CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bersalin Bersendirian Di Hospital Tak Patut Berlaku Lagi - TMJ

3-9-2021 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7157| Komen: 47

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi peringatan dan amaran kepada pihak hospital supaya menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pesakit.

Tunku Ismail menitahkan kejadian wanita bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) tidak patut berlaku lagi.



Kredit foto: IG TMJ

Tunku Mahkota Johor bertitah di laman sosialnya selepas netizen berkongsi laporan berita insiden wanita berkenaan bersalin sendirian kepada baginda.

Semalam dilaporkan satu siasatan terperinci mengenai kejadian akan dijalankan JKNJ.



Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu mengesahkan kejadian berkata, secara keseluruhannya aduan itu adalah berasas dan JKNK akan mengambil tindakan penambahbaikan sewajarnya.


Kelmarin, tular di media sosial, dakwaan seorang wanita membuat hantaran di Facebooknya mendakwa bahawa dia terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif Covid-19, setelah panggilannya untuk meminta bantuan kakitangan hospital tidak dilayan.

Wanita itu membuat naik status berkenaan di akaun Facebooknya pada 31 Julai, tetapi hanya menjadi tular sejak kelmarin.

Pendedahan ibu berkenaan serta laporan maklum balas JKNJ semalam, menerima kecaman meluas netizen yang kecewa berikutan insiden berkenaan membahayakan nyawa ibu serta bayi yang tidak dipantau malah mereka mengharapkan petugas kesihatan lebih peka dan ikhlas dalam menjalankan tugas.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 3-9-2021 12:27 PM
Lahirkan anak sorang2 kat spital? Takde bidan yg sambut ke? Ke camne?
Quote Guccibamboo 3-9-2021 12:49 PM
Berlaku kat Hsi....knape tag Hsa....kesian pulak nurse2 kat hsa yg x bersalah
Quote n3ar 3-9-2021 12:51 PM
Tinot7 replied at 3-9-2021 12:27 PM
Lahirkan anak sorang2 kat spital? Takde bidan yg sambut ke? Ke camne?

tak baca ker, hospital mana ada bidan..

orang tu dibiarkan sorang2 sebab konon lambat lagi nak bersalin, atas kuasa Allah bersalin gak sorang2 waktu menunggu tu tanpa ada sesiapa tolong..dengan lemah duk menjerit2 panggil, takde orang masuk...lepas beberapa lama,baru nurse masuk sambil cakap eh dah bersalin, ingatkan menjerit2 pasal apa tadi


Quote Tinot7 3-9-2021 01:34 PM
n3ar replied at 3-9-2021 12:51 PM
tak baca ker, hospital mana ada bidan..

orang tu dibiarkan sorang2 sebab konon lambat lagi nak  ...

Iols mmg panggil misi yg sambut tuh sbg misi bidan..

Iols mmg tak folo citer nih..
Misi2 bidan yg keje waktu tu kena menjawab la.
Quote orkid_amani 3-9-2021 01:36 PM
Ada sesetengah nes spital gov ni mmg mulut puaka tau. Aii dah kena dah masa beranak ank no.2 tu hari..biasa la kita malaih nak bawak GL letter pasai yakin ja xdak problem masa beranak. Tapi dah ward mintak masa registration pasai ward penuh..bila tau kita ni layak 1st class teruih layan berubah..dan2 la layan elok..
Quote mbhcsf 3-9-2021 01:41 PM
wow...speechless...alhamdulillah tak ada complication semasa bersalin , mana boleh buat begitu tanpa pantauan berkesan ?  isk ....kalau ade hmm....
Quote edayildiz 3-9-2021 01:48 PM
kesian baca akak tu cite..dia meraung pgil tp dgr gelak ketawa nurse n geng..nsb baik baby xjatuh sbb dia sekat pakai kaki dia..pastu nurse tu blh selamba dtg bila lps beranak tu..mayb dia baru dgr ke apa kn akk tu meraung..dia ckp dia dh beranak la..ingt kan knp dk meraung..ni i baca kt umah sblh
Quote Thunderclouds 3-9-2021 03:16 PM
Pngalman bsalin kt sepital gov, nurse2 ni ada 'attitude'. Lg2 kalo hospital belah2 bndar bsq. Dia punya doctors overall got excellent bedside manner lg2 doc pakar. Mmg pelik. Bukan semua nurse yg attend i mcm tu. Sesetgh ja. Penat kot. Labour room xpenah kosong kn. Kes akk ni thn lepas tp viral lepas uncle yg turun/jatuh katil br ni mninggal xdak sapa2 attend.
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 03:26 PM
haihhhhh
tiap tahun ada je cite acik nurse
masih tak ambik iktibar dari kes2 dulu ke
Quote Firenzza 3-9-2021 03:26 PM
Nurse2 kt sepital nih klau dtg bulan elok la amik cuti, iolz pernah dengar nurse2 yg garang2 ni selamber badak jer sound doktor
Quote Artemesiaa 3-9-2021 03:28 PM
Walau alasan sebab covid tak seharusnya seorang pesakit dilayan sebegitu pasti hinanya terasa macam pendatang asing
Quote bedahmenjuyah 3-9-2021 03:34 PM
edayildiz replied at 3-9-2021 01:48 PM
kesian baca akak tu cite..dia meraung pgil tp dgr gelak ketawa nurse n geng..nsb baik baby xjatuh sb ...

Allahu kesiannya. Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan buat akak tersebut. Skrg korang menjawab la ye. Sampainya hati pakej gelak ketawa lagi.
Quote edayildiz 3-9-2021 03:48 PM
bedahmenjuyah replied at 3-9-2021 03:34 PM
Allahu kesiannya. Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan buat akak tersebut. Skrg korang menj ...

khenzzzz sibaik selamat ank dan ibu itew..hrp2 kalau bethol mcm yg ibu tu cite nurse2 yg terlibat tu kena gntung kerja sebulan
Quote mclaren 3-9-2021 03:51 PM
Thank you TMJ ada jugak tindakan awak yang harapnya buat next time staffs yang terbabit ni lebih bertanggung jawab dan berhati2 dalam jalankan tugas.

Walaupun tak berkenan kat TMJ, if dia buat perkara yang baik, sokong je. Teruskan prihatin pada rakyat.
Quote n3ar 3-9-2021 04:08 PM
kadang2 pelik kalau nurse tu sendiri nak bersalin, agak2 kengkawan dorang buat perangai camtu gak ker..

harap2 nurse yg buat perangai ni, ko g bersalin kt hospital lain dan nurse kt hospital tu lak buat perangai tinggal ko, marah2 ko macam ko buat kat pesakit ko
Quote MissyMolly 3-9-2021 04:10 PM
orkid_amani replied at 3-9-2021 01:36 PM
Ada sesetengah nes spital gov ni mmg mulut puaka tau. Aii dah kena dah masa beranak ank no.2 tu hari ...

Siyes la dabel standed gituu.. ala meols baru nk husnudzon bkn semua staff hosp gomen hangsuang yach!!
Quote MissyMolly 3-9-2021 04:14 PM
Edited by MissyMolly at 3-9-2021 04:16 PM

Tapi meols penah je ne sound dgn nurse kinik ibu & anak.. bkn nurse wad bersalinlah & ni citer 10 thn lepas hahaa.. Selalu yg layan meols tu org lain. Moody kot nurse tu. iols selamber je mintak borang hahahaa pastu time nk balik staff nurse tarik iols ke tepi. I ckp i nk explain je situasi i dlm borang tu hahaaa.. tau takod.. mintak boss dia plak pujuk i. I x adu pun. I tulis sbb i tpaksa ponteng apmt sblm ni jer
Quote edoraixora 3-9-2021 04:22 PM
MissyMolly replied at 3-9-2021 04:14 PM
Tapi meols penah je ne sound dgn nurse kinik ibu & anak.. bkn nurse wad bersalinlah & ni citer 10 th ...

borang u minta tu
Quote edoraixora 3-9-2021 04:24 PM
Edited by edoraixora at 3-9-2021 04:26 PM

Saya termenanges baca cerita perempuan tu bersalin soraang diri, pastu boleh nurse tu cakap dah bersalin dah, ingatkan kenapa jerit2.
Giler betul....orang tu panggil & jerit banyak kali dari sebelum beranak sampai selepas beranak, nurse2 kat situ boleh buat taktau & bergelak ketawa jer berborak.

Statement JKNJ pulak cakap bunyi ketawa sebenarnya tu bunyi vakum. kepala hotak dia. Bukan nak mintak maaf ke hape.

Semoga dapat balasan setimpal.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.036094 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top