CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditikam Rakan Di Asrama Pekerja Kerana Hutang

4-9-2021 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2009| Komen: 9

Seorang lelaki parah selepas ditikam individu dipercayai rakannya di asrama pekerja di Persiaran Selat Selatan 1, Pandamaran, Klang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada penyelia asrama sekitar jam 1.25 tengah hari.



Gambar hiasan

"Penyelia berkenaan mendapati seorang pekerjanya terbaring berlumuran darah dengan kesan cedera di muka, leher dan belakang badan.

"Turut ditemui sebilah pisau tidak jauh dari lelaki yang berumur 37 tahun itu berbaring.

"Mangsa yang juga warga Myanmar dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)," katanya ketika dihubungi.

Shamsul Amar berkata, berikutan kejadia, polis memberkas rakan mangsa yang juga warga Myanmar dipercayai suspek kes itu.

"Suspek yang berumur 22 tahun dan tiada rekod jenayah lampau, mengaku terbabit dalam kes berkenaan.


"Siasatan awal mendapati, motif kejadian kerana suspek tidak berpuas hati berkenaan hutang mangsa," katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan reman 14 hari bermula semalam sehingga 16 September depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 4-9-2021 02:59 PM
ganasnya org myanmar pemakan kucing ni
tp ada jgk kan kwn myanmar yg cun..ni kolig keja mnc..herlok..seksi kot badan dia asyik yoga jah memanjang
Quote Skuau 4-9-2021 03:04 PM
edayildiz replied at 4-9-2021 02:59 PM
ganasnya org myanmar pemakan kucing ni
tp ada jgk kan kwn myanmar yg cun..ni kolig keja ...

rohingya sekarang pon dh letak ' warga myanmar'...rohingya dh tak pakai lagi kat mana2 media cetak dan elektronik.Tak tau mana 1 dlm kes ini.
Quote edayildiz 4-9-2021 03:07 PM
Skuau replied at 4-9-2021 03:04 PM
rohingya sekarang pon dh letak ' warga myanmar'...rohingya dh tak pakai lagi kat mana2 media cetak ...

dah dorg pun dari sana khenzz betul la nk ngaku myanmar cuma bangsa jer lain..tp dorg tu takde ic myanmar ke? betul ke soalan ni..kalau xfhm xpe la haha
Quote Skuau 4-9-2021 03:10 PM
edayildiz replied at 4-9-2021 03:07 PM
dah dorg pun dari sana khenzz betul la nk ngaku myanmar cuma bangsa jer lain..tp dorg tu takde ic  ...

dua2 ngaku 'pelarian'..dh aman pon..xnk balik.
Quote Fortiori02 4-9-2021 03:18 PM
Kalau berhutang,pastikan byr. Ada org sanggup berbunuh sbb hutang.
Quote novelloverzz 4-9-2021 03:23 PM
tu baru kesan berhutang di atas dunia..
Quote Zazama 4-9-2021 09:35 PM
Tak kira siapa pun kamu, hutang wajib bayar tapi janganlah sampai bertikam bagai.
Quote gideoncross 4-9-2021 10:13 PM
edayildiz replied at 4-9-2021 02:59 PM
ganasnya org myanmar pemakan kucing ni
tp ada jgk kan kwn myanmar yg cun..ni kolig keja ...

Iol prnh brckp dgn dktor dri Myanmar, sumpah iol susah nak sbut dorg haha, ada yg mcm klakar pun ada. Nma ank dia "Hpone Thant", bini dia "Aye Aye Hlaing", pelik tpi unik bgi iol & bila iol tnya mcmna nak sbut "Hpone" tu, dia bilang sbut je "Pon".
Quote nakkomenjugak 4-9-2021 10:28 PM
hutang punya pasal.
bayo lerrr
ni orang yang dihutang pulak dok nagih
yang berhutang... mari kita henjoyyy

*sambil jeling abang sendiri maki2 dalam hati*

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053246 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top