CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selagi Kes Tak Turun, Fizz Fairuz Tak Nak Keluar Rumah

3-9-2021 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3928| Komen: 15

Description: Peningkatan kes harian Covid-19 membuat pelakon Datuk Fizz Fairuz berasa terlalu curiga atau paranoid untuk keluar rumah melainkan jika terdapat urusan penting.
Peningkatan kes harian Covid-19 membuat pelakon Datuk Fizz Fairuz berasa terlalu curiga atau paranoid untuk keluar rumah melainkan jika terdapat urusan penting.

Menurut Fizz, 41, dia perlu lebih berhati-hari tambahan pula apabila memikirkan keadaan isterinya iaitu Datin Almy Nadia yang kini sedang hamil enam bulan.

Pemilik nama Fairuz Zainal Abidin ini berkata dia dan isterinya akan melakukan aktiviti yang berlainan setiap hari untuk memastikan anak-anak tidak bosan.

Foto: IG

"Sejujurnya memang agak takut nak keluar rumah melainkan saya ada urusan penting sahaja. Sebab isteri pun tengah hamil dan kami ada anak-anak kecil di rumah.

"Kalau keluar nak pergi mana-mana, saya akan ikut SOP dan balik rumah terus mandi. Virus ini benda yang kita tak nampak.


"Saya dan isteri akan pastikan kami buat aktiviti yang berlainan setiap hari supaya anak-anak pun tak bosan," katanya kepada mStar.



Pada Jun lalu, Fizz berkongsi berita gembira mengenai isterinya sedang hamil anak keempat mereka.

Dalam pada itu, pelakon drama Kamar Kamariah ini menyarankan masyarakat agar mengambil suntikan vaksin sebagai pelindungan diri serta orang sekeliling.

Malah, Fizz juga akan turut serta dalam sebuah program vaksinasi satu Malaysia yang akan dilakukan bersama Megaklinik Zahran.



"Selagi kes tak betul-betul turun, memang tak nak keluar rumah. Jadi, saya sarankan orang ramai ambillah vaksin.

"Dapatlah lindungi diri dan orang sekeliling. Sekurang-kurangnya kita ada pelindung diri. Saya akan bekerjasama dengan Megaklinik Zahran untuk program vaksinasi.

"Program itu akan pusing satu Malaysia untuk suntikan vaksin. Sekarang masih dalam proses mendapatkan kebenaran daripada kerajaan.



"Sebaik saja dapat kebenaran, saya sendiri akan turun padang untuk program tersebut. Saya harap negara boleh kembali seperti dahulu, kita semua rasa selamat," ujarnya.

Fizz berkahwin dengan Almy Nadia pada 26 April 2014 dan pasangan ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 2.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-9-2021 01:40 PM
Tak tau nak gosip apa sebab benang sampah
. gosip badan isteri dia je la.. kembangnya badan kau
Quote laksmanabentan 3-9-2021 01:51 PM
Kurex replied at 3-9-2021 01:40 PM
Tak tau nak gosip apa sebab benang sampah
. gosip badan isteri dia je la.. kembangnya badan kau

alhamdulillah subur uoollsss...
rezeki....
Quote ell2026 3-9-2021 02:15 PM
eh bukan merdeka hari tu bawak anak2 pegi tugu negara ke
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 03:40 PM
okayyy piz bebed
Quote slyfynx 3-9-2021 04:28 PM
Jap, nk komen ape ye?
Ape gosip nye ni?
Quote tikusmontok 3-9-2021 06:25 PM
So apa punca rezeki?
Quote kitmal9545 3-9-2021 07:35 PM
kayo dan banyak simpanan ok jer....tak keluar selamanya
Quote LadyCarefree 3-9-2021 07:40 PM
https://www.instagram.com/p/CTW0vPjBiuu/?utm_medium=copy_link

Punyalah special level retis kt Msia sampai bukan saja ada budget bantuan khas tp siap menteri balas dan nak ikut apa mereka nak. Puiiiiiiii retis2 semua patot melingkop je.
Quote q@2a 5-9-2021 10:00 AM
Bkn p mandi sungai ka baru ni....
Quote dudaberhias 5-9-2021 10:03 AM
Tak keluar pun takpelah, bukannya herlok pun
Quote jalfa 6-9-2021 12:45 AM
Tak nak keluar dok rumah..teman bini jaga anak anak yg ramai tu..
Quote de_ikea 6-9-2021 12:56 AM
Wah. Dah 3 anak dara, bukan mudah nk jaga. All the best tok dan tin.
Quote imanjannah 6-9-2021 09:37 AM
ok la pispus..
Quote Nenasketum 6-9-2021 10:32 AM
Bukan aritu dia ni komplen ke bila gomen imposed lockdown? Susah nak catch up dengan morons!
Quote Suchi 6-9-2021 10:54 AM
Org lain pun kalau boleh tanak kuar umah gak tapi depa kena kerja kot.

Korang artis takpe la makan minum peminat tanggung. Boleh makan fee je hasil review, teringin nak makan apa up je kat igs laju la peminat datang bawak mkanan berdozen2.
Nk beranak banyak mana pun kesah apa musim pandemik ke tak ade je sepital offer wad yg selesa.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054740 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top