View: 1355|Reply: 9
|
Ditikam Rakan Di Asrama Pekerja Kerana Hutang
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki parah selepas ditikam individu dipercayai rakannya di asrama pekerja di Persiaran Selat Selatan 1, Pandamaran, Klang pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada penyelia asrama sekitar jam 1.25 tengah hari.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/04/145243nc6gll89gmchzcb0.png) Gambar hiasan
" enyelia berkenaan mendapati seorang pekerjanya terbaring berlumuran darah dengan kesan cedera di muka, leher dan belakang badan.
"Turut ditemui sebilah pisau tidak jauh dari lelaki yang berumur 37 tahun itu berbaring.
"Mangsa yang juga warga Myanmar dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)," katanya ketika dihubungi.
Shamsul Amar berkata, berikutan kejadia, polis memberkas rakan mangsa yang juga warga Myanmar dipercayai suspek kes itu.
"Suspek yang berumur 22 tahun dan tiada rekod jenayah lampau, mengaku terbabit dalam kes berkenaan.
"Siasatan awal mendapati, motif kejadian kerana suspek tidak berpuas hati berkenaan hutang mangsa," katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan reman 14 hari bermula semalam sehingga 16 September depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
ganasnya org myanmar pemakan kucing ni![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif)
tp ada jgk kan kwn myanmar yg cun..ni kolig keja mnc..herlok..seksi kot badan dia asyik yoga jah memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 4-9-2021 02:59 PM
ganasnya org myanmar pemakan kucing ni
tp ada jgk kan kwn myanmar yg cun..ni kolig keja ...
rohingya sekarang pon dh letak ' warga myanmar'...rohingya dh tak pakai lagi kat mana2 media cetak dan elektronik.Tak tau mana 1 dlm kes ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 4-9-2021 03:04 PM
rohingya sekarang pon dh letak ' warga myanmar'...rohingya dh tak pakai lagi kat mana2 media cetak ...
dah dorg pun dari sana khenzz betul la nk ngaku myanmar cuma bangsa jer lain..tp dorg tu takde ic myanmar ke? betul ke soalan ni..kalau xfhm xpe la haha![](static/image/smiley/default/shutup.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 4-9-2021 03:07 PM
dah dorg pun dari sana khenzz betul la nk ngaku myanmar cuma bangsa jer lain..tp dorg tu takde ic ...
dua2 ngaku 'pelarian'..dh aman pon..xnk balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berhutang,pastikan byr. Ada org sanggup berbunuh sbb hutang. |
|
|
|
|
|
|
|
tu baru kesan berhutang di atas dunia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kira siapa pun kamu, hutang wajib bayar tapi janganlah sampai bertikam bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Iol prnh brckp dgn dktor dri Myanmar, sumpah iol susah nak sbut dorg haha, ada yg mcm klakar pun ada. Nma ank dia "Hpone Thant", bini dia "Aye Aye Hlaing", pelik tpi unik bgi iol & bila iol tnya mcmna nak sbut "Hpone" tu, dia bilang sbut je "Pon".
|
|
|
|
|
|
|
|
hutang punya pasal.
bayo lerrr
ni orang yang dihutang pulak dok nagih
yang berhutang... mari kita henjoyyy
*sambil jeling abang sendiri maki2 dalam hati* |
|
|
|
|
|
|
| |
|