CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Laju Mamat Khalid Buat Kerja, Sambar Azman Naim Berlakon

3-9-2021 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10037| Komen: 37

Description: Terkenal dengan nyanyian lagu parodi viral berjudul My Sejahtera Way, individu bernama Azman Naim kini semakin laris bagai pisang goreng panas.

Terkenal dengan nyanyian lagu parodi viral berjudul My Sejahtera Way, individu bernama Azman Naim kini semakin laris bagai pisang goreng panas.

Ujar Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, dia menerima banyak tawaran lakonan dan nyanyian lebih-lebih lagi sejak bakatnya turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Namun kata pemuda kelahiran Kulai, Johor ini dia terbuka hati untuk menerima lamaran pengarah terkenal, Mamat Khalid.


Foto: mStar


"Memang dapat banyak tawaran, ada yang saya terima dan ada yang saya tolak mentah-mentah.

"Ada satu yang saya terima tu dah buat penggambaran pun di bawah Mamat Khalid... itu baru satu.

"Beberapa tawaran lakonan lain masih pending," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun kata Azman dia masih belum membuat keputusan tentang tawaran untuk menjadi penyanyi.

"Tawaran untuk menyanyi saya tak buat kata putus lagi.

"Bukan semua kena dengan jiwa dan imej saya... jadi memang ada yang terpaksa ditolak," katanya.

Terdahulu nama Azman hangat diperkatakan selepas Tunku Ismail memuji dan mengulang siar sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuat naik Azman di Instagram.



Tunku Ismail dalam hantaran menerusi Instastory menulis ‘First Class’ sebagai pujian terhadap bakat Azman kerana berjaya menukar lagu My Way kepada My Sejahtera Way iaitu menjurus kepada keluhan orang ramai yang belum mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Rata-rata netizen turut mengagumi usahawan berkenaan kerana berjaya menghiburkan orang ramai meskipun disampaikan dalam bentuk sarkastik dan gurauan.



Dalam pada itu Azman turut berkongsi tentang pertemuannya dengan Tunku Ismail baru-baru ini.

"Sebenarnya sudah tiga kali saya menghadap TMJ. Kami berborak tentang masalah rakyat sebab intipati lagu saya semuanya fasal rakyat.

"Dalam pertemuan itu juga kami bertukar pendapat. TMJ memang ambil berat tentang rakyat Johor dan nak ambil tahu sudut pandang saya.

"TMJ pula memang sangat pentingkan bab pengambilan vaksin," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 3-9-2021 10:39 AM
best la under mamat khalid..
sbb mamat khalid akan guna org yg sama sampat meninggal..
ceita dia semua dekat di hati sbb mcm family..
watak yah kuchai tu senang2 je org igt..
Quote msdummy.2018 3-9-2021 10:52 AM
I giler suker yah kucai..haahhaa
Quote becir 3-9-2021 10:55 AM
Apsal takde mask time jumpa tmj?
Quote epal_putih 3-9-2021 10:58 AM
suka jugak la layan movie mamat khalid punya
Quote sarah82 3-9-2021 11:06 AM
Sebab Mamat khalid la aku suka zombie.. Muahahaha
Quote cucutokwan89 3-9-2021 11:06 AM
Elok sgt keja dgn Mamat Khalid. Movie-movie tuan pengarah mmg dekat dihati netizen.
Quote slyfynx 3-9-2021 11:08 AM
Tetibe teringat Lubalin punye lagu

[youtube]OLmun1JEIw0[/youtube]

[youtube]pWyOrbpGCpE[/youtube]
Quote imanjannah 3-9-2021 11:10 AM
moga terus berusaha dan berjaya
Quote Catpaw 3-9-2021 11:59 AM
Sedap juga suara dia
Quote dino 3-9-2021 12:04 PM
muka die serius takyah ckp dah nak gelak haha
Quote Fly_over 3-9-2021 12:08 PM
karakter mcm azman ni selalu ada dlm cerita2 mamat. tahniah
Quote Bangbot 3-9-2021 12:26 PM
Tahniah bang. Rezeki tak pernah salah alamat.
Quote jiwakacau06 3-9-2021 12:47 PM
awanysss replied at 3-9-2021 10:39 AM
best la under mamat khalid..
sbb mamat khalid akan guna org yg sama sampat meninggal..
ceita dia s ...

btl tu...watak pak jabit...azwan.melekat di hati...cuma johan ja xcontinue...xpasti la kenapa...
Quote susukambingbest 3-9-2021 12:51 PM
Seram lah tgok muka dia ni.

"Memang dapat banyak tawaran, ada yang saya terima dan ada yang saya tolak mentah-mentah.
"Ada satu yang saya terima tu dah buat penggambaran pun di bawah Mamat Khalid... itu baru satu.
"Beberapa tawaran lakonan lain masih pending," katanya kepada mStar.
Bagaimanapun kata Azman dia masih belum membuat keputusan tentang tawaran untuk menjadi penyanyi".

Quote spankee_fili 3-9-2021 12:52 PM
Hah 36????? Apa????
Iols memang suka dia ni
Enjoy betul tengok video dia
Semoga terus menghiburkan hati netizens
Quote bellaamsar 3-9-2021 01:12 PM
Suka tengok vid dia ni. Menghiburkan
Quote TeropongThaico 3-9-2021 03:16 PM
Iols suka suara & cara dia..
Untung la Mamat Khalid ambik. Long term punya peluang & dia pun pandai explore talent pelakon. Banyak yg jd natural bawa watak kalau bawah dianye arahan. Semua watak kita boleh ingat satu2.
Macam P.Ramlee... Tapi kat tangan orang lain melingk*p
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 03:19 PM
wahhh apa agaknya movie pokcik mamat lepas ni
Quote elnor_81 3-9-2021 03:40 PM
Serius ke unur dia 36?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076590 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top