CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Dihentam Netizen Mengeluh Bentuk Tubuh Isteri Berubah Drastik Lepas Kahwin

13-9-2021 09:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4619| Komen: 7

Lelaki dikecam netizen kerana membuat perbandingan fizikal isteri sebelum dan selepas mereka berkahwin.

Apa yang membuat netizen kesal adalah kenyataannya yang menganggap wanita itu kini  tidak cantik, lapor Suara.com.



Kredit foto: TikTok

Irvhan Chandra menerusi hantaran di TikTok memaparkan gambar isterinya ketika mereka bercinta dengan keadaan tubuhnya yang langsing dan berkulit gebu.

Penampilannya juga kelihatan menarik serta sedang tertawa manis.

Bagaimanapun, selepas mereka berkahwin, lelaki itu seolah-olah mengeluh isterinya semakin gempal terutamanya ketika hamil.


“Semakin berusia, kelihatan tidak cantik,” tulis lelaki tersebut pada keterangan video itu.

Hantaran tersebut mendapat kritikan hebat daripada netizen yang marah membaca kenyataan lelaki itu kerana menggunakan perkataan tidak cantik (jelek) terhadap isterinya.



“Sebelum berkahwin, isteri kamu cantik kerana dia dijaga oleh ibu bapanya. Selepas berkahwin, terpulang kepada bagaimana seorang suami melayan isterinya,” tulis seorang netizen.

“Kalau begitu, jangan dibiarkan dia mengandung. Biar sahaja dia tetap cantik, jangan punyai anak supaya dia kekal langsing. Jika sudah mempunyai anak, nanti tidak sempat bersolek. Jadi, jangan punyai anak,” sindir seorang pengguna.


Sumber: Kosmo

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-9-2021 11:37 PM
The power of mekap.

Memang jauh beda bang. Bertabahlah.
Quote matchstick 14-9-2021 12:04 AM
Betul.ke.org yg sama. Lain betul muka tu. Tgk muka dia takde naik membulat tembam pun. cuma tak mekap persis bibik aje
Quote Adrif 14-9-2021 12:04 AM
tengah pregnant ko expect ape wahai anak bijak
itukan hormon tengah memuncak, dengan berat nya lagi, panas, lenguh bagai

tiba2 rindu nak usap perut mak masa kecik, huhuhu.
menunggu hari tunggu adik baru. sambil2 tu urut kaki mak
huwaaaaa
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 01:49 AM
Hehehehe lain kali lo kena kaya dulu mas
moga isteri nya dibiar rehat, biar bibik buat kerja
isteri rias cantik je untuk ko
ughhhhhhhh
Quote RatuDunia94 14-9-2021 07:37 PM
Content... sah2 org yg bebeza
Quote belacan_gurl 17-9-2021 08:00 PM
Kalo cantik semulajadi walaupun makin tembammmmm tetap cantik tapi kalo cantik mekap je hahahhahaa bertabahla
Quote 3chanceno 19-9-2021 06:18 PM
Kalo poket tebal, manjakan isteri siap maid semua, mungkin tak tukar dengan drastik tapi dalam hal nie, cam 2 orang yg berbeza

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.068554 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top