CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Keliru, Pergi Hospital Disuruh Balik! "Lepas Seminggu Mak Meninggal"

3-9-2021 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15472| Komen: 156

Orang ramai mengakui keliru sama ada perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sekiranya disahkan positif Covid-19.

Kekeliruan berkenaan berbangkit di laman sosial media sejak semalam selepas seorang doktor pakar bius mendakwa bahawa sikap ambil lewa dan sering bertangguh untuk mendapatkan rawatan awal menjadi punca kepada banyak kes BID (brought in dead).

Seorang pengguna media sosial dengan nama Hafraharfah berkata, ibunya meninggal dunia akibat Covid-19 selepas diarahkan balik menjalani kuarantin di rumah walaupun keadaannya telah teruk.


Kredit foto: Kosmo

“Kami punya terdesak sampai panggil ambulans swasta untuk menghantar mak ke hospital, sampai hospital disuruh pulang pula kerana katanya tak teruk lagi.


Lepas seminggu, mak saya meninggal dunia,” katanya di ruangan komen laman Instagram Kosmo!.

Menurut pengguna dengan nama Hrlizhm, kenyataan tersebut dilihat seperti hendak menyalahkan orang awam semata-mata kerana ada pesakit yang diarahkan untuk kuarantin di rumah walaupun telah ke hospital sebelumnya.

“Asyik menyalahkan rakyat, itulah yang berlaku sejak dahulu. Rakyat berhak dapat perlindungan, rawatan kesihatan tapi mengapa Covid-19 Fasa 1 dan 2 kena kuarantin di rumah dan di mana hak rakyat untuk dapatkan rawatan sebaiknya?

“Kalau diarahkan kuarantin di rumah sepatutnya pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang perlu melakukan pemantauan dan tidak perlu menunggu pesakit untuk maklumkan keadaan mereka,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Hamba_Allah_Sahaja2021 berkata, kenyataan doktor pakar bius berkenaan adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan kerana bukan pesakit yang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.

“Pengalaman saya pun sama, kakak sesak nafas, hubungi ambulans tak datang pun. Rakyat faham jika hospital penuh, cuma nak betulkan kenyataan tersebut yang tidak tepat.

“Jangan kelirukan rakyat yang tidak berdaya ini, cerita biar benar,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tentang pendedahan oleh seorang pakar bius yang mendakwa sikap ambil lewa dan sering bertangguh untuk mendapatkan rawatan awal menjadi punca kepada banyak kes BID ( brought in dead).

Jelas pakar berkenaan, pesakit memberikan pelbagai alasan untuk tidak menurut arahan agar menjalani kuarantin di hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Kosmo! Online semalam telah mendapat lebih 4,000 reaksi daripada pengguna media sosial dan 146 komen yang rata-ratanya menyifatkan ia sebagai tidak benar dan hanya menunding jari kepada orang awam. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 3-9-2021 04:24 PM
kesiannya..tp biasa org tua mmg dorg xbg pun khenzz kuarantin kt umah..entah la mohon uncle kj siasat kes ni..tp kan kena la tau jgk org yg kuarantin kt umah ni kot la telan ivm..sbb i ada baca sorg akak ni..bila mak dia kena kobid..sheols bg mak nya telan ubt ivm..i xsuka la ank2 spesis gini..nak antinvax tu blh jer khenzz..jgn la nk hasut mak ayah telan ubat ivm
Quote delia3003 3-9-2021 04:37 PM
Elok siasat ler bila wujud kes2 macam ni tapi nak kata semua macam tu tak boleh jugak sbb ada beberapa kes orang yg iols kenal, dihantar ke MAEPS. Tapi bab lambat tu ye, maybe sbb dah ramai sgt, tak boleh nak handle kot.
Quote me12345 3-9-2021 04:38 PM
kkm dh tunggang langgang ke directive..
Quote kaseh80 3-9-2021 04:50 PM
Menteri Kesihatan please take note
Quote Skuau 3-9-2021 04:52 PM
kena amik 'butiran kes' bila kita bawa pesakit..tp ditolak pihak spital...kang jadi 'hal'...paling tak..ada bukti..dan ada pihak perlu bertanggunjawab.
Quote matamata 3-9-2021 04:56 PM
Sesetengah sakit ni perlukan tools utk detect... Ramai BID pada pendapat aku tak sedar diaorg dlm keadaan kritikal until it's too late
Quote Herlina 3-9-2021 05:02 PM
Bila ramai disuruh balik atau kuarantin sendiri...senang la nk confirmkan cahaya dihujung terowong sudah semakin bersinar terang sbb katil kat spital dh byk kosong, ICU tak perlu pilih2 pesakit, mesin oksigen (loan unit) dipulangkan. Ujung2...KKM berjaya! Jeritnya
Quote msdummy.2018 3-9-2021 05:06 PM
No wonder selangor gemsbira penggunaan icu 99%
Quote mclaren 3-9-2021 05:18 PM
Elok pun keluar Kosmo kisah2 ni. Harap lepas ni paper2 lain pun mula featuring kisah2 ni yang membawa punca kepada BID dan kekosongan ICU sebab mati kar rumah tak sempat rasa masuk ICU.

At least nak suruh duduk rumah bekalkan oximeter dan pesan suruh pantau dan update mysejahtera.

Ni just diagnosed positive covid cat 1 or 2, suruh balik dan takde bagi guidance suruh pantau oxygen level. By the time sesak nafas or happy hypoxia dah too late.

Patut bekalkan setiap rumah B40 yang positif tu paling kurang satu oximeter. Nak bagi setiap rakyat satu oximeter kita fahamlah negara ni bukan kaya macam Singapore. Ni oximeter tai bagi, pesan apa pun tak.
Quote awanearisu 3-9-2021 05:20 PM
Masalah komunikasi dalaman ke
Quote mrsamz 3-9-2021 05:24 PM
Kenapa tunggu seminggu? Kalau semalam kene rejek harini nampak makin teruk jugak..bawak je g hosp lagi tak boleh ke?
Sebab maybe masa mula2 kene rejek tu oksigen level masih 95% ke mcm tu..belum below 94%..
Sebab ada kes aku baca org share..mula2 kene rejek sbb oksigen masih ok..esoknya drop 88% terus hospital ambil...
Quote opie5662 3-9-2021 05:24 PM
Kawan aku ayah die positif covid+ denggi... Doktor suruh balik semalam.... Die buntu dah nk buat ape.. Ayah die susah bernafas... Guna inhaler x membantu.. Asek suruh update mysejahtera je..... Harap ayah die baik2 aje... Hosp serdang..
Quote zidane2011 3-9-2021 05:24 PM
Anak2 iols kena kobid bulan 1 dulu. Masa tu pun takde org kkm contact. Padahal time tu kes tak sebanyak skrg. Iols byk baca2 article n jumpa satu article from NHS UK suruh monitor sendiri guna oximeter, so iols pun beli la. Dah habis kuarantin, pegi CAC doc ckp kenapa tak masuk hospital, sepatutnya baby bawah setahun kalau positive kena admitted. Ate dah kkm takde call langsung, takkan iols pandai2 nak admit diri sendiri.

Kebanyakkan yg bid ni rasanya tak aware paru2 diorg dah teruk. Sbb tu perlunya oximeter kt rumah. Once o2 level bawah 95% cepat2 lah ke emer. May be masa awal2 positive pegi hospital suruh diorang balik sbb time tu o2 level still ok. Wallahualam.
Quote dua_chzy 3-9-2021 05:31 PM
Edited by dua_chzy at 3-9-2021 05:32 PM
zidane2011 replied at 3-9-2021 05:24 PM
Anak2 iols kena kobid bulan 1 dulu. Masa tu pun takde org kkm contact. Padahal time tu kes tak seban ...


Kalau berurusan dengan sepital ni, muka kena tak malu lah most of the time. Kena reti fight dengan sepital personnel (ni pesan mak kaka yang dah masak dengan pangai sepital gomen). Dan jangan dengar sangat cakap sepital. Dah berapa ramai ntah orang mati atau misdiagnosed sebab pemalas2 kat sepital tu buat lek2 ja dengan pesakit.
Quote mrsamz 3-9-2021 05:32 PM
zidane2011 replied at 3-9-2021 05:24 PM
Anak2 iols kena kobid bulan 1 dulu. Masa tu pun takde org kkm contact. Padahal time tu kes tak seban ...

Betul la..mmg kene bertindak sendiri nampaknya..kkm ni mcm x seragam pulak tindakan staf masing2.
Kawan aku satu family kuarantin..anak kecik dia positif gejala cirit birit sampai lesu..dia bawak je anak dia g cac tak tunggu kkm call pun..
Sampai situ terus staf kkm refer g hosp sg buloh..skang masih kat sg buloh belum discaj lagi..lama jugak lebih seminggu dah stay sana..tp nampak dah makin ok la budak tu
Quote Eliadaisy83 3-9-2021 05:38 PM
Betul la tu..jiran aku kuarantin kt rumah, dah teruk bawa ke hospital tp pihak hospital ckp tak teruk sangat, disuruhnya balik. dah balik rumah, 3 hari lepastu meninggal..dah meninggal panggil ambulance pon taknak datang juga..sudahnya polis datang buat siasatan n guna van jenazah wan chai..patutla icu kosong, ini rupanya cara kkm handle pesakit covid..
Quote pengecatbintang 3-9-2021 05:46 PM
msdummy.2018 replied at 3-9-2021 05:06 PM
No wonder selangor gemsbira penggunaan icu 99%

Ha ha.. Betol betol
Quote pengecatbintang 3-9-2021 05:47 PM
Eliadaisy83 replied at 3-9-2021 05:38 PM
Betul la tu..jiran aku kuarantin kt rumah, dah teruk bawa ke hospital tp pihak hospital ckp tak teru ...

Nak tunjuk program beksin burjaya
Quote msdummy.2018 3-9-2021 05:50 PM
opie5662 replied at 3-9-2021 05:24 PM
Kawan aku ayah die positif covid+ denggi... Doktor suruh balik semalam.... Die buntu dah nk buat ape ...

Risaunya i baca...smoga allah beri kesembuhan pd ayah kwn uols tuh

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041461 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top