CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Sepatutnya Seorang Muslim Menyakiti OKU" - Pejabat Mufti WP

2-9-2021 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4249| Komen: 22

Masih membara di hati rakyat Malaysia berhubung isu pingat emas atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam Paralimpik Tokyo yang dibatalkan pada Selasa lalu.

Apatah lagi apabila kemenangan berpihak kepada Maksym Koval selepas Ukraine menyuarakan protes.



Kredit foto: Bernama/Insidethegames

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas dan kecewa dengan keputusan tersebut dan berbondong-bondong menyerang akaun Instagram peribadi atlet tersebut.

Kesannya, akaun Maksym digodam dan 'lesap' daripada Instagram berikutan menerima banyak kecaman daripada netizen. 

Tindakan yang disifatkan agak keterlaluan itu turut mendapat perhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menerusi akaun rasmi mereka di laman Twitter, Pejabat Mufti menasihati pengguna media sosial agar menggunakan medium tersebut sebaiknya dan tidak menggunakan bahasa kesat bagi tujuan menyakiti orang lain khususnya orang kelainan upaya (OKU).




Ingatlah bahawa setiap perbuatan dan tulisan akan dihisab Allah SWT. 


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-9-2021 11:45 PM
Kalau menonggeng agama, macam mana?
Quote Kurex 2-9-2021 11:46 PM
Lepas tu, kalau pasang cd mengaji dengan speaker kuat sampai ganggu penduduk setempat, macam mana? Bab tak boleh kutuk, korang bising. Tapi bila speaker masjid / surau kuat korang diam. Iols stresss dgn surau rumah iols ni, kuat gila speaker
Quote Adrif 3-9-2021 12:11 AM
tak silap ritu, habis dengan social media mufti pun kena bash jugak lepas tegur tentera bawang ni

ape ntah diorang marahkan. some topics macam, "Ooo, pasal ni laju je tegur, tapi pasal (topic A), dengan kes (topic B), korang senyapkan aje?"

tapi lepas baca berita-berita luar negara, malu woo Ukraine
diorang kata "robbed gold medal", "controversial gold medal", "first place by technical protest"

ye la, baling tak jauh mana, tapi still menang
world record disqualified.
dapat gold medal pun macam menang tak bermaruah
negara-negara lain ada yang kritik sekali, ada jugak yang "rules are rules".

anyway,
still, can't change the fact that Ziyad's world record was there  

in this short span of 1 year, onion army mengganas beberapa kali di arena global  
very abusive with yo momma is green    
Quote Buritan 3-9-2021 12:19 AM
Kurex: Lepas tu, kalau pasang cd mengaji dengan speaker kuat sampai ganggu penduduk setempat, macam mana? Bab tak boleh kutuk, korang bising. Tapi bila speak ...



Ontahlaa dik kurek..penonggang dimana.. mana
Quote edayildiz 3-9-2021 12:30 AM
oku pun ada gak yg annoying tp bethol la apa yg mufti tu ckp..tp kalau gaduh ngn oku..i bg menang jer kt dorg
Quote mawardia 3-9-2021 12:37 AM
Boleh jwb tak kenapa hadir di majlis artis2 tersohor dan melanggar sop.
Gituuuu I ols bitter.
Quote Gingerly 3-9-2021 01:28 AM
Muslim kew ?
Berangan
Quote Normabaru 3-9-2021 07:40 AM
Halah2..abis sume sembang..in the first place lmbt tu sapa suh..pada kaka basic thing kot..dh tahu nk ada game..dtg la awal.ni bkn msia..lg klaka siap nk bg reward atas kelambatan..apehel msia ni suka normalisasi benda salah?pffttt
Quote VioletsAre_Blue 3-9-2021 07:47 AM
Biasalah golongan bawang ni kan suka melebih-lebih.. Ingat hebat lettew menggila kat social media
Quote Aikiko 3-9-2021 10:00 AM
Sabar kurex......kat area umah chuols takde non-muslim ka??
Ajaklah dorg discuss ngan pengerusi surau, cakap elok2
Agak annoying ye klau speaker terlalu kuat
Quote adm7 3-9-2021 10:04 AM
VioletsAre_Blue replied at 3-9-2021 07:47 AM
Biasalah golongan bawang ni kan suka melebih-lebih.. Ingat hebat lettew menggila kat social media

Setuju. Biadap dan memalukan nama Malaysia di mata dunia. Ingat hebat sangatlah tu dapat maki/carut online.
Quote Sham143 3-9-2021 10:19 AM
Dunia akhir zaman.. Muslim hanya pada nama.. Dari perbuatan dan bahasa yg digunakan tidak mengambarkan seorang Muslim..
Quote Ciktiekus 3-9-2021 11:01 AM
85% islam kat malaysia x solat ye..ustaz apetah ritu cakap..layak lagi ke gelar negara islam {:smile
Quote rospinki 3-9-2021 11:03 AM
Kurex replied at 2-9-2021 11:46 PM
Lepas tu, kalau pasang cd mengaji dengan speaker kuat sampai ganggu penduduk setempat, macam mana? B ...

sama kes dgn kawan tu yg pasang kuat2 org ngaji tapi biar je bunyik tu ganggu ketenteraman ..diri dia hilang. sedangkan sy tau dia cemana..bila sy kata takyah kuat2 dia seperti pelik dan seperti saya pula yg tak beragama. duhh
Quote ChildrenOfBodom 3-9-2021 11:51 AM
Laa pjbt mopti baru taw ka perangai umatt melayu islam lebih  bangsat dari kapiaq laknatullah?
Quote imanjannah 3-9-2021 12:01 PM
betul dah apa mufti tu cakap
Quote Kurex 3-9-2021 12:01 PM
rospinki replied at 3-9-2021 11:03 AM
sama kes dgn kawan tu yg pasang kuat2 org ngaji tapi biar je bunyik tu ganggu ketenteraman ..diri  ...

Macam zaman belajar dulu. Dah la penat buat assignment + tak cukup tido. Tengah lena, tetiba roate bukak mengaji kuat sgt. Dah la bilik sempit. Iols suruh perlahankan sebab nak tido. Esok tu iols kena bahan konon iols ada saka, tak boleh dengar mengaji. Alasan kawan iols bukak mengaji kuat2 tiap malam, sebab nak buat assignment, takut hantu kacau. Kalau takut kena kacau, bawak2 la dekatkan diri kepada Tuhan, bukan dgn kuatkan speaker. Iols suruh perlahankan, bukan suruh tutup terus.
Quote Kurex 3-9-2021 12:05 PM
Aikiko replied at 3-9-2021 10:00 AM
Sabar kurex......kat area umah chuols takde non-muslim ka??
Ajaklah dorg discuss ngan pengerusi sur ...

Dah.. 3 hari je. Paling lama 7 hari. Lepas tu kuat balik. Konon ayat mengaji ni bagi redakan pandemik. Kalau ada orang meninggal, orang surau bukak cd ngaji kuat2. Dah tu, orang yg nak baca yasin dah tentu la tunggang langgang bacaan. Ajk semua orang tua. Konon orang muda ni takde sifat memimpin. Ek elehhhhhh
Quote Kurex 3-9-2021 12:07 PM
Buritan replied at 3-9-2021 12:19 AM
Ontahlaa dik kurek..penonggang dimana.. mana

Stress.. dah la tengah kerja, bukak lagi mengaji. Bukan urban, tapi beragak la. Mentang2 rumah ajk surau semua jauh2. Masjid sebelah ni taman ni, takde pun bukak mengaji. Cuma azan je. Surau iols ni pulak, segala syarahan, mengaji, nasyid, qasidah nak dibukak speaker

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.069271 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top