CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Muflis, Tony Eusoff Rindu Nak Pakai Cecair Penanggal Solekan

14-9-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5007| Komen: 18

Buat seorang anak seni bernama Tony Eusoff atau nama lengkapnya, Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, dia juga tidak terkecuali terkesan disebabkan pandemik Covid-19. 

“Saya rindu nak pakai cecair penanggal solekan. Bayangkanlah hampir dua tahun tak jalani penggambaran disebabkan Covid-19, memang rindu nak bebas ke set lokasi dan berkarya.


Kredit foto: IG Tony

“Bukan rindu nak bersolek macam wanita (tertawa). Rindu nak hidup macam dahulu walaupun kita semua pun tak tahu sampai bila akan hidup begini.

“Biarpun sekarang dah ada kelonggaran untuk penggiat seni dan pekerja industri kreatif, keadaan dah tak sama macam dulu, tapi kita semua perlu akur dengan semua ini.


“Saya percaya, akan ada sinar di hujung terowong suatu hari nanti bukan untuk orang macam saya tapi semua orang lain tak kira industri,” kata Tony ketika dihubungi HibGlam baru-baru ini.



Tidak menafikan menerima tempias dari segi kewangan, kata anak seni yang cukup terkenal menerusi filem Sepi itu, kalau pandemik Covid-19 terus menjalar, dia mungkin akan jatuh muflis.

“Kalau berlaku lagi kekangan yang membantutkan aktiviti seni, saya sendiri tak tahu apa nasib saya. Mungkin saya jatuh muflis dan akan tukar kerjaya macam Nam Ron cakap.

“Seni lakonan adalah sumber pendapatan saya. Kalau tak dibenarkan bekerja, mana lagi saya nak korek duit. Duit simpanan yang ada pun dah digunakan untuk waktu-waktu terdesak sebelum ini,” katanya lagi.

Tambahnya, disebabkan pandemik Covid-19, dia merasakan dirinya tiada fungsi dalam kalangan masyarakat.



Masakan tidak, duduk terperuk di rumah tanpa melakukan pekerjaan yang sudah menjadi kelaziman dirinya sebelum ini. Tony percaya, bukan hanya dirinya seorang berdepan masalah kemurungan bahkan anak seni lain juga.

“Buat pertama kali dalam hidup, saya rasa seperti tiada fungsi dalam masyarakat. Sudah tentu, sebab tidak dapat bertemu orang seperti kebiasaan. Tidak dapat bekerja macam biasa memberi tekanan terhadap kesihatan mental kita.

“Bagaimanapun, saya bertemu semula dengan hobi lama pada musim pandemik ini iaitu melukis.

“Selama 20 tahun saya tak melukis! Itu yang positifnya dan dapatlah saya asah semula bakat yang sudah lama tenggelam,” kata Tony yang merupakan graduan dalam bidang seni bina.



Dalam pada itu, Tony, 44, turut mendedahkan, disebabkan ‘dipenjara’ dek wabak berbahaya tersebut, fizikalnya semakin membulat. Tuturnya, nak bersenam pun menjadi satu masalah.

“Badan saya makin bulat! Waktu mula-mula, bersemangatlah nak ‘home work out’ (bersenam di rumah) dan sebagainya namun lama-kelamaan, otak saya pun buntu. Saya percaya orang lain berdepan perkara sama.

“Tapi sekarang, perlahan-lahan kita kembali hidup seperti biasa walaupun pelitup muka wajib dipakai setiap masa kalau berada di luar rumah. Jadi, sekarang ini saya aktif bersenam semula. Nanti naik set berlakon, tiadalah tembam sangat,” ujarnya secara berseloroh.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 14-9-2021 11:53 AM
baru 44? kenapa nampak tua sgt siap beruban banyak
Quote potsshine 14-9-2021 12:13 PM
helicornia replied at 14-9-2021 11:53 AM
baru 44? kenapa nampak tua sgt siap beruban banyak

agknya..masa kecik dia kene geget tebuan kot..kata org tua2..gitu la...
Quote matchstick 14-9-2021 12:27 PM
helicornia: baru 44? kenapa nampak tua sgt siap beruban banyak


Effect makan dadah kot..dia ni yg Ada kes dadah tu kan.
Tp laki migha basic pun nmpk tua jgk wpun takde kes dadah
Quote kakigojes 14-9-2021 12:50 PM
Amboi party down below.. Tapi elok kihkih
Quote fry 14-9-2021 04:25 PM
hi uncle tony,,,,ramah beliau ni,,,ensem...tp tula..dulu terkantoiii dadih...harap sekarang jln yg lurus..... uncle, lets kupi2 ..
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 05:56 PM
dulu masa muda heol tasteh jugak
baru umur 44 da macam 50an
Quote Perawankota 14-9-2021 06:50 PM
Few times jumpa dia.. Latest kt ppv klcc, dia jadik petugas kt sana.. Ppv tu pon dh tutup skang
Quote RatuDunia94 14-9-2021 07:18 PM
Nampak dap kaki heols.. xde ke yg blow job sambil heols buat video tu.
Quote trexxxxxi 14-9-2021 07:24 PM
Sesak sekejap otak meol cuba mentafsirkan ayat cecair penanggal solekan itu yach?

Soklan KBAT apa ni oii

Rupanya-rupanya make-up remover
Quote Suchi 14-9-2021 07:30 PM
Masih bujang eh? Umur dia kira muda lagi tp sbb rambut dh putih tak memasal berlakon jd atuk2 je pasnih.
Quote siasia 14-9-2021 09:21 PM
Bukan dia pernah dipenjara kes dadah?
Quote boojaat 14-9-2021 10:12 PM
Nape x but grab? Hina sgt ke dr dok umah xkeja?
Quote TeropongThaico 14-9-2021 10:24 PM
'Cecair Penanggal Solekan'
Bila ditukar ke bahasa jadi serammm pulak
Quote neo_5050 15-9-2021 12:38 AM
Bukan ke heols married to rosanna musa, anak tun musa hitam? cuma tak sure masih lagi bertahan tak.
Quote awenda507 15-9-2021 12:51 AM
Rasenye dia ni penah kena penjara kan? Tp lupa atas kesalahan ape. Blakon pn not bad juga
Quote Dolmat 15-9-2021 01:15 AM
RatuDunia94 replied at 14-9-2021 07:18 PM
Nampak dap kaki heols.. xde ke yg blow job sambil heols buat video tu.

Ko ni kalau dah species dua alam... Belalai selit belakang gini lah komen dua alam korang!
Quote jess1205 16-9-2021 01:37 PM
neo_5050 replied at 15-9-2021 12:38 AM
Bukan ke heols married to rosanna musa, anak tun musa hitam? cuma tak sure masih lagi bertahan tak.

Rasanya not married kot. In a relationship gitu2 je
Quote apedehal 16-9-2021 01:41 PM
Cantik lukisan2 dia...mmg berbakat

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061368 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top