Seorang ibu kebiasaannya akan berusaha sedaya upaya mendidik anak mereka menjadi manusia berguna selain menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat.
Namun, lain pula kisahnya Ashley Ruffin, 30, yang membantu anak lelakinya berusia 12 tahun memukul kanak-kanak lain. Pihak berkuasa tempatan berkata, Ashley memegang rambut dan lengan seorang budak lelaki manakala anaknya dan seorang kanak-kanak lain membuli mangsa. Wanita itu ditahan polis selepas mangsa membuat laporan mengenai kejadian yang menimpanya.
Dalam laporannya, mangsa memaklumkan dia bersama beberapa rakan lain duduk di luar kompleks sukan di sekolah menengah Indian Trails di Palm Coast sebelum diserang dua budak lelaki. Rakan mangsa sempat melarikan diri untuk mendapatkan bantuan ketika insiden itu berlaku. Mangsa berkata, wanita itu kemudian menahannya dan membiarkan anak lelaki serta rakannya berterusan memukul. Selepas kejadian, mangsa memberitahu ibunya yang kemudian membuat laporan kepada pengurusan sekolah berkenaan sebelum laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya. Ashley kini ditahan atas kesalahan penderaan kanak-kanak walaupun wanita itu menafikan perbuatannya. Menerusi Facebook, dia mendakwa hanya mahu meleraikan pergaduhan. Sumber: Harian Metro
|
Matchamana replied at 14-9-2021 05:00 AM
Ape jenis mak la ni
ADVERTISEMENT