CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

NUTP Sokong Larangan Mengajar Di Sekolah Jika Tak Divaksin

4-9-2021 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3345| Komen: 32

Description: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyokong larangan mengajar secara bersemuka dikenakan kerajaan terhadap guru yang enggan menerima vaksin.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyokong larangan mengajar secara bersemuka dikenakan kerajaan terhadap guru yang enggan menerima vaksin.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, ia kerana semua pihak perlu yakin dengan tahap keselamatan di sekolah dalam aspek Covid-19.



Aminuddin 

“Dalam hal ini, sudah pastilah semua guru yang akan hadir bertugas wajib terima vaksin Covid-19.

“Kita juga tidak mahu benteng yang dibina bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 di sekolah dirosakkan oleh segelintir guru yang enggan menerima vaksin ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Aminuddin berkata, pihaknya percaya Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai perancangan khusus kepada golongan guru yang menolak vaksin berkenaan.

“Walaupun tidak dibenarkan ke sekolah, mereka tidak boleh dipisahkan daripada tanggungjawab kepada murid-murid, sekolah dan apa yang ada dalam skop tugas masing-masing.


“Pada masa yang sama, kita juga amat mengharapkan agar sesi penerangan bagi menepis hujah mengapa guru-guru tidak mahu menerima vaksin ini dipergiatkan,” katanya.


Kredit foto: BERNAMA

Beliau berkata, guru-guru tersebut tidak boleh menggunakan logik akal atau maklumat yang tidak sahih semata-mata dalam menolak vaksin. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 4-9-2021 08:44 PM
Tadi kat thread lagi satu ada seru minta NUTP bela atau jadi orang tengah guru2 yang tak nak vaksin ni dengan KPM.
Quote edayildiz 4-9-2021 08:52 PM
Kita juga tidak mahu benteng yang dibina bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 di sekolah dirosakkan oleh segelintir guru yang enggan menerima vaksin ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

no one is safe till everyone is safe
Quote edayildiz 4-9-2021 08:54 PM
muka presiden tu mcm tauke

Quote Carcosa 4-9-2021 09:57 PM
Tak boleh mengajar, tapi gaji jalan tak?
Bahahaaa, kalau jalan, harus semua taknak vaksin
Quote Firenzza 4-9-2021 10:07 PM
mclaren replied at 4-9-2021 08:44 PM
Tadi kat thread lagi satu ada seru minta NUTP bela atau jadi orang tengah guru2 yang tak nak vaksin  ...

Habis la....benteng terakhir  @dua_chazy
Quote dua_chzy 4-9-2021 10:15 PM
Firenzza replied at 4-9-2021 10:07 PM
Habis la....benteng terakhir  @dua_chazy

Akak senyum sinis.

Korang tengok aje la implementasinya gimana.
Quote jahcomel 4-9-2021 10:18 PM
dua_chzy replied at 4-9-2021 10:15 PM
Akak senyum sinis.

Korang tengok aje la implementasinya gimana.

Hihihiiiii... Tungguuuuuuuu senin dpn....
Quote mclaren 4-9-2021 10:39 PM
Carcosa replied at 4-9-2021 09:57 PM
Tak boleh mengajar, tapi gaji jalan tak?
Bahahaaa, kalau jalan, harus semua taknak vaksin

Bukan tak boleh mengajar, still mengajar by PdPR.
Quote dua_chzy 4-9-2021 10:45 PM
jahcomel replied at 4-9-2021 10:18 PM
Hihihiiiii... Tungguuuuuuuu senin dpn....

Akak pening kepala dari 2 minggu lalu ke bulan ini bertubi2 pertandingan online datang. Sukor akak cikgu yang gigih maka gigih la juga join pertandingan2 online ni. Besh tapi penat. Ni pon baru habes hanto video huntok online sketch competition. Walau haramjadah ja hasilnya kerana ada bebudak yang buat hal tak bagi komitmen, tapi ok la at least dapat pengalaman. Tahun depan akak nak jadik diktator, baru fadan muka bebudak akak ni naik lemak betol bila akak berlembut. Tapi tokleh salahkan meka juga sebab penganjur hanat ubah tarikh tetibe karna JPN hanat kasik info last minit. Sekian royanan sengaja OT.
Quote Carcosa 4-9-2021 10:49 PM
mclaren replied at 4-9-2021 10:39 PM
Bukan tak boleh mengajar, still mengajar by PdPR.

Oh ye ke. Sorry, meols terlepas. Tambah ilmu utk current issue. Thank you chuols.
Kalau yg mmg suka PDPR, sukalah kot ek
Quote primarikey 4-9-2021 11:00 PM
Pekeliling khas isu vaksin penjawat awam perlu dikeluarkan'

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang mengeluarkan pekeliling khusus mengenai penjawat awam yang masih tidak mengambil vaksin dengan menjelaskan tindakan dan pendekatan perlu dilakukan kepada golongan itu dalam isu pengambilan vaksin.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, berkata ia penting bagi mengelakkan kerajaan terdedah kepada risiko tindakan undang-undang daripada kumpulan penolak vaksin jika garis panduan atau undang-undang jelas mengenai pengambilan vaksin belum dikuatkuasakan.

Beliau berkata, CUEPACS turut berpandangan satu garis panduan perlu dikeluarkan kerajaan bagi mengelak majikan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka sendiri sedangkan masih tiada undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin.
Garis panduan atau pekeliling yang jelas mengenai isu pengambilan vaksin dalam kalangan pekerja termasuk penjawat awam ini perlu dikeluarkan bagi memastikan mereka tidak ditindas kerana menolak untuk divaksin.

"Ketika ini ramai memberi pelbagai pandangan mengenai peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan bagi mengambil tindakan terhadap golongan pekerja yang tidak mahu divaksin.

"Perkara ini perlu ditangani segera oleh kerajaan bagi mengelak majikan mengambil tindakan berdasarkan andaian mereka sendiri ke atas pekerja yang tidak mahu mengambil vaksin," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan terdapat sebilangan penjawat awam membabitkan guru enggan mengambil vaksin atas pelbagai alasan.
Malah, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, sebelum ini dilaporkan berkata guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober nanti.

Pada masa sama, Adnan berkata, kerajaan juga perlu memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan antivaksin yang menyebarkan propaganda tidak benar di media sosial.

Katanya, ini kerana golongan antivaksin ini boleh menjadi barah dan menggagalkan usaha kerajaan untuk keluar daripada permasalahan pandemik COVID-19.

"Golongan antivaksin ini perlu dipantau dan diambil tindakan tegas supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan menyampaikan maklumat tidak tepat.
CUEPACS percaya tidak semua mereka yang menolak vaksin adalah golongan antivaksin, sebaliknya mereka mungkin masih belum yakin dengan keberkesanan vaksin.

"Jadi, kerajaan perlu mempergiatkan lagi usaha memberi kesedaran untuk meningkatkan keyakinan rakyat mengambil vaksin," katanya.

Beliau berkata, CUEPACS juga menggesa kerajaan membentuk satu jawatankuasa khas bagi menilai dan mengkaji berkenaan undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 di Malaysia.

Katanya, sekiranya jawatankuasa khas dibentuk ini memutuskan undang-undang mewajibkan vaksin boleh dilaksanakan, ia perlu digubal segera bagi memastikan keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Jawatankuasa khas ini perlu memberi syor dan cadangan kepada kerajaan kerana banyak perkara perlu diteliti sebelum satu undang-undang boleh diwujudkan berikutan masih belum ada negara di dunia mewajibkan pengambilan vaksin termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berpendirian semua penjawat awam sewajarnya mengambil suntikan vaksin disarankan kerajaan melalui PICK.

Katanya, ini penting dalam usaha memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam berjalan seperti biasa kerana adalah barisan hadapan yang akan menjadi pemudah cara kepada rakyat dan sektor ekonomi.
Suntikan vaksin dapat mengelak seseorang dijangkiti virus COVID-19 daripada menerima kesan lebih buruk, selain mampu mengelak risiko kematian.

"Pengambilan vaksin juga mampu mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan mengurangkan risiko jangkitan," katanya.
Quote slyfynx 4-9-2021 11:05 PM
dua_chzy replied at 4-9-2021 10:45 PM
Akak pening kepala dari 2 minggu lalu ke bulan ini bertubi2 pertandingan online datang. Sukor akak ...

Semua kursus, pertandingan ko akademik tibe2 bersepah2
Sbb oktober nk kee submit ledger.
So kene abiskan duit jgk.
Paling best cikgu yang kene jadi judge.
Cikgu kene jadi fasi program.
Tp duit jgn hrp le smpi kat cikgu.
Quote dua_chzy 4-9-2021 11:11 PM
Edited by dua_chzy at 4-9-2021 11:13 PM
slyfynx replied at 4-9-2021 11:05 PM
Semua kursus, pertandingan ko akademik tibe2 bersepah2
Sbb oktober nk kee submit ledger.
So kene ...


Tu ler ngok namampus iya.

Patutttt leeerrr tetiba pertandingan bersepahhhhh. Nak submittttt ledgerrr yeeeee tapi duiiittttnyaaaa pi manaaaaa takdeee poonnnn sampai ke sekolaaahhhhh.

Boring betul la KPM ni. Bodoh takleh nak ajor kengkadang padehal Kementerian Pendidikan @ Pelajaran.
Quote dua_chzy 4-9-2021 11:14 PM
primarikey replied at 4-9-2021 11:00 PM
Pekeliling khas isu vaksin penjawat awam perlu dikeluarkan'

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menge ...

Yeap. Tade hitam putih setakat ni.
Quote jahcomel 4-9-2021 11:37 PM
dua_chzy replied at 4-9-2021 10:45 PM
Akak pening kepala dari 2 minggu lalu ke bulan ini bertubi2 pertandingan online datang. Sukor akak ...

Hahahaaaa... Sian kt nko kak... Sib baik xmeksin lg
Quote jahcomel 4-9-2021 11:40 PM
dua_chzy replied at 4-9-2021 11:11 PM
Tu ler ngok namampus iya.

Patutttt leeerrr tetiba pertandingan bersepahhhhh. Nak submittttt  ...

Pnggil mazleee malik smula lh ....slow sgt y munturi nih
Quote primarikey 4-9-2021 11:41 PM
dua_chzy replied at 4-9-2021 11:14 PM
Yeap. Tade hitam putih setakat ni.

Tak sabar nk tggu hitam putih..
Sbb nk tau adakah akta 597 bole lindungi golongan pekerja utk situasi sprt skrg
Dan klu vaksin diwajibkan...adakah perlembagaan msia yg bkaitan akan diubah
Quote dua_chzy 5-9-2021 08:47 AM
primarikey replied at 4-9-2021 11:41 PM
Tak sabar nk tggu hitam putih..
Sbb nk tau adakah akta 597 bole lindungi golongan pekerja utk sit ...

Akak eventually mengalah pi beksin jugak nih. Truth be told, aiol rindu sekolah dan nak anak2 bersekolah semula. But nak tengok jugak itam puteh dari KPM gimana. Dok paksa2 beksin tapi pekeliling tadak hapa satu pun kuar setakat ni. Pekeliling pasal budak2 nak dibeksin lagik dulu kuar. Hapooooooo bodoh lembam selow buat kerja.
Quote dua_chzy 5-9-2021 08:48 AM
jahcomel replied at 4-9-2021 11:40 PM
Pnggil mazleee malik smula lh ....slow sgt y munturi nih

Iya sis! Nyesal ai kutuk2 Maszlee dolu. Sekarang baru sadar betapa proaktifnya heolsz, huwaaaaa!!!

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055882 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top