"Dahsyat monopoli."
Aktres, Sharifah Amani meluahkan kehairanannya terhadap rakan-rakan seni yang tidak menolong mempromosikan hasil karya terbaharunya.
Ianya rentetan filem Mencari Rahmat yang kini ditayangkan menerusi platform streaming, Mubi.
Jelas Amani lagi, dia pelik kerana tiada sokongan daripada rakan baiknya yang dikatakan berpunca kontrak syarikat yang tidak membenarkan mereka bercerita mengenai filem lain.
Siapa rakan Amani itu?
Foto :Twitter
Luahan tersebut mendapat perhatian netizen yang merasakan ianya tidak patut berlaku. Sudahlah industri seni Malaysia kecil, tidak menyokong antara satu sama lain ni ikut perangai siapa?
"Fuh, ingat dekat China je macam ni???"
Foto : IG
Bagaimanapun, bagi segelintir netizen pula menyatakan ianya perkara biasa dan di mana-mana pun sama.
Foto : Twitter
Filem komedi yang lain dari lain lakonan Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqila, Adibah Nor dan Sharifah Amani sendiri ini dikatakan mengetengahkan aspek teater ke kamera filem sendiri antara keistimewaanya.
Foto : IG
Namun, bagi Amani, ianya bukan isu persahabatan tetapi isu kapitalis yang tidak berkesudahan. Jadi jangan lah melaga-lagakan dirinya dan rakan-rakannya.
Tetapi, kita mesti nak tahu, siapa kawan Sharifah Amani yang tak tolong promo tu? - CARI |