CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bimbang Menyesatkan, China Kini Haramkan Program Realiti Pencarian Bakat

2-9-2021 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6493| Komen: 52

Description: Disifatkan membawa pengaruh buruk kepada anak muda, China kini mengharamkan penyiaran program realiti pencarian bakat.
Disifatkan membawa pengaruh buruk kepada anak muda, China kini mengharamkan penyiaran program realiti pencarian bakat.

Kerajaan mengarahkan stesen televisyen berkenaan mempromosikan peserta lelaki dengan penampilan lebih maskulin dan berperwatakan sopan.


Tindakan keras itu bagi mengekang 'budaya tidak bermoral' yang boleh menyesatkan golongan muda.

Program bakat menerusi perkhemahan itu mempertaruhkan ratusan peserta muda yang bercita-cita tinggi merebut undian orang ramai.


Kredit foto: Daily Pop

Program yang semakin popular di China itu mendapat kritikan kerana menonjolkan idola yang kurang sesuai dengan budaya tempatan.

"Institusi penyiaran dan televisyen tidak boleh menyiarkan idola atau pelbagai pertunjukan dan program realiti," kata Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional dengan merujuk kepada peraturan baharu negara itu.


Stesen penyiaran juga diarahkan menolak penyiaran estetika tidak normal seperti lelaki 'lembut', 'pempengaruh kurang sopan' serta bintang yang 'moralnya rendah'.

Pihak berkuasa China berusaha menerapkan nilai tradisional terhadap golongan lelaki di negara itu dengan meningkatkan penyediaan kelas gimnasium.

Mereka mengkritik penghibur lelaki yang mempamerkan penampilan K-Pop.

Sebaliknya, stesen penyiaran disaran 'mempromosikan budaya tradisional Cina dan sosialis yang maju'.

Stesen penyiaran TV Beijing menayangkan rancangan bakat idola 'Youth With You 3' yang disiarkan Mei lalu selepas peminat membeli dan membuang sejumlah besar yogurt untuk memilih peserta pilihan mereka.

Kini, mereka tidak lagi dibenarkan membeli produk ditaja seumpamanya untuk memilih idola mereka.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 3-9-2021 12:20 AM
lebih maskulin hihihi
Quote Mipansusu 3-9-2021 12:27 AM
{:hooray{:hooray{:hooray
Quote I.K.A888990 3-9-2021 01:50 AM
"Stesen penyiaran TV Beijing menayangkan rancangan bakat idola 'Youth With You 3' yang disiarkan Mei lalu selepas peminat membeli dan membuang sejumlah besar yogurt untuk memilih peserta pilihan mereka"

yg ni mmg teruk giler. semata2 nm support idola idaman habis bazir benda2 ni. mcm xingat dunia bebudak zmn skrg ni.
Quote gideoncross 3-9-2021 04:05 AM
I.K.A888990 replied at 3-9-2021 01:50 AM
"Stesen penyiaran TV Beijing menayangkan rancangan bakat idola 'Youth With You 3' yang disiarkan Mei ...

Mksudnya girls beli yoghurts psl kat dlm bekas yoghurts tu ada muka2 idols kgmaran dorg ke?
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 04:16 AM
tu laaa
dah sepesen nengoknya
Quote Fazsemput 3-9-2021 04:55 AM
gideoncross: Mksudnya girls beli yoghurts psl kat dlm bekas yoghurts tu ada muka2 idols kgmaran dorg ke?


Rasenye untk voting.. sebb tu mmbazir gile... beli srmata2 nk vote je
Quote lwyl 3-9-2021 07:09 AM
YWY season 2 ada contestant dari Malaysia. Joey Chua. Cantik.

Quote Tinot7 3-9-2021 07:20 AM
Lepas beli tuh, derma la kat org2 yg nak mkn.. jgn membazir

Stesen penyiaran TV Beijing menayangkan rancangan bakat idola 'Youth With You 3' yang disiarkan Mei lalu selepas peminat membeli dan membuang sejumlah besar yogurt untuk memilih peserta pilihan mereka.
Quote husna_amal 3-9-2021 09:53 AM
Harap kat Malaysia pun stop penerbitan rancangan realiti hiburan macam ni. Tak mendatangkan faedah langsung.
Quote bulalof 3-9-2021 09:56 AM
ideologi komunis memang begini.
Quote Decaffeinated 3-9-2021 12:15 PM
Mereka mengkritik penghibur lelaki yang mempamerkan penampilan K-Pop.

Malaysia bila lagi? Dengan JAKIM JAWI MAWI bagai tak kan dengan kominis pun kalah

Quote ninja9 3-9-2021 12:23 PM
Hahaha... baguslah. Kurang2 china masih ingat lelaki secara tradisinya itu bergelumang dengan makeup kah atau lumpur..
Quote ninja9 3-9-2021 12:28 PM
lwyl replied at 3-9-2021 07:09 AM
YWY season 2 ada contestant dari Malaysia. Joey Chua. Cantik.

cantik dia..

Quote mbhcsf 3-9-2021 12:34 PM
wow, strict betul ye pemantauan budaya  ala North Korea ...kalau kita akana dikecam ke akalau agensi kerajaan mcam JAKIM even dalam bentik saranan ? hmm?

nanti hak asasi bising ...
Quote borrow 3-9-2021 01:35 PM
gideoncross replied at 3-9-2021 04:05 AM
Mksudnya girls beli yoghurts psl kat dlm bekas yoghurts tu ada muka2 idols kgmaran dorg ke?

Deyols beli , buang air utk dptkan kod utk undi peserta fav deyols katanya. Lg bbrp hari final , tetiba scandal ni meletus. Trus show tu kena kansel.

Quote borrow 3-9-2021 01:39 PM
ywy3 pun ada peserta msia plak. Taklah ensem tp pandai choreography. Tho final kensel , tp tetap buat group juga n heols terpilih jd member.
Quote edayildiz 3-9-2021 01:59 PM
xmnt show gini walaupun i suka kpop
Quote sekngucing 3-9-2021 02:14 PM
kpop terlalu lama berkuasa...lebih sedekad dah ni..takda gelombang baru ke?
mufti dan org agama pun diam ja..zaman hindustan/dangduts/rock dlu kemain bising
Quote heythere123 3-9-2021 03:22 PM
kalau iols, iols faham kenapa kerajaan dia sampai buat  macam ni. Deme punya tahap fanatik tu memang gila. Bukan level orang Malaysia hatta Korea sekalipun deme punya fanatik tu.

Kalau kata ada 1000 dekat tangan, semua sekali deme sanggup spend dekat idol ni.

Ni kira tip of the iceberg je. Showbiz diorang memang full of hardcore fans. Susah jugak nak control tak nak bagi diorang over sangat dalam menyokong idol masing2

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057351 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top