CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 40 Tahun Tak Tidur, Kali Terakhir Masa Umur Enam Tahun

6-9-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 654| Komen: 3

Beijing: Seorang wanita di China mengaku tidak pernah tidur selama 40 tahun.

Oddity Central melaporkan wanita itu mendakwa dia tidak pernah merasa mengantuk selama empat dekad.


Pengakuan wanita itu, Li Zhanying dari Zhongmou, Wilayah Henan disahkan suami dan jiran tetangganya.

Li mengaku kali terakhir dia tidur ketika berusia lima atau enam tahun.


Foto: Oddity Central

Beberapa tahun lalu, beberapa jirannya cuba menguji dakwaan wanita itu dengan bermain kad di bawah lampu jalan berdekatan rumah mereka pada tengah malam.

Bagaimanapun, seorang demi seorang jirannya tidak tahan mengantuk dan pulang ke rumah, tetapi Li tetap berjaga.


Suami Li, Liu Suoquin juga mengesahkan isterinya tidak pernah tidur sepanjang pernikahan mereka.

Sejak kedua-duanya berkahwin, Liu memerhatikan isterinya berjaga siang dan malam, malah melakukan pekerjaan rumah pada tengah malam.

Wanita itu memberitahu Liu, dia tidak boleh tidur sebelum lelaki itu membelikan isterinya pil tidur namun ia tetap tidak berhasil.

Menurut Bastille Post, Li mencari bantuan perubatan mengenai keadaannya, tetapi doktor tidak pernah menemui sesuatu mencurigakan.

Akhirnya, Li mengunjungi pusat perubatan di Beijing, misteri tidak tidurnya yang berlaku puluhan tahun akhirnya terbongkar.

Kumpulan doktor menggunakan alat pengesan canggih untuk memantau wanita itu selama 48 jam dan menemui dia sebenarnya tidur namun tidak seperti kebanyakan orang.

Data yang dikumpulkan selama pemantauan gelombang otak selama 48 jam menunjukkan Li sempat tidur seperti orang biasa.

Menurut pasukan itu, Li sebenarnya tertidur walaupun matanya tidak tertutup, malah boleh berbual dengan suaminya.

Pasukan doktor menggambarkan fenomena itu dikenali sebagai 'tidur sambil terjaga' di mana beberapa saraf dan organ Li Zhanying masih aktif selama dia tertidur.

Oddity Central melaporkan, keadaan itu sama dengan sleepwalking atau tidur sambil berjalan.

Pasukan doktor itu mengatakan Li sebenarnya tertipu oleh otaknya sendiri.

Ketika dia berehat, sebahagian tubuhnya memasuki fasa tidur dialami semua manusia tanpa menutup matanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote zaianim 6-9-2021 11:15 AM
Tidur ni keperluan biologi otak dan tubuh.. panjang jugak umur dia
Quote esbok 6-9-2021 09:55 AM
Mana boleh tak tidur. Boleh mati le nyah.

Sekolah asrama , budak bilik terkejut member sebelah dok tenung dia tengah malam. Member ni dah la mata bulat, terbeliak dok tenung je kawan tu. Panggil pun tak respon. Member tu tidoq mata terbukak. Ada casper nak masuk body member, tapi kata perawat body member ni tak terima casper tu.
Quote Dorotheas 6-9-2021 09:37 AM
Otak pun bole scam kita...hhahhaa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.112741 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top