CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hos TV Digantung Tugas Sebulan Minta Tetamu Tunjuk Cara Perkosa Wanita

2-9-2021 10:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2555| Komen: 9

Description: Biadab! Seorang pengacara sebuah stesen penyiaran swasta di Ivory Coast digantung tugas selama 30 hari kerana tindakan tidak sensitifnya yang sekali gus mencalarkan maruah wanita.
Biadab! Seorang pengacara sebuah stesen penyiaran swasta di Ivory Coast digantung tugas selama 30 hari kerana tindakan tidak sensitifnya yang sekali gus mencalarkan maruah wanita.


Kredit foto: Crux Africa

Stesen penyiaran CNN melaporkan, Yves de Mbella meminta tetamu rancangannya yang merupakan seorang pesalah kes rogol menunjukkan cara-cara merogol wanita menggunakan patung sebagai ganti.

de Mbella yang merupakan seorang pengacara popular bersama stesen televisyen Nouvelle Chaine Ivoirienne menjemput seorang lelaki yang disabitkan jenayah rogol dalam sebuah rancangan kendaliannya.

Dalam segmen  tersebut, de Mbella meminta tetamu itu menunjukkan cara-cara dia merogol wanita menggunakan sebuah patung.

Tidak cukup dengan itu, de Mbella membantu dia membetulkan kedudukan patung tersebut dan bertanya soalan bagaimana dia memilih mangsanya, sama ada wanita kurus atau gempal.


Dia turut bertanya sama ada mangsa-mangsa perogol itu ‘menikmati’ kejadian rogol tersebut.



Kredit foto: Koko TV

Tindakan de Mbella menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh Ivory Coast serta rantau Afrika Barat dan Tengah.

Sebuah suruhanjaya komunikasi bebas di Ivory Coast berkata, de Mbella digantung tugas kerana didapati menggunakan bahasa yang tidak sopan, membiarkan aktiviti rogol berlaku dan mencalarkan maruah wanita.

“Saya meminta maaf seikhlasnya kerana mengejutkan orang ramai ketika cuba untuk meningkatkan kesedaran (mengenai jenayah rogol). Saya telah membuat kesilapan.

“Saya meminta maaf atas semua yang saya telah saya perkatakan atau lakukan ketika program tersebut yang menyinggung perasaan ramai. 

“Saya memohon maaf kepada semua mangsa rogol,” katanya dalam satu permohonan maaf.



Sementara itu, stesen televisyen Nouvelle Chaine Ivoirienne turut memohon maaf atas insiden tersebut dan telah membatalkan episod akhir program berkenaan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 2-9-2021 10:22 PM
Dah nak kiamat ney manusia semakin bodow ke hape?
Quote Cece1234 2-9-2021 10:34 PM
Sebulan je?
Quote edayildiz 2-9-2021 10:47 PM
muka pakcik tu scary
Quote sharlenetexas 2-9-2021 11:11 PM
Colour block nya hos tu.
Quote gideoncross 3-9-2021 03:44 AM

Tngh mlm msti x nmpk dia.
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 04:00 AM
memang mintak kena maki
teringat interview why are u gae
dok tunjuk sayur2 deme guna untuk paham2 jele
Quote heythere123 3-9-2021 03:23 PM
insensitive nya
Quote Artemesiaa 3-9-2021 03:26 PM
Selayaknya kalau dah macam tu permintaannya
Quote matbad 12-10-2021 07:12 PM
stesen tv punya permintaan, hos yg kena gantung. kna gantung tu sbb win2win situation la tu. kambing hitam bgi dia ngaku salah ja. padahal akai fikiran idea tu dri penerbit dan stesen tv. ngek la

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.198232 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top