Penyanyi baharu, Ahmad Adly memberitahu akan lebih berhati-hati dan berwaspada dengan setiap perkongsian di laman media sosial miliknya. Ini kerana, isu kontrovesi foto seksi yang melibatkan dirinynya baru-baru ini telah memberi satu pengajaran, apatah lagi sebagai penyanyi yang baru mula berkecimpung dalam dunia nyanyian.
Malah, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) ini menambah, hal tersebut mampu menjejaskan imejnya sebagai penyanyi. “Selepas perkara tersebut berlaku, saya memang akan lebih berhati-hati untuk berkongsi apa sahaja di laman media sosial saya, supaya tidak ada lagi situasi seperti ini akan berlaku. “Jadi lepas ni saya kena bersikap lebih peka dengan perkara yang mungkin sensitif kepada orang ramai. Setakat ini semuanya okay sahaja,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi berusia 21 tahun ini memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut dan telah pun membuat permohonan maaf kepada umum menerusi akaun Instagram miliknya awal Ogos lalu. “Sebenarnya pada hari kejadian, saya ada pergi ke rumah kawan untuk satu sesi fotografi untuk satu produk baju ni… dan di rumah dia tu ada kolam renang. “Sejujurnya saya memang tidak merancang untuk mandi kolam pada waktu itu, saya datang pun sehelai sepinggang. Jadi ada yang ambil gambar saya. “Saya tengok kualiti gambar itu memang terbaik jadi saya pun kongsikan di akaun Instagram, tapi tak sangka benda ini boleh jadi isu,” terang Adly.
|
Kurex replied at 1-9-2021 08:59 AM
2017 tapi masih tak kenal.. tapi tula dik, badan tak dap pun l.. tapi kurex ok jah
Acikgomen replied at 1-9-2021 09:05 AM
Ok apetu kurex pepagi bulan September nih
Ko jangan memacam dikkkkk
TomyamPuteh replied at 1-9-2021 09:45 AM
Aku kenal budak ni.Family background pun cantik. Mak ayah lawyer, kakak doktor. Dia ni pun jenis bud ...
kiah_mai_pulak replied at 1-9-2021 09:34 AM
celah mana jantan ni nmpk seksi walau tak berbaju??
ADVERTISEMENT