"Dahsyat monopoli." Aktres, Sharifah Amani meluahkan kehairanannya terhadap rakan-rakan seni yang tidak menolong mempromosikan hasil karya terbaharunya.
Ianya rentetan filem Mencari Rahmat yang kini ditayangkan menerusi platform streaming, Mubi. Jelas Amani lagi, dia pelik kerana tiada sokongan daripada rakan baiknya yang dikatakan berpunca kontrak syarikat yang tidak membenarkan mereka bercerita mengenai filem lain. Siapa rakan Amani itu? Luahan tersebut mendapat perhatian netizen yang merasakan ianya tidak patut berlaku. Sudahlah industri seni Malaysia kecil, tidak menyokong antara satu sama lain ni ikut perangai siapa? "Fuh, ingat dekat China je macam ni???" Bagaimanapun, bagi segelintir netizen pula menyatakan ianya perkara biasa dan di mana-mana pun sama. Filem komedi yang lain dari lain lakonan Namron, Amerul
Affendi, Nadia Aqila, Adibah Nor dan Sharifah Amani sendiri ini
dikatakan mengetengahkan aspek teater ke kamera filem sendiri antara
keistimewaanya. Namun, bagi Amani, ianya bukan isu persahabatan tetapi isu kapitalis yang tidak berkesudahan. Jadi jangan lah melaga-lagakan dirinya dan rakan-rakannya. |
dudaberhias replied at 5-9-2021 02:02 PM
Cerita macam menarik sebab arahan pun oleh pelakon yang pandai jugak berlakon. Cumanya memang kita k ...
tigerads replied at 5-9-2021 02:48 PM
kesahnya slps lipat sejadah kena buat promosi mamasabun tu??
astaga....
dudaberhias replied at 5-9-2021 04:59 PM
Yer kaka, di tambah pula kena live dan bodohkan diri mengcekik kek keras kejung. Kalau mati tercek ...
ADVERTISEMENT