CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Kes Covid-19, Korea Utara Tolak Tawaran 3 Juta Dos Vaksin

2-9-2021 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2147| Komen: 11

Description: Korea Utara menolak tawaran tiga juta dos vaksin Covid-19, sebaliknya negara itu meminta ia diberikan kepada pihak lain.
Korea Utara menolak tawaran tiga juta dos vaksin Covid-19, sebaliknya negara itu meminta ia diberikan kepada pihak lain.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seorang Jurucakap berkata, negara itu meminta dos berkenaan dibekalkan ke negara yang lebih teruk terjejas, lapor BBC.



Kredit foto: Al Jazeera

Vaksin Sinovac buatan China ditawarkan menerusi Program Perkongsian Vaksin Global (COVAX) bertujuan membantu negara miskin untuk mendapatkan vaksin.

Setakat 19 Ogos, tiada kes dilaporkan di Korea Utara, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berdasarkan laporan sama, kira-kira 37,291 orang termasuk petugas kesihatan yang menunjukkan simptom seperti selesema sudah diuji dan semuanya menunjukkan keputusan negatif.

Negara itu sudah melaksanakan langkah kawalan ketat sejak penularan pandemik Covid-19. Ia antara negara terawal yang menutup sempadannya pada Januari tahun lalu.


BBC melaporkan ini bukan kali pertama Korea Utara menolak sumbangan vaksin.


Kredit foto: China Daily

Pada Julai, negara itu menolak penghantaran kira-kira dua juta dos vaksin AstraZeneca, dengan memberi alasan mengenai kemungkinan kesan sampingan, menurut badan pemikir Korea Selatan yang mempunyai kaitan dengan agensi perisikan negara.

Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov, Julai lalu berkata, pihaknya beberapa kali pernah menawarkan untuk membekalkan vaksin Sputnik V kepada Korea Utara.

Korea Utara menzahirkan kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin Covid-19, dengan media negara itu sering melaporkan insiden membabitkan individu di Amerika Syarikat dan Eropah yang mendapat kesan sampingan akibat suntikan. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 3-9-2021 04:07 AM
Dorg xde pandemik pun mmg dh ttup border hahahaha.
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 04:15 AM
ummah deme keluar masuk negara pun tak boleh
Quote stingerlympics 3-9-2021 04:50 AM
depa bukan jenis merempat mengemis menadah menongkat macam bangsa kita...
Quote edayildiz 3-9-2021 04:56 AM
mana mau nya dorg..dorg tembak jer kn yg mana kena kobid..lg pun org sana nk g mana jerrr
Quote Mini.Me 3-9-2021 07:46 AM
Kobid pon takot nak dekat dgn theyols
Quote midori_katana 3-9-2021 07:54 AM
Takut jadi macam new zealand.. tak der kes pun prepare la cucuk vaksin kat semorang sebagai langkah berjaga2.
Quote JohnyEnglish 3-9-2021 08:01 AM
Mulianya hati mu kim jong un
Quote MeghanK 3-9-2021 08:05 AM
stingerlympics replied at 3-9-2021 04:50 AM
depa bukan jenis merempat mengemis menadah menongkat macam bangsa kita...

seriussss..rakyat dorang seberang sungai lintas pegi china merempat mengemis untuk sebuah hidup normal
Quote mbhcsf 3-9-2021 08:15 AM
negara yg penuh misteri dengan  data covid19 yang begitu ' bersih' .  
Quote primarikey 3-9-2021 08:19 AM
Baik hati para penderma tu
Baru tau ramai yg syg ngn korea utara
Bagus la tolak...bijak
Quote naina 3-9-2021 09:00 AM
Korea utara taknak la ada unsur2 kemasukan asing dalam negara dan badan rakyat diaa. Tengok filem negara luar pun kena bunuh

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.042060 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top