CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lelaki Trauma Dicucuh Api, Dicabul 10 Lelaki Bertopeng

3-9-2021 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2915| Komen: 18

Description: Kanak-kanak lelaki trauma selepas berdepan detik hitam apabila dicabul 10 lelaki bertopeng dalam sebuah kenderaan di Medan baru-baru ini.
Kanak-kanak lelaki trauma selepas berdepan detik hitam apabila dicabul 10 lelaki bertopeng dalam sebuah kenderaan di Medan baru-baru ini.

Lapor Kompas.com, kanak-kanak malang berusia 10 tahun itu juga dicucuh dengan api rokok dan diugut untuk dikelar dengan pisau sebelum dia ditendang keluar dari kenderaan tersebut.



Gambar hiasan

Menurut polis, kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut keluar pergi ke kedai berhampiran rumahnya di Medan Amplas pada Isnin lalu.

Ketika dalam perjalanan, beberapa lelaki menghampiri kanak-kanak itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kenderaan sebelum mencabulnya.

Insiden menimpa mangsa hanya diketahui selepas ibunya mendapati kanak-kanak itu murung, kelihatan takut dan tidak mahu makan.

“Setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya kanak-kanak itu memberitahu dia menjadi mangsa cabul oleh 10 lelaki dalam sebuah kenderaan.


“Katanya, dia dicabul secara bergilir-gilir oleh kesemua suspek yang bertopeng,” kata polis.

Sehubungan itu, polis akan melakukan siasatan dan memburu kesemua suspek.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai PA memberitahu, anaknya mengalami trauma yang teruk.

“Saya risau dengan keadaannya. Dia tidak mahu makan, tidak mahu bercakap, selain hanya termenung.

“Namun, keadaannya mulai stabil selepas kami mendapatkan khidmat pakar psikologi. Saya berharap ada keadilan untuk anak saya,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 3-9-2021 12:49 PM
byk kes bdk laki kena cabul skrg
Quote Kurex 3-9-2021 01:37 PM
Ingatkan dekat india, tapi dekat indon rupanya...
Quote Lavender85 3-9-2021 02:28 PM
ya Allah peritnya ujian. mesti akan teringat2 smpi besar
Quote husna_amal 3-9-2021 02:53 PM
Semoga perogol/pencabul/pedo ni mendapat azab balasan yang berat. Gila betul.
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 03:34 PM
kesiannyaaaa
nak mintak si pedo2 ni mati
mulut lak tak masin
ingat kat yindia rupanya yendonnn
Quote Adrif 3-9-2021 03:39 PM
definisi cabul ni apa ya? maksud aku, secara spesifiknya?
tak dapat bayang bila baca orang kena cabul. apa pencabul tu buat??
macam kena rogol ke? ada penetrasi?
Quote Artemesiaa 3-9-2021 03:47 PM
Sekadar simpati je mampu diucap kat sana hukuman pun tak berat sangat
Quote Decaffeinated 3-9-2021 04:45 PM
percaya lah sangat kenceng indon ni

10 lelaki bertopeng... banyak sangat layan porn cari idea

Quote TomyamPuteh 3-9-2021 05:17 PM
Kurex replied at 3-9-2021 01:37 PM
Ingatkan dekat india, tapi dekat indon rupanya...

Kurex jaga diri ye.
Quote dua_chzy 3-9-2021 05:36 PM
Adrif replied at 3-9-2021 03:39 PM
definisi cabul ni apa ya? maksud aku, secara spesifiknya?
tak dapat bayang bila baca orang kena cab ...

1. Kau dipaksa blow job
2. Kau diblowjo paksa
3. Kau dipaksa meraba
4. Kau diraba paksa
5. Kau perform any sexual act against your will (tanpa penetrasi).

Aku tak tau liwat tu kategori cabul ka idok.
Quote Fortiori02 3-9-2021 07:06 PM
10 tahun terlalu kecik utk dibiar keluar sendiri2 tnp pengawasan org dewasa. Walaupun tempat nak dituju tu dekat sekalipun, penjenayah ada di mana2.

Teringat kes adik Dirang yg kuar gi beli mi segera kat kedai sorang2, tp tak balik2. Mayat dia org jmp dlm lubang, rentung kena bakar. Kesian dia.
Quote Fortiori02 3-9-2021 07:08 PM
dua_chzy: 1. Kau dipaksa blow job2. Kau diblowjo paksa3. Kau dipaksa meraba4. Kau diraba paksa5. Kau perform any sexual act against your will (tanpa penetrasi). ...

Liwat asing tak silap sis sbb kalau kat mahkamah pun, cabul ngn liwat tuduh guna seksyen /peruntukan berbeza.
Quote pooh~key 3-9-2021 07:53 PM
Adrif: definisi cabul ni apa ya? maksud aku, secara spesifiknya?tak dapat bayang bila baca orang kena cabul. apa pencabul tu buat??macam kena rogol ke? ada p ...


Tak ada penetrasi dengan kemaluan rasanya dek. Tapi tak taulah kalau penetrasi dengan jari atau alatan masih dikira cabul lagi atau rogol terus dek. Someone dalam bidang law care to sexplain sister2?
Quote MarissaMiller88 3-9-2021 09:14 PM
10 org dlm kereta??? van ke?
Quote highcastle 3-9-2021 09:24 PM

Kan dikatakan kenderaan, tak pasti kereta atau van. Tapi kalau di Indoseia "kereta" bermaksud keretapi.........
Quote Whitepinkrider 3-9-2021 09:31 PM
anak laki anak perempuan.. sama risau je skrg ni
Quote gideoncross 4-9-2021 06:25 AM
Zmn skrg ni org mcm dh x brminat nak apa2 kn kaum prmpuan tpi more into kaum llaki.
Quote I.K.A888990 4-9-2021 10:58 AM
tlg la mak bapak jgn bagi ank kecik keluar sorang2
jgn ingat dunia ni xde penjahat boleh biar anak mcm tu tanpa pengawasan

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.075588 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top