanya antibiotics


i kan ambik je roaccuatne oral for 3 months , tak ade side effects tu pun walaupuni bace leaflet ade, but not all. it is good for severe acne, and i tak larat muntah and makan doxyclines. dalam 3 bulan tu my liver enzymes ALP , AST naik atas high normal.

so effective, tapi still ikut badan jugaks...ada sorang manusia i tahu raoccutane oral pun jerawat dia mula surut bila ambil, tapi once she is off medication , naik balik itu kesian. Dia pasrah  saje dan agak hadap jelah attitude bila ada acne.

in her case , ni mendiang ni dalm artikel di atas - personality juga main peranan.


Quote edayildiz 24-9-2021 10:31 AM
mbhcsf replied at 24-9-2021 10:21 AM
katanya antibiotics



bethol.. setiap org side effect tu lain kan..tp accutane ni pun kalau kat europe mmg dh kena banned..mayb ada jual kt lorong2 gelap or ada tp tkr nama..
tp betul la personaliti seseorang tu pun mempengaruhi jua kan..i masa remaja..umo 16 thn pun ada jerawat..mmg stress..
Quote JohnyEnglish 24-9-2021 10:43 AM
umur2 tu mmg akan tumbuh Bnyk jerawat.jerawat gatal org kg kata.aku pun Bnyk jerawat masa tingkatan 3 dulu.dh makin tua makin elok bak telur dikupas
Quote Tokeybundle 24-9-2021 10:49 AM
Mungkin stress sbb jerawat plus org kutuk2 dia kot.mcm classmate i dulu ada sorg tu muka berjerawat.bdk2 lelaki selalu kutuk kaw2.kesian dia.sampai tahap jatuhkan airmuka dia.kesian tau.dah la ada skin prob.kena kutuk lg
Quote Dwdrum 24-9-2021 11:18 AM
Pernah stress skin issue... Kena severe chickenpox at aged 20s.... 1 tahun defer study... Buat laser puluh session untuk remove porkmarks... Sebab tidak buat 1 shot whole body.... Nighmare... Tetapi tidak fikir untuk suicide....
Quote nakkomenjugak 24-9-2021 04:05 PM
RIP
Sakit hati wehh jerawat tak henti2 tumbuh
Sekarang ni pun still ada tapi cepat2 cegah
Quote helle 24-9-2021 06:13 PM
  12 th...fikiran tengah fragile masa ni mmg serabut kalau ade pimple..boleh goyah keyakinan diri...ye la masa ni la baru terpikir2 pasal budak  lelaki..pasal crush...mana2 yg ada anak ke anak sedara ke ambil berat sikit pasal jerawat dorang..kecik pada kita..tp pada die,
Ye la kita pun kalau nampak budak cantik pun kemain puji..kalau kureng comot sikit buat taktau je
Quote AyaqMeloSuam 25-9-2021 04:47 AM
Aku time umoq ni pn ado jerawat kt pp smpi skrg ada pori2 tbukak.. parut x ado. Tu yg xdak rupa glass skin tu..  haiya.. tp msa aku umoq 15 tu aku dh rajin buat treatment remedi sdri.  Hasilnya xdak parut & beransur hilang sdri..
Quote lurve82 25-9-2021 05:02 AM
Aku yg dh beranak pinak ni pun naik jerawat sekali sekala..nk2 sblm peod tu…plg skt hati dkt tgh dahi atau betul2 atas hidung…preggy ke 3 ni pun habis naik jerawat dkt muka..slmt kecik2…2nd trimester baru hilg..skrg terus xde…mak aku dulu ckp jgn usik je..nanti tggl parut..nanti hilg la…biasa la remaja mmg hormon naik jerawat tu…tp ni mungkin jerawat jenis berbatu2 dan xhilg…kesian..rip…

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045956 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top