CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Suami Isteri Bela 620 Anak Angkat, Termasuk Lima Anak Sendiri

6-9-2021 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2585| Komen: 10

Sepasang suami isteri di Britain  telah mengambil seramai 620 orang anak angkat dalam tempoh 56 tahun, lapor akhbar The Sun semalam.

Pauline dan Roger Fitter berkongsi rahsia berdepan krisis keibubapaan yang dihadapi termasuk cemburu dan anak-anak yang mengamuk.


Pasangan itu sudah membesarkan bayi, kanak-kanak, remaja dan dalam masa yang sama memelihara lima anak kandung mereka.


Foto: The Sun

“Kami telah menjalankan tanggungjawab kami sehingga mereka boleh berdikari dan menjalani hidup sendiri.

“Kami menyayangi semua anak-anak kami, namun apabila tiba masanya, kami perlu melepaskan mereka pergi,” kata Pauline.


Pauline dan Roger yang menetap di Haslemere, Surrey berkata, terdapat banyak cara untuk mententeramkan kanak-kanak dan cara terbaik adalah ibu bapa perlu tenang dan berkomunikasi dengan mereka.

Pauline juga berkata bahawa dia akan memastikan semua  anaknya makan makanan yang sama pada waktu yang sama bagi memastikan tiada antara mereka berasa terpinggir.

Foto: The Sun

Pasangan itu juga pernah mempunyai 11 anak kecil di dalam rumah termasuk anak-anak kandung mereka, sehingga terpaksa memasang khemah untuk memastikan kesemua mereka memiliki katil.

“Kami merasakan telah menjalani kehidupan dengan tujuan yang baik. Kami telah bertahan lebih lama daripada kebanyakan ibu bapa lain, namun masih menikmatinya hingga anak terakhir,” kata Pauline. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 6-9-2021 12:02 PM
Tahniah diucapkan kepada keluarga ini, sangat banyak kebajikan yang telah dilakukan
Quote Manjahati 6-9-2021 12:04 PM
Well done..
Quote SedihPedih 6-9-2021 12:49 PM
nampak both pun air muka jenis ikhlas...
Quote dekmieDandy 6-9-2021 05:03 PM
ooo ni macam foster parent sementara hanta anak ke actual foster parent tu kan

Quote nakkomenjugak 6-9-2021 08:09 PM
Wahhhhh God bless them all!
Quote ninja9 6-9-2021 09:15 PM
dekmieDandy replied at 6-9-2021 05:03 PM
ooo ni macam foster parent sementara hanta anak ke actual foster parent tu kan


“Kami telah menjalankan tanggungjawab kami sehingga mereka boleh berdikari dan menjalani hidup sendiri.
aku rasa tak.. memang besarkan sampai besar boleh berdikari sendiri.... memang hebat, bagus kalau dapat interview mereka ni mesti banyak tip mendidik anak



Quote highcastle 6-9-2021 09:18 PM
Baguslah dia org ni..........
Quote I.K.A888990 7-9-2021 02:23 AM
salute kat family ni
mcm mana dia mampu manage ramai2 mcm tu
Quote che-cikL 7-9-2021 09:32 AM
Hebat mereka berdua. Semoga anak2 yg beratus tidak lupakan parents mereka.
Quote dua_chzy 7-9-2021 10:00 AM
Manusia sebegini barulah layak bagi nasihat parenting. Bukan Hanis Zalikha.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038302 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top