Bagi yang tidak tahu, bahan peluntur sebenarnya mempunyai manfaat lain kepada kesihatan sesetengah individu, contohnya seperti masalah kulit ekzema.
Tular satu rakaman di TikTok menunjukkan seorang ibu memandikan anaknya dengan menuangkan cecair peluntur ke dalam air mandian. Tindakannya itu menimbulkan kegusaran ramai apalagi membayangkan kesannya kepada kulit bayi ekzema yang sangat sensitif. Akan tetapi, seorang doktor kulit bernama Ingky tampil memberikan penjelasan terbaik untuk situasi berkenaan.
Jelasnya, penggunaan cecair peluntur sangat membantu bagi individu yang mengalami masalah ekzema terutamanya bayi. Selain menghapuskan kuman dan mengurangkan kesan merah, ia juga dapat mengelakkan kegatalan. Menerusi portal Hello Doktor, mandian peluntur ini selamat untuk digunakan kanak-kanak serta orang dewasa jika dicampur dengan nisbah yang betul. Cara-caranya adalah dengan menambah 1/4 cawan hingga 1/2 cawan peluntur ke dalam tab mandi yang berisi 151 liter air suam. Seterusnya, rendamkan badan dari kawasan leher ke bawah selama 10 minit. Sumber: Kisah Dunia
|
Nana_Man replied at 14-9-2021 02:25 PM
Guna lah sabun mandi collagen ke aloe vera ke…
Bad eczema ni patut gi bawak ke hospital nye skin ...
fry replied at 14-9-2021 04:30 PM
betul ke ni..aku ada urticaria..dah 2 taun menderita...nak try...cuma yg aku tau..kalau sakit kulit ...
Friska: Bagus informasi ini, bisa saya kasih saran ke madu saya agar mandi pakai air campur bleach buat mengobati luka-luka di badan dia akibat sakit gula aku ...
LadyCarefree replied at 15-9-2021 12:00 AM
Puan Friska share la tips orang indo cara mengatasi eczema.
nononcrux replied at 15-9-2021 11:57 AM
dulu muka aku teruk jerawat nanah, sbb pakai product indon bila guna sebamed terus ok
ADVERTISEMENT